Laut Biru: Buku Agama untuk Perempuan Muda dan Modern
Jumlah perempuan beragama Islam yang muda (antara 18 - 28 tahun) dan menerima pendidikan modern serta hidup sebagai wanita modern dalam dunia modern semakin hari semakin banyak. Pasaran ini adalah Laut Biru bagi buku-buku agama.
Mereka memerlukan buku-buku panduan beragama yang ditulis khusus untuk perempuan yang sibuk.
Banyak buku agama ditulis dengan cara, bahasa, dan format yang sesuai untuk orang-orang yang mempunyai banyak masa sahaja. Huraiannya panjang dan bertele-tele.
Buku "501 Persoalan Tentang Darah Wanita" ini adalah contoh buku fikah yang ditargetkan kepada perempuan-perempuan muda yang sibuk. Maklumat diberikan dengan ringkas dan tepat.
Cover buku ini dibuat supaya ia dapat dibaca di mana-mana sahaja, seperti di dalam LRT, kapal terbang, di lobi hotel dan lain-lain tempat awam, tanpa rasa segan silu. Itulah sebabnya cover buku ini demikian cantik, tidak kelihatan sebagai buku agama.
Buku-buku agama dapat dijual kepada perempuan muda dan modern. Bukan setakat buku-buku fiqh tentang biologi perempuan, perkahwinan dan kekeluargaan, tetapi judul-judul lain juga dapat dijual kepada mereka.
NOTA: Penulis Rohayati Bakri adalah seorang jurutera yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang agama. Beliau sudah menerbitkan 4 buah buku agama dengan PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment