Mengapa Majlis Raja-Raja Melayu akan Menolak PPSMI
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan menyampaikan memorandum dengan tangan kepada semua Raja-Raja Melayu.
Hujah yang akan diberikan kepada Raja-Raja Melayu mengapa isu PPSMI sangat penting dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu adalah perkaitan kuat antara bahasa Melayu dengan kedudukan Raja-Raja Melayu.
Menurut Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Naib Pengerusi GMP, Bahasa Melayu adalah tonggak yang berperanan menjaga nilai-nilai taat setia kepada Raja-Raja Melayu. Bahasa Inggeris pula adalah anti-raja. Justeru bahasa Inggeris memainkan peranan penting dalam sejarah penghakisan nilai-nilai pro-istana Melayu dan penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu.
Sudah terbukti bahawa golongan yang paling kuat menentang Raja-Raja Melayu, dan mereka yang mahu menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu dengan mengubah Perlembagaan Malaysia, adalah golongan yang berpendidikan Inggeris serta mengagung-angungkan bahasa Inggeris.
Jika Raja-Raja Melayu tidak sedar fakta ini, malanglah nasib Raja-raja Melayu. Pertama, kedudukan mereka sendiri akan semakin terancam. Kedua, rakyat akan bertambah kecewa terhadap peranan Raja-Raja Melayu sebagai penjaga kepentingan agama dan kebudayaan Melayu, di mana bahasa adalah komponen paling penting dalam kebudayaan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Raja-Raja Melayu serta kaum kerabat juga keseluruhannya adalah golongan yang berpendidikan Inggeris. Golongan yang berpendidikan Inggeris ini selalunya begitu mengagungkan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang perlu dikuasai untuk maju.
Berdoalah kepada Allah moga Raja-Raja Melayu masih mempunyai jati diri dan kesedaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Politik memang sudah tidak boleh diharapkan. Putar belit, berterabur tidak tahu apa yang ingin dicapai sebenarnya.
Post a comment