Thursday, March 05, 2009

Mana Dia Penyokong PPSMI

Menteri Pelajaran mengatakan mereka yang anti-PPSMI adalah minoriti sahaja. Manakala majoriti rakyat Malaysia menyokong PPSMI.

Jadi kita mahu tengok mana dia muka-muka 'majoriti' itu pada SABTU 7 Mac nanti di depan Istana Negara. 

Kita mahu tengok muka-muka pejuang PPSMI menunggu kami di depan pintu get Istana Negara. Biarlah mereka yang menghalang kami daripada mendekati Istana Negara dan menyampaikan memorandum anti-PPSMI kepada DYMM yang DiPertuan Agong.

Apa perlunya polis pula yang diarahkan supaya menghalang kami? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Datin Noor Azimah Previous entry: "Bangsa Melayu akan sentiasa kalah jikalau kita teruskan PPSMI" - Tan Sri Prof. Ismail Hussein
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/05  at  03:41 PM

Salam Puan.
Polis Diraja Malaysia (Diraja?) ‘mohon derhaka’ ke bawah Duli Tuanku?
Bukankah DYMM Agong sudah bersetuju dan memperkenankan wakil baginda menerima memorandum yang hendak diserahkan oleh wakil-wakil GMP?
Dan mereka yang berhimpun itu semata-mata bertujuan menyokong serta mengiringi wakil-wakil mereka (GMP)untuk menegakkan undang-undang dan perlembagaan, bukan untuk menggugat ketenteraman awam.
Alahai, PDRM (Diraja?)! Seharusnya seluruh anggota PDRM (Diraja?) sehingga ke pucuk pimpinannya memberikan perlindungan yang wajar!
Kita berjumpa di sana nanti, Puan. Insyaallah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: