Friday, March 14, 2008

Mengapa Cina Memang Mahu Menolong Melayu Berjaya dalam Bisnes

Berdasarkan pengalaman PTS ditolong oleh begitu banyak individu-individu Cina semenjak ia memulakan bisnesnya 7 tahun yang lalu sehingga saat ini, kita yakin Cina memang mahu menolong Melayu berniaga sehingga berjaya.

Demi menjaga kepentingan ekonomi Cina sendiri, mereka tahu mereka terpaksa menolong Melayu, sebab apabila orang Melayu tidak puas hati dan cemburu melihat kekayaan orang Cina, keadaan itu sangat membahayakan kestabilan politik, suatu perkara yang amat digeruni oleh peniaga-peniaga Cina. 

Jadi, pemimpin politik Cina pun tahu mereka mesti menolong orang Melayu berniaga. Isunya adalah jumlah bisnesman Melayu yang layak mereka tolong amat sedikit. Senang cakap, bisnesman Melayu yang patut ditolong tidak ada.

Sewaktu kedai buku elit BORDERS yang dimiliki oleh BERJAYA dibuka, pengurusan Cina kedai itu memberitahu PTS mereka mahukan 10 ribu judul buku Melayu. Bukan 'buku' tetapi 'judul'.

Dalam rancangan asalnya, BORDERS memperuntukkan 10 ribu kaki persegi untuk mempamerkan buku-buku Melayu. Ia adalah peluang perniagaan yang sangat baik, tetapi malangnya jumlah itu tidak dapat dibekalkan oleh PTS, ataupun mana-mana penerbit buku Melayu, sudah tentu termasuk DBP.

Pada masa ini, rangkaian kedai buku yang paling agresif melebarkan sayapnya ke seluruh negara adalah POPULAR, sebuah syarikat milik penuh Cina Singapura. POPULAR adalah klien PTS yang terbesar saat ini.

POPULAR Malaysia sekarang menjual lebih 20% nilai buku-buku PTS. Dengan jumlah sebesar itu, jika POPULAR berhenti memesan buku-buku PTS, dalam sekelip mata PTS dapat 'dilingkupkan', tetapi tidak, sebaliknya pengurusan tertinggi POPULAR memanggil pengurusan tertinggi PTS meminta komitmen PTS supaya terus membekalkan judul-judul Melayu yang disukai oleh pengunjungnya.

Seluruh pengurusan tertinggi MPH masih dalam tangan profesional Cina walaupun saham terbesar syarikat itu telah dibeli oleh Syed Mukhtar al-Bukhari. Jika pengurusan Cina MPH mahu mensabotaj kepentingan penerbit buku-buku Melayu, dalam sekelip mata mereka dapat melakukannya. Tetapi sebaliknya mereka sekarang sudah meletakkan rak-rak buku Melayu berdekatan dengan pintu-pintu masuk kedai buku MPH.

Jadi, sebagai penerbit buku Melayu, pengalaman kita membuktikan bahawa Cina-Cina dalam industri buku mahu menolong penerbit Melayu berjaya dalam bisnes. Kita yakin, dalam industri lain pun trend positif ini berlaku.

Tetapi, mengapakah masih banyak bisnesman Melayu bercakap Cina tidak mahu menolong mereka berjaya?

Isunya adalah, majoriti Melayu yang berlagak bisnesman sebenarnya adalah kontraktor-penyamun yang memakai baju mahal dan memandu kereta mahal. Rakan-samun mereka adalah orang-orang politik dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beberapa tahun yang lalu, Sifu pernah mendapat mesej daripada seorang yang mempunyai kabel dengan sebuah jabatan kerajaan. Beliau memberitahu, dalam sebuah mesyuarat, ketua pengarah jabatan itu (yang dilantik kerana dia penyokong kuat BN) mengarahkan pegawai-pegawainya supaya jangan pilih buku-buku PTS untuk kontrak pembelian buku bagi tahun tersebut. Alasan yang diberikan oleh ketua pengarah itu adalah kerana Penasihat PTS menentang dasar penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek sains dan matematik.

Sesungguhnya, bisnes PTS survive dan membesar kerana ditolong oleh banyak pemain Cina dalam industri buku. Tentu sekali, itu berlaku dengan izin Tuhan yang maha penolong.

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: DEB dan Kontrak Kementerian: Bagaimana Pegawai Kerajaan Kalah kepada Politikus Previous entry: Bukan Kerajaan BN, Bukan DEB, tetapi Orang Cina Juga yang Menolong Penerbit Melayu
faizul kamaruddin  on  03/14  at  11:49 AM

Dang! dang! dang!

Ketuk meja dengan tapak tangan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/14  at  02:47 PM

Dua hari lepas saya terpandang segmen di saluran televisyen yang dikuasai oleh pihak pemerintah yang memberi komentar yang bersifat perkauman. Sebelum itu ditayangkan keratan akhbar pak menteri yang bercakap tentang;

“orang melayu harus bertanggung jawab kerana memangkah pembangkang”

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  03/15  at  06:05 AM

Assalamualaikum Puan Sifu dan semua rakan penulis PTS,

Sejak beberapa hari yang lalu saya begitu tertarik membaca kisah-kisah peniaga Cina yang menolong Melayu untuk maju dalam perniagaannya. 

Alhamdulillah syarikat training saya juga tidak terkecuali.  Segala modul dan kerja-kerja percetakan untuk syarikat saya disediakan oleh syarikat Cina sejak dulu sebab mereka begitu percayakan bahawa perniagaan saya boleh maju. 

Dulu, sewaktu saya mahu membeli bangunan pejabat di Ipoh, saya telah berhubung dengan beberapa pegawai bank Melayu tetapi tidak seorang pun yang benar-benar serius mahu membantu.  Tetapi apabila seorang Pengurus Bank Cina dari sebuah syarikat bank yang juga dimiliki oleh Cina datang ke pejabat saya, hari itu juga dia berikan kelulusannya. 

Kita ini terlalu disogokkan agar takutkan orang Cina walhal tidak semua Cina itu seprti sangkaan-sangkaan kita.  Begitu ramai yang boleh dibuat kawan dalam menjayakan perniagaan.

Bercakap tentang Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, saya secara peribadi dari awal lagi memang tidak bersetuju.  Anak-anak saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan sistem pembelajaran baru ini sebab penguasaan Bahasa Inggeris mereka memang sangat baik. 

Tetapi ramai lagi anak-anak bangsa saya di luar bandar dan di kampung-kampung menjadi mangsa dan setiap kali saya menjalankan program motivasi untuk mereka hati saya memang sayu melihat mereka menjadi mangsa kepada sistem yang tidak boleh dipakai ini.

Semalam saya telah menjemput Dato’ Tengku Alauddin bin Tengku Abdul Majid, seorang Tokoh Seni, ke program Dimensi Diri di Radio24.  Sempat saya meminta pandangan beliau tentang isu ini.  Katanya dia antara yang terlibat sejak dulu mencari istilah-istilah dalam Bahasa Melayu untuk subjek Sains dan Matematik.  Begitu banyak tenaga yang dicurahkan, otak yang diperah, wang yang dilaburkan dan masa yang diperuntukkan.  Semua ini habis begitu sahaja dan dia rasa sangat kecewa dan hampa.

Harapan saya, mesej rakyat dalam PRU12 membuka mata kerajaan untuk kembali memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu untuk pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik ini.

Masa Mula Berubah.  smile

locos  on  03/15  at  07:24 AM

Komen yang bagus, mungkin hanya dari ‘Cina’ terpelajar sahaja. Tetapi, tidak bagi ‘Cina’ yang tidak belajar. Sama seperti orang melayu juga, apabila melihat orang berjaya mulalah mereka memikirkan cara bagaimana hendak menghapuskan persaingan mereka.

“Tak boleh tengok orang senang”

Jika dilihat hari ini ramai diantara kita bisa melakukan itu dan ini tetapi jarang sekali yang betul-betul mempunyai ilmu dalam sesuatu bidang dan ‘ahli’ kepada bidang tersebut. Contohnya, juruteknik. Tugas mereka hampir sama dengan seorang jurutera dan mereka boleh membaiki apa sahaja. Tetapi seorang jurutera perinciannya lebih tepat dan berlandaskan kepada ilmu pengetahuan yang mereka ada.

Begitu juga dengan ‘Cina’. Apa yang berlaku kepada bangsa kita, juga berlaku kepada ‘Cina’. Cuma, orang melayu suka memperlekehkan dan melemahkan bangsa sendiri dan tidak kepada ‘cina’. Itu adalah satu kekurangan dan kelemahan yang perlu kita baiki. Persepsi yang baik merupakan tuntutan dalam agama kita dimana ‘husnu zann’ sangka baik adalah amat-amat perlu. Peniaga-peniaga melayu pula diharapkan lebih bersatu-padu dan tolong menolong dalam membangunkan ekonomi Malaysia.

Web Sutera  on  03/16  at  04:22 PM

Teruskan Sifu. Pendedahan atau kenyataan sebegini sangat baik untuk umum mengetahuinya. Tahniah Sifu!

anuarmanshor  on  03/17  at  10:25 AM

Allah jua yang memberikan rezeki…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: