Thursday, May 17, 2007

Malang Penulis

Mesti baca. Klik di sini.

Nota Sifu: Dalam kes novel "HARTINI" ini, tanpa memahami apa implikasi isi kandungan dokumen yang ditandatangninya, Allahyarham Aziz Afkar tidak sedar rupa-rupanya dia telah menjual hakcipta novelnya itu kepada penerbit Creative (CESB).

Beliau menyangka beliau masih memiliki hakcipta novel itu lalu membawa kesnya ke mahkamah. Beliau tidak tahu bahawa beliau tidak mempunyai sebarang hak lagi ke atas novel "HARTINI". Hakcipta novel itu sudah menjadi hak CESB.

Maka itulah mahkamah memutuskan CESBlah yang berhak menuntut gantirugi itu daripada BNE. Bukan Aziz Afkar.

Ramai penulis yang karyanya diterbitkan oleh penerbit seperti CESB tidak mahu ambil tahu apa makna isi kandungan dokumen perjanjian penerbitan yang mereka tandatangani. Malah banyak penulis baru tidak mahu belajar tentang undang-undang hakcipta.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(16) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apakah Pemilik Cerita Biografi Layak Ditakrif Sebagai 'pengarang bersama' Previous entry: Maksud 'Pengarang Bersama' atau Co-Author
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/17  at  02:13 AM

kasihan…
——-

Kang  on  05/17  at  03:48 AM

Assalamualaikum Mbakyu. Bila Aziz Afkar meninggal dunia?

Novel Hartini memang ada tempias Tenggelamnya Kapal Van Der Vijck sama seperti Ranjau Sepanjang Jalan ada tempias The Good Earth.

Mesej: Memang tidak ramai yang suka dan boleh meneliti surat perjanjian (mungkin disebabkan bahasanya adalah bahasa guaman). Saya termasuk salah seorang.

Penulis berhak bertanya kepada pegawai syarikat penerbit apa makna klausa-klausa dalam dokumen sebelum menandatanganinya. Di PTS, semua editor sudah diberitahu supaya menerangkan klausa-klausa itu kepada penulis.

Web Sutera  on  05/17  at  04:38 AM

Sdr Aziz Fakar sudah tiada? Innalillah hirajiunn.. Jadi waris beliau tidak dapat royaltilah.

Web Sutera  on  05/17  at  05:17 AM

Emm…. kasihan Sdr Aziz Fakar. Saya masih ingat buku tersebut. Saya membelinya, kalau tidak silap, sekitar awal tahun 80-an semasa saya di bangku sekolah menengah.

Plot yang menarik. Masih diulang cetakkah, Sifu?

Aziz Afkar sudah meninggal dunia sekitar 2 tahun yang lalu, kalau tidak silap. Novel itu diterbitkan oleh CESB, jadi saya tidak tahu apakah ia masih dalam pasaran.

Web Sutera  on  05/17  at  05:33 AM

Sifu, saya ada kenal beberapa penulis novel yang menulis karya mereka untuk satu penerbit (nama saya rahsiakan). Malang sungguh kerana penerbit itu bukan sahaja berniat untuk menipu, malah ada karya yang diterbitkan tanpa izin penulis. Surat perjanjian tidak usah ceritalah, tiada!

Nisah Haron  on  05/17  at  05:55 AM

Assalamualaikum,

Sedikit pembetulan fakta : Allahyarham Aziz Afkar meninggal dunia pada 11 Januari 2007 yang lalu. Saya ada menulis satu artikel dalam Dewan Sastera April 2007 dengan judul “Aziz Afkar dan Perjuangan Hak Moral Pengarang”. Walaupun, sudah lepas sebulan, saya percaya majalah ini masih lagi boleh dibeli dari Dawama di Ulu Klang. Cubalah bertanya pada Dawama.

Kepada penulis yang cuba menghantar karya untuk diterbitkan oleh penerbit-penerbit kecil, berhati-hatilah. Mungkin hari ini penerbit itu kawan-kawan kita, tetapi apabila buku sudah siap (keghairahan melihat buku itu terbit hanya berlangsung sekitar 9 hari - 9 days wonder kata pepatah Inggeris), kepuasan pun habis, duit royalti masih tidak kelihatan sekitar Jun tahun kalender yang berikutnya.

Hati-hati…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/17  at  05:58 AM

Ceritalah pasa penerbit itu. Bimbang juga kalau terkena nanti!

Pendek kata, penulis jangan hanya pandai menulis, mesti juga pandai membaca klausa-klausa (bunyi hebat dan mengiurkan seperti Santa Klaus dengan hadiah-hadiahnya).. ia tidak lain dan tidak bukan adalah ayat ayat yang mengikat yang jika ditandatangani bererti sudah wujud persetujuan dua belah pihak. Ibarat sudah ada ijab qabuuuuul… sah nikahnya… grin

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/17  at  06:32 AM

Tapi masalahnya, kita ini ramai tidak tahu undang-undang hakcipta. Hendak upah peguam tidak mampu pula. Hendak lebih-lebih dengan penerbit nanti tidak tercetak pula buku itu… Susah juga!

zalisa  on  05/17  at  06:58 AM

Dicetak, tetapi royalti hangus lebih susah (susah hati):D

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/17  at  07:07 AM

Betul itu.. jadi fikirlah yang terbaik! Kalau boleh belajar lagi banyak tentang hak cipta, bukan!

Web Sutera  on  05/17  at  07:15 AM

Saya baru baca rencana dalam Berita Harian mengenai Salam Maria, oleh Fatimah Busu.  Itulah antara penulis yang saya maksudkan dan penerbit yang saya tahu siapa tuan punya. Subhanallah, saya pun kurang pasti apa yang dia cari.

Ada seorang lagi penulis malang yang terbitkan novel dengan Absolute Press, sekarang ini bekerja di DBP, pun royalti entah ke mana. Saya ada baca mengenai seorang staf grafik Absolute Press marah-marah fasal bos dia ‘curi’ cover novel. Bos Absolute Press itu pula saya kenal! Sayang perangai dia begitu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/17  at  11:06 AM

Assalamuaalaikum Pn. Sifu,

Saya ingin bertanya,

Untuk mengelakkan penulis kena tipu oleh penerbit, tidak bolehkah persatuan penulis berperanan sebagai penasihat atau menyediakan penasihat undang-undang membantu penulis menyemak perjanjian sebelum penulis menandatangani sebarang perjanjian penerbitan?

Ataupun

Tidak bolehkah penulis (berkelulusan undang-undang) membantu penulis lain yang bermasalah untuk memahami isi kandungan perjanjian berkenaan?

Ataupun

Tidak bolehkah perkhidmatan Biro Bantuan Guaman digunakan dalam mengatasi masalah sebelum perjanjian ditandatangani oleh penulis?

Sdr Haris,

Bantuan yang paling baik dapat diberikan oleh persatuan penulis adalah:

(1) Mengadakan sesi taklimat tentang undang-undang hakcipta kepada anggotanya. Undanglah Puan Nisah Haron sebagai penceramah.

(2) Mengeluarkan senarai hitam nama-nama penerbit yang tidak kredibel (seperti CITOS) dan dimaklumkan kepada semua anggota persatuan.

Nisah Haron  on  05/17  at  10:33 PM

Salam buat semua,

Insya-Allah, saya boleh membantu dalam memberi taklimat hakcipta kepada para penulis. Kalau PTS mengundang saya lagi, saya tidak keberatan mengulang perkara yang amat penting buat penulis, editor dan semua pihak yang terbabit dalam dunia penerbitan.

Cuma, setakat ini saya bakal bercuti dan mungkin akan kembali aktif sekitar awal Ogos kelak grin

sweetdarling  on  08/14  at  06:48 AM

terima kasih kerana menulis tentang arwah bapa saya… yer, memang terkilan setelah mahkamah memutuskan arwah bapa tiada hak dalam tuntutan pencabulan novel tersebut.

walaupun begitu, pihak penerbit berjanji akan menyerahkan 100% tuntutan tersebut kepada beliau seandainya mereka memenangi kes tersebut.

Terkini, kes telah selasai di luar mahkamah, daripada RM200,000.00 jumlah tuntutan, pihak TV3 & Erma Fatima cuma bersetuju untuk membayar RM42,000.00 sahaja.  Itupun, masih tidak diterima satu sen pun oleh pihak kami.

Dimana kami sepatutnya menuntut keadilan?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/11  at  04:11 PM

Sayangnya if novel Hartini diberhentikan cetakannya.Saya benar2 mencarinya.sungguh berbesarhati if sweetdarling boleh menolong saya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.