Tuesday, April 27, 2010

Lagi-lagi Cerita Penulis Ditipu Penerbit

Tuan Nazmi Yaacob (foto) menulis tentang gejala penerbit buku menipu penulisnya. Beliau semacam menyalahkan persatuan-persatuan penulis yang tidak membela nasib penulis-penulis yang ditipu penerbit.

Dalam isu penulis ditipu penerbit, kita jangan lupa bahawa penipu ada di mana-mana. Bukan dalam dunia penerbitan buku sahaja ada penerbit yang baik dan ada penerbit penipu. Dalam semua sektor ada orang baik, ada orang jahat. Ini adalah realiti kehidupan. Tidak ada sektor yang semua pemainnya baik-baik belaka.

Penulis penipu pun ada di mana-mana. Berbual-buallah dengan penerbit, mereka masing-masing mempunyai cerita tentang penulis penipu.

Dalam isu menyalahkan persatuan penulis, kita terima kenyataan bahawa tidak ada pihak lain dapat menjamin kita daripada tidak akan ditipu oleh sesiapa.

Kita bertanggungjawab menjaga diri kita sendiri daripada ditipu. (Dalam berjaga-jaga pun ada kalanya kita masih kena tipu!)

Nasihat saya kepada penulis, apabila memilih penerbit, pilihlah macam kita memilih isteri. Pilih betul-betul....

Antara penerbit swasta yang terkenal tidak menipu penulisnya adalah ALAF21. Dari sudut pembayaran royalti, penerbit itu paling tinggi disiplinnya. Malah tidak ada penerbit yang sanggup membayar royalti 4 kali setahun, melainkan ALAF21. Walaupun kadar peratusan royalti yang ditawarkan relatif rendah, namun disebabkan jualan ALAF21 sangat tinggi, para penulis ALAF21 memperoleh cek-cek royalti yang mencemburukan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) pun tidak menipu penulis dan penterjemahnya. Malah kedua-dua penerbit itu menawarkan formula royalti dan honorarium yang terbaik di negara ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: USP adalah Unsur Wajib-Ada Previous entry: Siri Usahawan Cilik Masih Diteruskan
Nazmi Yaakub  on  04/28  at  04:54 AM

smile hehehe… saya sudah jawab sebenarnya. kami bela semua pihak (ayat PR ni). sebenarnya banyak lapis makna dalam artikel tu. harap puan dapat selak lapis makna yang satu lagi.

kemudian tentang penulis tipu penerbit rasanya kesannya tentu tidak sama dengan penerbit tipu penulis. orang kecil tipu orang besar, tak mustahil lepas orang besar tu tahu dia ditipu, dia akan penyek betul-betul orang kecil tu sampai tak bernafas. tapi orang kecil kena tipu oleh orang besar - lepas dia tahu ditipu, tak mustahil satu dunia buat tak tahu saja.

contoh mudah - rakyat tipu kerajaan, ya memang tak betul tapi kerajaan sudah pasti ada mekanisme sendiri utk bagi “tunjuk ajar” pada rakyat yg tipu tu. tapi kalau kerajaan tipu rakyat? hehehehe.. puan sendiri tahu berdasarkan politik antarabangas.. ya ya ya.. saya merujuk kepada kerajaan di afrika.

Ali Bukhari bin Amir  on  04/28  at  07:40 AM

Rasa-rasanya, isu ini boleh dibangkitkan dalam Dialog Orang Muda (Dom).

Macam mana Lutfi Ishak? Boleh diangkat sebagai bahan debatan tak?

Tengku Asmadi T. Mohamad  on  04/29  at  03:15 PM

Puan Ainon, PTS juga tidak menipu.  Mungkin Puan tidak mahu letakkan nama PTS nanti orang kata masuk baku angkat sendiri.  Tapi itulah realitinya.  Oleh itu biarlah saya tolong angkatkan bakul PTS itu. smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/30  at  02:25 AM

Mudah-mudahan dapat duduk bawah khemah syuhada pada Hari Mahsyar nanti.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.