Monday, June 18, 2007

KP DBP Mahu Paksa Pelajar Belajar Sastera

Baca di sini Ketua Pengarah DBP gesa Kementerian Pelajaran menjadikan sastera Melayu subjek wajib dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Buat sementara ini UNIKA tidak mahu mengulas...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Dunia Sastera
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Industri Sorok-sorok: Cina Sorok, Melayu Sorok, Mamak Sorok Previous entry: Komitmen PTS Memandaikan Bangsa Berniaga
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/20  at  07:42 AM

Assalamualaikum wbt.

Kenapa perlu mewajibkan mengambil mata pelajaran Sastera Melayu bagi Tingkatan Satu hingga Tingkatan 6?

Sungguhpun KOMSAS telah pun dipelajari melalui subjek Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia sekarang ini. Pertambahan subjek baru akan terus membebani pelajar yang pada dasarnya berorientasikan peperiksaan.

Mewajibkan bermakna memaksa seseorang pelajar itu mengambil subjek itu walaupun ianya amat tidak diminati.

Maka, akan berlakulah konflik pelajar yang mengambil subjek aliran Sains Tulin dan aliran Teknikal. Manakala pelajar aliran kemanusiaan sekarang ini diberi pilihan samada untuk mengambil subjek elektif Perakaunan, Perdagangan atau Kesusasteraan.

Terlalu banyak perubahan akan memeningkan kepala para guru dan pelajar.

Persoalan yang patut difikirkan, subjek Geografi yang pada suatu ketika dahulu hanya diambil oleh pelajar aliran Sains sebagai subjek elektif pun sudah tidak ditawarkan kepada mereka, sedangkan subjek itu ada kaitan dengan pasaran kerjaya.

Kalau boleh, biarlah beri pilihan kepada mereka yang hendak mengambil subjek itu. Ada pro dan kontranya.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/20  at  08:38 AM

Pengajaran sastera akan `memanusiakan semula manusia`, demikian antara ungkapan yang saya dengar dalam seminar kesusasteraan yg dianjurkan oleh NUTP dan DBP di sebuah hotel di KL tiga minggu lalu.

Dalam usaha kita mengejar kemajuan sains dan teknologi, ia kelihatan semakin menghakis rasa kemanusian sebenarnya berlaku secara sedar.

Sayangnya subjek itu kian terpinggir malah bilangan sekolah yg menawarkan subjek itu berterusan kearah menuju angka sifar. Ini yg membimbangkan.

kearah (SALAH) = ke arah (BETUL)
yg (SALAH) = yang (BETUL)

dingin  on  06/20  at  11:41 AM

Saya difahamkan bahawa mengajar subjek sastera ini adalah bagi memupuk modal insan.

Tetapi modal insan yang bagaimana? Saya sendiri masih lemah menduga.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: