Lelong Buku: Keperluan dan Risikonya

Foto menunjukkan keadaan yang dapat dilihat setiap hari di hadapan pintu masuk gudang PTS. Ada buku-buku yang baru sampai dari kilang cetak. Ada buku-buku return dari kedai kerana tidak laku dijual.
Buku-buku yang baru sampai dari kilang cetak memerlukan ruang simpanan. Seluas 20% ruang yang ada digunakan bagi menyimpan buku return. Ruang itu lebih diperlukan bagi menyimpan stok buku baru-cetak.
Dalam bisnes, ruang adalah wang. Sekarang ini sewa 1 unit kilang berderet sudah naik kepada RM8k sebulan. Itulah kos menyimpan buku-buku return PTS. Ia menjadi beban kewangan kepada penerbit.
Ada 2 cara mengurangkan stok buku tak-laku. Pertama, adakan acara tahunan bagi menjual lelong buku-buku itu dengan diskaun sampai 90%. Kedua, buku-buku itu diam-diam dijual kepada lori kertas kitar semula.
Dari sudut bisnes, mengadakan majlis lelong buku adalah lebih baik daripada menjual buku-buku itu kepada lori kitar semula. Melelong buku dapat mengurangkan kerugian. Risikonya adalah reaksi negatif dari pihak penulis yang bukunya dilelong dengan harga terlalu rendah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tiba-tiba sentap, dengan memikirkan cara elak rugi ribu-ribu RM, boleh pula nak fikir reaksi penulis kalau bukunya dilelong. Kalau saya jadi penulis, boleh tak rasa nak terharu?
Assalamualaikum~
Saya ialah pelajar IPT dan juga pembaca setia buku-buku terbitan PTS. Pada hemat saya, sekiranya ingin dilelong buku-buku itu, elok dilakukan di institusi pengajian tinggi awam ataupun swasta.
Sebagai pelajar, sekiranya kami mendapat diskaun 50% sudah memadai dan menggembirakan.
Seterusnya usaha ini juga dapat memupuk minat membaca dalam kalangan mahasiswa kerana buku-buku terbitan PTS menekankan penggunaan Bahasa Melayu yang betul.
Sekian, terima kasih.
Post a comment