Mengapa Buku Laku Bertambah Laku
PTS mempunyai lebih 800 buah agen yang aktif menjual buku-buku terbitannya di seluruh negara, termasuk di Brunei dan Singapura. Ini bukan bermakna semua kedai buku itu mengambil dan mempamerkan setiap judul yang diterbitkan oleh PTS.
Kedai buku hanya mahu mengambil buku-buku yang laku sahaja. Mereka memilih judul-judul itu berdasarkan rekod jualan tajuk-tajuk yang laku.
Bagi membantu kedai buku mermilih judul yang laku, PTS mengiklankan judul-judul buku yang paling laku. Judul itu disiarkan dalam akhbar (Harakah dll.) dan dalam web rasmi PTS.
Jadi, kedai-kedai buku mengikuti iklan dalam akhbar dan senarai dalam web PTS dan dari situ mereka memilih judul bagi dipesan. Akibatnya, buku-buku yang masuk dalam senarai itu menjadi pilihan utama kedai-kedai buku.
Pihak pegawai jualan PTS pula akan memujuk kedai-kedai buku supaya mengambil banyak naskhah bagi judul-judul yang amat laku itu, kerana KPI mereka adalah berdasarkan nilai buku-buku yang mereka bekalkan kepada agen-agen di bawah jagaan masing-masing pegawai.
Inilah faktor yang menyebabkan judul-judul buku yang laku semakin laku, manakala buku-buku yang kurang laku semakin kurang laku....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006


mengapa tidak di hantar katalog ke sekolah sekolah….. ada 1900+ sekolah menengah diseluruh negara . Hampir 5000 sekolah rendah .............
Post a comment