Lokasi Ideal bagi Membuka Kedai Buku
Analisis ke atas data jualan buku-buku PTS menunjukkan dengan sangat terang dan jelas bahawa PTS membekalkan jumlah buku yang jauh lebih banyak kepada semua kedai buku yang beroperasi di dalam kompleks membeli-belah dibandingkan dengan kedai buku yang dibuka di rumah kedai berderet.
Jika tuan dan puan mempunyai rancangan mahu membuka kedai buku, Tuan Azari Hashim, eksekutif di jabatan jualan PTS memberi tip yang amat berguna.
Jika kedai buku itu akan menjual semua jenis buku, termasuk buku-buku agama, maka pilih:
(i) Kedai dalam shopping mall.
(ii) Jika di kawasan itu tidak ada shopping mall, pilih kedai yang bersebelahan dengan bank.
Jika kedai buku itu akan menjual buku-buku agama sahaja, pilih kedai:
(i) Berhampiran dengan pasar.
(ii) Berhampiran dengan pejabat pos.
(iii) Bersebelahan dengan restoran yang popular.
Jika kedai itu akan menjual buku dan segala alat tulis-menulis, maka pilih kedai:
(i) Berjiran dengan beberapa buah sekolah.
Saya pernah menginterviu seorang pemilik 4 buah outlet kedai buku di Lembah Kelang. Beliau mempunyai 3 buah outlet dalam kompleks membeli-belah dan 1 outlet di kedai berderet.
Jumlah sewa bulanan bagi salah sebuah outletnya yang terletak dalam kompleks adalah RM12 ribu. Tetapi jualan outlet itu purata RM100 ribu sebulan.
Manakala sewa salah sebuah outletnya di kedai berderet adalah RM3 ribu sebulan, tetapi ada masanya jumlah jualannya tidak dapat membayar sewa bulanannya.
Menurut beliau lagi, beliau mendapat potongan diskaun dari penerbit purata 40%. Daripada jumlah itu 10% diberikan sebagai diskaun kepada pelanggan kedai. 10% bagi membayar sewa kedai. 10% bagi membayar gaji pekerja. 2.5% sebagai potongan pembelian menggunakan kad kredit. Selebihnya barulah sebagai keuntungan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Saya sentiasa memikirkan semua perkara dan risiko berkali-kali. Jika dapat dikurangkan risiko, adakah berbaloi mempunyai kedai buku atau teruskan usaha mencipta buku.
Buat masa ini, masa yang ada cukup untuk satu usaha sahaja.
Masih menyimpan hasrat untuk membuka kedai buku. InsyaAllah jika ada rezeki dalam tahun ini juga.
Wasalam
Syaizul
Syaizul Amal,
3 tahun semasa awal mula bisnes memang kritikal. Lebih-lebih lagi jika baru menceburi bisnes.
Dulu saya dapat tulis 2 buku setahun, sekarang sebuah buku pun susah. Gara-gara membuka sebuah buku.
Berita baiknya, selepas ini, saya yakin mampu menulis lebih banyak buku lagi kerana maklumat tentang buku yang dikehendaki ada dalam kepala. Sebab hari-hari bergelumbang dengan buku.
Insyaalah bila pengurusannya dah stabil, minat berkarya akan diteruskan.
Nasihat saya,jika ada 2 impian yang dilaksanakan, buat salah satu dahulu. Dan satu lagi tangguhkan dulu.
Salam Encik Fakhrul,
Saya ada melawat website Encik di ash-shafie.com. Saya nak tanya mengenai buku “Indahnya Hidup Bersyariat”. Betul ke harganya cuma RM20? Tak silap saya harga asal ialah RM55.00
Kalau betul harganya RM20 saya amat berminat untuk memesannnya.
Post a comment