Sunday, February 01, 2009

Darah Pupu Lawan Darah Tengku

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PPSMI adalah liabiliti kepada UMNO. Dari dalam UMNO sendiri isu PPSMI menyebabkan barisan kepimpinannya berpecah ke dalam 2 kubu  -  kubu yang menyokong PPSMI dan kubu yang menentang PPSMI.

Dalam BN, MCA dan Gerakan sendiri menentang PPSMI. Biasanya UMNO sangat berlembut kepada tuntutan masyarakat Cina, tetapi dalam isu PPSMI, UMNO tidak berganjak.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Selangor, Sdr. Khairul Anwar (beliau menentang Najib Tun Razak dalam PRU-12), Hishamuddin tetap mempertahankan PPSMI demi menjaga sokongan Tun. Dr. Mahathir kepada sepupunya, Najib, kerana PPSMI adalah kehendak Mahathir.

Jika analisis Khairul Anwar itu betul, Najib akan mengekalkan PPSMI selepas peralihan kuasa Mac ini, selagi Najib masih bergantung kepada sokongan Mahathir.

Tetapi berapa lamakah Najib menjadi PM?

Najib perlu beri perhatian kepada 2 orang 'Tengku' dari Kelantan.

Darah lebih pekat daripada air.

Lembaga Disiplin Umno (LDU), di bawah pengerusinya, YM Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, telah mula mengambil tindakan disiplinari ke atas beberapa ahli UMNO yang terlibat dengan politik wang.

Apatah lagi apabila LDU memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM/MACC), yang serentak mula mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa ahli UMNO yang atas tuduhan terlibat dengan politik wang dalam UMNO.

Tindakan LDU dan SPRM itu ada kaitannya dengan cita-cita YM Tengku Razaleigh Hamzah mahu menjadi perdana menteri.

Kes-kes yang diambil tindakan oleh LDU dan SPRM akan dijadikan bukti-bukti sohih yang akan digunakan oleh YM Tengku Razaleigh bagi mendapatkan pembatalan Najib sebagai calon presiden UMNO yang konnonnya telah menang tanpa bertanding. 

YM Tengku Razaleigh Hamzah boleh membawa kesnya ke Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Keputusan SPR tidak dapat dibatalkan oleh mahkamah.

YM Tengku Razaleigh menentang PPSMI. Tengku Kelantan ini yakin beliau mempunyai peluang menjadi perdana menteri dengan menjatuhkan Najib di luar pertandingan merebut kerusi presiden UMNO. Beliau akan dibantu oleh Tengku Kelantan yang satu lagi.

Langkah LDU dan SPRM tiba-tiba sama-sama serentak mengambil tindakan ke atas beberapa ahli UMNO atas tuduhan politik wang itu tidak mungkin tanpa perancangan rapi yang melibatkan pucuk pimpinan. 

Itulah sebabnya sampai saat ini Tengku Razaleigh masih belum mahu menerima tawaran daripada PKR supaya beliau dan 40 orang ahli parlimen (MP) yang menyokong beliau masuk parti itu.

Darah Najib dan darah Hishamuddin amat pekat kerana mereka bersepupu.

Apa kurang pekatnya darah 2 orang Tengku-Tengku dari keluarga istana Kelantan itu. 

Hishamuddin adalah ibarat kutu di atas kepala ayam. Mati ayam, matilah kutu. 

Jika Tengku Razaleigh berjaya menjatuhkan Najib, Hishamuddin akan jatuh. Tamatlah sejarah PPSMI!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Wartawan Media Inggeris Previous entry: Dong Zhong Sokong
Fudzail  on  02/01  at  04:35 PM

Salam, Puan SifuPTS

Jangan lupa bekas isteri Najib adalah anak saudara Ku Din…. Ini mungkin kaitan tidak langsung…

Fudzail  on  02/01  at  05:08 PM

Salam kembali Puan SifuPTS

Rasanya ada sedikit kesilapan fakta dalam ayat:-

YM Tengku Razaleigh Hamzah boleh membawa kesnya ke Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Keputusan SPR tidak dapat dibatalkan oleh mahkamah.

....kerana pemilihan United Malays National Organisation tidak termakrub di bawah SPR.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: