Mengapa PTS Mencari Bakat Menterjemah
Menterjemah adalah gabungan bakat dan teknik.
Itulah sebabnya, tanpa memiliki bakat, banyak individu yang memiliki sijil dan diploma penterjemahan tidak dapat menghasilkan terjemahan yang sedap dibaca.
Bakat menterjemah adalah manifestasi bakat mengarang dalam sesuatu genre. Justeru, hanya mereka yang mempunyai bakat mengarang puisi dapat menghasilkan terjemahan puisi yang bermutu tinggi.
Mereka yang memiliki bakat mengarang cerpen ataupun novel dapat dilatih menghasilkan terjemahan genre fiksyen.
Namun, bakat memerlukan teknik-teknik menterjemah yang betul. Ia umpamanya bakat bermain bola yang memerlukan teknik-teknik yang betul menendang bola.
PTS mengadakan bengkel teknik-teknik terjemahan bagi mencari penterjemah yang memiliki bakat mengarang, justeru bakat menterjemah. Tidak semua yang datang ke bengkel akan dipilih menjadi penterjemah projek-projek PTS.
Bagi tuan dan puan yang membaca entri ini dalam FaceBook saya, mendaftar di sini http://universitipts.com
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kak.
Saya nak register.
Tapi saya ni lebih sesuai dengan perterjemahan teknikal
Saya berminat menterjemah buku berkaitan bidang kepakaran saya iaitu Internet.
Syahrul Nizam Junaini
syahruln77[at]gmail.com
http://www.syahrulnizam.com
Salam Puan Ainon.
Saya berminat dan mendaftar di sini.
Terima kasih atas makluman.
Salam Puan. Saya berminat untuk menjadi penterjemah buku-buku pengurusan dan motivasi.
Shakir Fahmi
013-3877722
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Post a comment