Tuesday, August 14, 2007

Mengapa pada Musim Raya Baju Laku, Kasut Laku, Buku pun Sama Laku

Apabila tiba bulan puasa, drebar-drebar teksi mengeluh. Orang Melayu tidak keluar malam! Kaki disko pun kurang keluar malam....

Sebaliknya, walaupun puasa dan hari raya masih jauh, tetapi para penerbit sudah siap sedia dengan buku-buku yang ditargetkan khusus bagi jualan sebelum musim puasa dan hari raya tiba.

Selepas raya, jualan buku jatuh merudum!

Orang yang tidak bergiat dalam bisnes buku menyangka buku-buku tidak laku sepanjang musim bulan puasa dan hari raya, kecuali majalah kuih-muih, fesyen dan hias menghias rumah.

Sangkaan ini tidak betul!

Data jualan dan pengalaman PTS menunjukkan, pada setiap musim puasa dan cuti raya:

(i) Buku-buku agama laku keras, yakni semua tema agama laku.

(ii) Buku-buku bacaan remaja laku keras, lebih-lebih lagi judul-judul untuk bacaan remaja perempuan.

Daripada analisis data jualan musim raya tahun-tahun lalu, Jabatan Pemasaran PTS mengarahkan Jabatan Editorial supaya:

(i) Menerbitkan judul-judul musim puasa, musim hari raya dan musim orang naik haji jauh lebih awal.

(ii) Mengulang cetak judul-judul yang dicari-cari oleh pembeli sempena bulan puasa dan bulan orang naik haji.

Apabila tiba musim mood raya, mood pesta, memang orang ramai mempunyai mood berbelanja lebih daripada biasa.

Mood itulah yang mendorong mereka membeli lebih banyak buku-buku yang moodnya ceria, seronok, gembira... menggunakan istilah slanga remajanya... mood "hepi-hepi". Justeru design kulit perlu design yang menimbulkan mood "hepi-hepi".

Dua judul baru ini mengandungi cerita-cerita pendek karya pengarang-pengarang dan pelukis komik PTS ONE yang sudah mempunyai banyak peminat di kalangan remaja awal perempuan.

Mengapakah buku-buku musim raya amat cepat diterbitkan? Bulan puasa belum tiba, buku-buku musim raya sudah siap dipamerkaan di kedai-kedai.

Sebab... ibu bapa membawa anak-anak awal remaja pergi shopping raya untuk membeli pakaian sebelum bulan puasa bermula!

Mereka pergi ke mall-mall bagi membeli pakaian raya, dan lazimnya remaja peminat PTS ONE akan singgah ke MPH, POPULAR dan Kinokuniya bagi membeli buku terbaru terbitan PTS ONE.

Jika buku PTS ONE lambat terbit, waktu itu wang sudah perlu digunakan bagi membeli barang-barang keperluan lain yang lebih dekat dengan hari raya.

Bagi rakan-rakan penerbit yang tahun ini tidak sempat menerbitkan buku-buku sempena pesta balik kampung, pastikan tahun depan sempat!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • POPULAR
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Jangan Keliru antara "Promosi Buku" dan "Event-Buku" Previous entry: Al-Kisah Lagi Surat Royalti

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: