Mengambil Ujian Bakat Menterjemah

Keadaan penuh sesak semasa bengkel menterjemah buku non-fiksyen yang saya jalankan pada minggu lalu menunjukkan banyaknya orang mula berminat hendak berkarya dalam Bahasa Melayu.
Bengkel itu diadakan bagi menjalankan ujian bakat menterjemah. Hanya mereka yang memiliki bakat 'gred A' sahaja yang dipilih bagi latihan lanjutan di PTS, dan seterus diuji lagi, sebelum diterima menjadi penterjemah projek-projek PTS.
Di PTS, semua calon penterjemah mengambil ujian bakat, tanpa mengambil kira mereka sudah memiliki sijil, diploma ataupun ijazah dalam bidang terjemahan kerana bakat menterjemah adalah faktor penting yang menghasilkan terjemahan yang sedap dibaca.
Foto di atas menunjukkan 2 orang peserta sedang menuliskan terjemahan yang mereka hasilkan supaya dapat dinilai oleh saya bagi membantu peserta lain memahami prinsip-prinsip penting dalam proses menterjemah.
Dua orang peserta dalam foto itu adalah seorang imam masjid sebuah universiti (kiri) dan seorang pengurus kanan sebuah bank (kanan). Pengurus bank itu sudah memiliki diploma penterjemahan daripada Persatuan Penterjemah Malaysia.
Foto di bawah menunjukkan antara peserta-peserta lelaki dan wanita yang terpaksa duduk di lantai, termasuk peserta Cina.

Foto diambil oleh Tuan Zamri Mohamed.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
Bilakah akan diadakan lagi sesi bengkel menterjemah buku non-fiksyen? Saya begitu berminat utk menyertainya.
Terima kasih.
012-2755022
Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.
Didoakan Puan sihat dan sentiasa cergas bersama keluarga tersayang.
Saya sebenarnya amat berminat untuk mengikuti bengkel menterjamah karya inggeris-melayu yang telah diadakan pada 15 nov lepas. Akan tetapi saya tidak dapat hadir pada tarikh tersebut kerana sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan saya. Saya mohon daripada puan agar menganjurkan sekali lagi bengkel menterjemah ini. Dan saya juga yakin masih ramai lagi diluar sana yang ingin menyeduk sedikit sebanyak ilmu menterjemah daripada puan.
Saya harap puan berkenan menganjurkan bengkel ini seklai lagi. Dan kali ini saya pasti akan hadir.
Sekian, wassalam.
Post a comment