Debat DS Anwar Ibrahim dan Dato’ Shabery Cheek

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam..
Pembetulan…siaran langsung di siaran Bernama 502 bukan di siaran Awani 501..
puan sifu,
bila debat menteri pendidikan dgn pejuang bahasa.
Harapan Baru Untuk Malaysia!
Secara jujur, dari segi sudut pandangan ilmiah, Dato’ Anwar Ibrahim lebih banyak point dalam hujah-hujahnya, lebih menjurus kepada proses perdebatan sebenar.
Markah debat untuk Dato’ Anwar lebih tinggi. Apa pandangan orang lain pula?
Bagus juga diadakan debat seperti ini. Rakyat akan lebih dekat kepada kedua-dua pihak pemimpin dan mengetahui apakah pemikiran para pemimpin mengenai negara.
Tahniah atas persediaan yang telah dibuat oleh Dato Seri Anwar. Tahniah juga atas hujah-hujah yang disediakan yang telah mematahlumatkan hujah pihak kerajaan yang nampaknya tidak ada modal hendak dicakapkan. Kenapa Dato Sablee asyik bercakap “percayalah cakap saya” ? Dari sudut pandangan ahli psikologi apakah maknanya orang yang sebegini?
Teknik mengungkit cerita tahun-tahun yang lalu berulang kali dalam perdebatan menunjukkan sikap tidak profesional dan bertindak mengambil peluang melepaskan geram terpendam sejak Semangat 46.
Aha ha la la laa..
Sdr. Mawar Putih,
Apabila Dato’ Shabery Cheek mengulang-ulang kata-kata “Percayalah cakap saya!” dia tahu bahawa majoriti hadirin di depannya tidak percaya pada hujah-hujahnya.
Suara-suara yang menjerit-jerit menyokong dan bertepuk tangan dari barisan belakang dewan itu adalah suara penyokong-penyokong upahan yang didatangkan khas.
Kerana terlalu menyerlah jurang kecerdikan (termasuk wakil Menteri dari menara gading tu) saya jadi takut. Takut ini debat yang pertama dan terakhir.
Tuan Rastom,
Kalau Shabery Cheek bertujuan mahu membela dan sekaligus menyukakan hati Pak Lah, saya tidak yakin Pak Lah gembira semasa menonton prestasi menteri penerangannya itu.
Puan Sri,
Bagus juga kalau PTS ada buku “Teknik Menulis Surat Letak Jawatan.”
Tuan Rastom,
Kalau saya boss si menteri itu, saya pecat dia!
Assalam alaikum
Kata Puan,
“Suara-suara yang menjerit-jerit menyokong dan bertepuk tangan dari barisan belakang dewan itu adalah suara penyokong-penyokong upahan yang didatangkan khas.”
Gosip atau teori ya?
Apa pun saya kurang gemar fanomena orang tempatan melaung-laung tidak tentu fasal dan komentar emosional.
Benar kata Puan beberapa minggu lalu, jika kita membentangkan agenda yang serius, wajah usah tersenyum, nampak seperti bermain-main sahaja sikap terhadap audien (rakyat).
Pengulangan fungsional dalam setiap penggulungan Datuk Seri menegaskan perkara yang sama dengan dukungan fakta memberi keselesaan kepada jiwa. Tapi kata seorang Menteri itu, “Jika mahu bantu rakyat, kerajaan bantu urus kos diesel bukan petrol. Diesel adalah minyak keperluan industri, petrol adalah kegunaan peribadi.’
Saya garu kepala memikirkan kenyataan tidak logik ini.
Mungkinkah ini puncanya Tun tidak memasukkan beliau dalam kabinet sepanjang 20 tahun lalu.
Tuhan lebih tahu.
Saya nantikan bicara atau debat menjawab isu krisis ekonomi 1997.
Assalammualaikum
Perbincangan panel dalam program pasca debat di Awani rasanya jauh lebih baik dari prestasi (prestation kata seorang bekas MB) Menteri yang tentunya mendapat pujian berlebihan dari media perdana.
Sewaktu debat, anak saya yang berusia 9 tahun dan kurang fasih Bahasa Melayu pun terpegun dengan hujah turunkan harga (mungkin kerana melihat yang berhujah itu pernah bertandang ke rumah). Begitulah aura dan karisma yang ada.
Sebaiknya kalau ada debat seterusnya, mahu juga melihat PM lawan bekas PM, TPM melawan ketua pembangkang.
Tetapi rasanya, itulah debat pertama dan terakhir!
Utusan online, Bharian online dan Harakah Daily semuanya berstatus server busy… pagi ini.
Puan,
Pak Menteri itu sebenarnya secara sengaja atau tidak sebenarnya lebih menyinggung dan mengkritik mantan PM apabila beliau menyebut: “Sekiranya pada zaman Dato Seri Anuar, tidak ada peluang untuk debat terbuka seperti ini.”
Bukankah pada zaman itu, mantan PM tersebut yang berkuasa penuh?
Terkilan negara diperintah oleh menteri yang tidak menjawab soalan,tidak faham soalan dan banyak konar baringnya.Pokok perbincangan asas tidak difahami. Orang kata turunkan harga minyak dengan cara tidak mengganggu hasil Petronas,beliau berhujjah balas seolah-olah habis keuntungan Petronas digunakan untuk menampung subsidi.Sungguh tidak faham. Rakyat jadi jurinya.
Post a comment