Mengapa PTS Yakin Kedai Buku Cina Indie akan Berminat Menjadi Agen PTS
Mulai tahun 2010 PTS akan lebih agresif memasarkan buku-bukunya kepada pembeli Cina.
Di setiap pekan besar dan kecil terdapat kedai-kedai buku Cina indie yang sudah lama wujud, yakni sudah lebih 20 tahun beroperasi. Mereka kekal dalam bisnes kerana mereka mengamalkan disiplin membayar hutang yang baik kepada pembekal.
PTS berminat mahu membekalkan buku-buku terbitannya kepada mereka.
Selama ini kedai-kedai itu hanya menjual buku-buku teks dan ulang kaji peperiksaan serta alat tulis bagi kegunaan sekolah. Dua jenis bisnes itu sudah cukup bagus bagi mereka. Akibatnya mereka tidak berminat menjual buku-buku bacaan umum.
Ada 3 faktor yang menyebabkan mereka tidak berminat menjual buku-buku umum:
(i) Mereka tiada ruang dalam kedai bagi membuka seksyen buku umum.
(ii) Mereka tiada pengalaman menjual buku-buku umum oleh itu mereka tiada kemahiran yang diperlukan.
(iii) Mereka tiada maklumat berkenaan potensi keuntungan daripada kategori ini.
PTS yakin, kedai-kedai Cina indie itu terpaksa berubah sikap apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. Langkah KPM itu akan menyebabkan kedai-kedai itu kehilangan bisnes buku teks dan buku ulang kaji peperiksaan yang selama ini menjadi sumber pendapatan utama kedai-kedai itu.
Bagi menggantikan bisnes buku teks dan ulang kaji, kedai-kedai Cina indie itu terpaksa mencari sumber bisnes yang lain. Pilihan yang ada tentulah menjual buku-buku bacaan umum!
Ruang di dalam kedai yang sekarang digunakan bagi meletakkan buku-buku teks dan ulang kaji dapat digunakan bagi meletakkan rak-rak buku umum.
PTS pula mempunyai lebih 2000 judul buku umum....
Nota: Foto kedai buku Thai Kuang di Melaka disalin dari blog Tn. Syahrul Nizam.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment