Tuesday, April 03, 2007

Laporan Pesta Buku Bangkok (2)

Dari sudut sambutan rakyat, Pesta Buku Kuala Lumpur bukan hanya kalah kepada Pesta Buku Jakarta, malah jauh lebih kalah kepada Pesta Buku Bangkok.

Di Bangkok, orang ramai datang ke pesta buku anak-beranak dengan membawa tikar lipat, macam orang mahu pergi piknik di tepi laut.

Masuk dewan, mereka terus mencari ruang lalu membuka tikar dulu, kemudian ibu bapa memberi wang kepada anak-anak bagi membeli buku. Kemudian mereka membaca buku di atas tikar. Habis baca buku, ibu bapa memberi wang lagi...

Inilah contoh apa yang dikatakan buat bisnes ikut acuan budaya sendiri. Orang Asia suka duduk atas tikar, penganjur pesta buku pun menyediakan ruang bagi pengunjung membuka tikar... peduli apa dengan gaya duduk ala-global!

Buku bahasa Siam laku, tikar Siam pun laku....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Inilah Cara Mengekspot Buku ke Indonesia Previous entry: Pinjaman Perumahan Bank Islam Malaysia Tidak Diterima oleh Bank Islam Asia Barat
Kang  on  04/03  at  09:41 AM

Adakah kita akan menunggu ‘kucing bertanduk’ baru akan terjadi seperti di Thailand itu?

“Kerajaan tidak bercadang…. kita tidak mahu menjadi juara kampung… bla, bla, bla…”

Mari main teka-teki, Menteri manakah yang akan berkata begitu bila diajukan cadangan supaya Pesta Buku Kuala Lumpur benar-benar dijadikan ‘PESTA’.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: