Saturday, July 17, 2010

Mengapa Sastera Kanak-Kanak Perlu Menggunakan Bahasa Tinggi

Pakar-pakar pendidikan memberitahu bahawa guru-guru mempunyai prejudis lingusitik. Mereka mengaitkan bahasa tinggi (high variety) dengan sifat-sifat IQ tinggi, pintar, berilmu, berbakat, dan bijaksana, manakala bahasa rendah (low variety) dengan sifat IQ rendah, bodoh, dan tiada berbakat.

Prejudis linguistik seperti itu mendorong guru-guru memberi markah yang lebih tinggi kepada murid-murid yang pandai bercakap dan menulis menggunakan bahasa tinggi.

Bahasa tinggi adalah bahasa yang digunakan dalam buku-buku teks, itulah sebabnya bahasa tinggi sering disebut dengan istilah 'bahasa buku'.

Murid-murid yang pandai menggunakan bahasa tinggi bukan hanya cenderung diberi markah yang lebih tinggi, mereka juga cenderung diberi jawatan-jawatan penting dalam bilik darjah dan sekolah, serta diberi peluang naik ke pentas dan menunjukkan bakat mereka.

Anak-anak yang datang daripada keluarga kelas menengah (ibu bapa mereka memiliki ijazah) mempunyai penguasaan bahasa tinggi kerana mereka mendengar ibu bapa mereka bercakap menggunakan bahasa itu. Manakala anak-anak daripada keluarga kelas rendah menggunakan bahasa rendah disebabkan ibu bapa mereka bercakap menggunakan bahasa rendah.

Disebabkan anak-anak keluarga kelas menengah menguasai bahasa tinggi, guru-guru cenderung mempersepsi mereka sebagai lebih tinggi IQnya, lebih pintar, berbakat dan bijaksana daripada anak-anak kelas rendah. Persepsi itulah yang menyebabkan guru-guru lebih banyak memberi pujian kepada anak-anak kelas menengah.

Disebabkan anak-anak keluarga kelas rendah tidak berpeluang belajar bahasa tinggi daripada percakapan ibu bapa mereka, justeru mereka perlu membaca buku-buku cerita yang ditulis menggunakan bahasa tinggi supaya dari situ mereka dapat menguasai bahasa tersebut.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Berlatih Menggunakan Teori Interteks bagi Menghasilkan Cerita Kanak-Kanak Bermutu Sastera Previous entry: Sudah Masuk Gudang PTS

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: