Thursday, February 14, 2008

Kontroversi Komik Malaysia Versi PTS

PTS sedang memulakan program penerbitan kategori "Komik Malaysia" dan tanggungjawab membangunkan produk ini digalas oleg En. Wan Zuhairi (WanZu).

Komik Malaysia PTS adalah syariah-compliant, yakni lukisan komik tidak boleh menunjukkan ciri-ciri lukisan yang salah di sisi undang-undang Islam, sebagai contoh lukisan perempuan yang menunjukkan aurat, ataupun memakai pakaian ketat-ketat, ataupun lelaki dan perempuan melakukan perbuatan yang tidak dibenarkan seperti berasmara dan bercumbu.

En. WanZu memaklumkan kepada Sifu beliau sudah mula menghubungi rakan-rakan dari Pekomik dan berbincang dengan mereka. Majoriti anggota Pekomik bersetuju dan sangat menyokong konsep komik PTS, kecuali beberapa individu yang tidak bersetuju. 

Beginilah pendapat Sifu: Jika saudara mahu melahirkan komik yang tidak syariah-compliant, saudara boleh menerbitkan komik itu dengan penerbit lain. Pada waktu yang sama lahirkanlah juga karya saudara yang syariah-compliant untuk diterbitkan oleh PTS. Jadi, saudara masih dapat berkarya dengan bebas. Pada waktu yang sama PTS juga berpeluang menerbitkan karya saudara. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(13) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pasaran Buku-buku Fiksyen Inggeris dan Melayu Previous entry: Fail Buku Ini Sudah Siap Diproses dan Sudah Dihantar ke METADOME
MBA  on  02/12  at  04:16 PM

Salam Puan Sifu-san;

Semoga Sifu sentiasa ceria (dengan tudung fesyen baru!),

Saya sangat tertarik dengan idea PTS untuk menerbitkan komik Malaysia ini. Bagaimanakah caranya untuk turut membantu dan menyertai pasukan komik ini ataupun ingin menyumbang karya?. Adakah format tertentu atau apakah keperluannya?.

Anak saya memang kerjanya melukis secara sambilan dan banyak juga menjual hasil lukisan/lakaran/komik beliau kepada rakan-rakan. Beliau berminat untuk mencuba bakat untuk menyumbang kepada PTS.


Sekian, Wassalam.

azhar  on  02/13  at  02:15 PM

salam..

masalah saya..komik saya berlaku pada zaman penjajahn jepun..

scene perempuan kena kejar..perempuan di kerah..di tendang..di tindak kejam..di rogol…

dan pada zaman itu prempuan majoriti ta pakai tudung ..paling kuat selendang..

scene saya tgh kecoh..panik ..havoc..adakah logik mempunyai perempuan bertudung…

mempertahankan jalan cerita saya yg berlatarbelakang zaman pendudukan jepun di mana Melyu di tindas..

saya bukan nak mengiyakan scene tidak bertudung cuma
logik keperluan cerita di zaman itu..

wasalam

...............

Nota Sifu:
Saudara boleh menerbitkan karya saudara dengan penerbit lain. Untuk PTS, saudara gunakan kreativiti bagaimana hendak mengatasi larangan syariah itu.

azhar  on  02/13  at  04:50 PM

aduhh

baik puan….........

kena buat balik le gamokknyeeee..dah 90% nak siap…baru tau ada syarat syariah compliant..kalu saya tau saya buat dah lukisan komik melayu zaman penjajahan jepun semuanya wanita bertudung

ehehehe

wasaalam..
saya hanya mengikut arahan

Akira  on  02/13  at  06:29 PM

Betulkan saya sekiranya salah.

Mungkin untuk watak wanita, perlu gunakan kreativiti agar wanitanya tidak kelihatan seksi ataupun mengghairahkan. Tidak perlu diperinci dan ditumpukan sangat ‘aset-aset’nya. Ada beribu cara untuk melukis wanita tanpa menjadikannya tidak sesuai untuk tatapan.

Cukup sekadar memberitahu itu wanita, dan dia dalam bahaya. Bertudung atau tidak itu bergantung kepada watak. Takkanlah lukis watak bukan islam bertudung pula?

Seni lukisan itu luas. Jangan kecilkan skop pandangan.

Sekian pandangan naif saya. Sila bangkang jika tidak setuju ataupun rasa komik itu medium yang tidak bijak untuk menyampaikan idea.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/13  at  06:34 PM

Assalamualaikum..

Saya juga ada soalan. Babak dalam komik saya begini:

Judin berjalan kaki ke kedai bagi membeli barangan yang diminta nenek angkatnya, seorang bidan kampung. Melalui beberapa buah rumah kampung.

Babak itu menunjukkan 3 orang makcik sedang mengumpat sambil mencabut uban dan mencari kutu di kepala.

Berbaju kurung kedah, berkain batik.

Auratnya terdedah, rambut, betis dan lengan.

Adakah babak begini diluluskan?

Semoga dapat garis panduan dengan jelas sebelum proses melukis berlaku.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/13  at  07:43 PM

Tuan-tuan pakar komik sekalian,

Ada beberapa perkara kita perlu tanya ustaz:

(1) Apa hukumnya melukis aurat perempuan, baik perempuan itu Islam mahupun bukan-Islam sebagai barang dagangan.

(2) Apa hukumnya menjual bahan-bahan bacaan yang di dalamnya ada gambar ataupun lukisan aurat perempuan, baik perempuan itu Islam ataupun bukan-Islam.

(3) Apa hukumnya lelaki Islam menatap gambar ataupun lukisan aurat perempuan.

Jom kita tanya ustaz dahulu.

wanzu  on  02/13  at  11:44 PM

Assalamualaikum.

Puan dan rakan-rakan artis komik yang saya hormati,

Saya dalam proses menyediakan garis panduan komik syariah compliant PTS. Garis panduan ini akan dinilai oleh beberapa ustaz sebagai panel penilai. Saya juga ada minta bantuan daripada Persatuan Ulama Malaysia sebagai perujuk kepada garis panduan ini.

Bukan senang untuk meletak garis panduan dalam kerja seni yang kreatif dan abstrak. Apatah lagi apabila dikaitkan dengan hukum kerana tidak ada dalil dan nas yang menjurus secara langsung terhadap persoalan seperti ini.

Hukum Berseni Dalam Islam adalah Abstrak
Menurut Yusuf Al Qaradhawi di dalam bukunya Al Islam Wal Fann (Islam dan Seni), tidak ada satu hukum yang tetap bagi satu-satu seni. Hukumnya abstrak. Abstrak bagaimana? Hukum bagi satu-satu seni itu bergantung kepada beberapa perkara. Antaranya ;
- Si Pembuat - apakah niatnya? Bagaimana cara pembuatannya?
- Si Penerima - apakah niatnya? Bagaimana cara penerimaan dan penghayatannya?
- Bahan dan intipati seni itu sendiri. Apa faedah dan kebaikannya?
- Dan bermacam lagi perkara-perkara cabang yang saling berkait dan bersimpul-simpul.

Ambil sahaja contoh seni popular Islam, nasyid - lagu selawat dan puji-pujian kepada Allah.
Sang penyanyi - Nyanyi lagu selawat sekalipun, jika niatnya tidak baik seperti ingin menunjuk-nunjuk, sudah tidak boleh.
Apatah lagi jika sang penyanyi tidak memakai baju dan berseluar pendek, lagi la tak boleh.
Sang pendengar - Dengar lagu selawat, tapi terlalu asyik dengan kelunakan suara penyanyi hingga melalaikan dan melekakan, pun tak boleh.

Jadi, nasyid itu apa hukumnya? Harus? Sunat? Wajib? Makruh? Haram?

Jawapannya apa? Menurut Yusuf Al Qaradhawi, hukumnya adalah ABSTRAK. Boleh berubah daripada harus kepada haram. Boleh juga berubah menjadi sunat, bahkan wajib.

Hukum Melukis
Hukum melukis pun sudah ada pelbagai pendapat. Ada pendapat yang mengatakan haram melukis sebarang benda bernyawa. Ada pendapat yang mengharuskannya dengan garis panduan dan batasan tertentu. (Akan saya panjangkan dalam tulisan yang lain).


Grey Area / Kawasan Kelabu
Menceburkan diri dalam bidang seni atas kapasiti agama dan dakwah seumpama memasuki kawasan kelabu.Ini disebabkan banyaknya khilaf dan syubhah yang bersimpang siur dalam bidang ini (nyanyian, lakonan, lukisan dan lain-lain).

Disebabkan itu, bidang seni agak terpinggir di kalangan umat Islam. Ulama pun tidak banyak membicarakan soal-soal yang terperinci mengenai bidang-bidang seni ini.


Realiti dalam Masyarakat
Masyarakat dunia umumnya dan umat Islam khususnya sudah jauh hanyut dan alpa dibuai keseronokan dan hiburan. Pelbagai jenis seni hiburan disajikan saban waktu. Seni-seni yang merosakkan sudah berakar umbi dan menjadi gaya hidup di dalam masyarakat.


Alternatif dan Keperluan
Memandangkan situasi masyarakat yang semakin membarah dan parah dengan hiburan-hiburan yang merosakkan, saya berpendapat perlu ada alternatif hiburan yang dibuat oleh umat Islam. Alternatif hiburan yang dimaksudkan adalah yang segar dengan unsur-unsur nasihat dan menyeru ke arah kebaikan. Sesungguhnya hidup di dunia hanya sementara, bukan untuk selama-lamanya.


Tanggungjawab
Oleh itu saya menyeru kepada muslim dan muslimah yang Allah kurniakan bakat dan kelebihan seni untuk menggunakannya secara kreatif ke arah kebaikan.
Jangan pula kita menjadi penambah agen hiburan yang melalaikan dan merosakkan. (Nasihat ini saya tujukan juga kepada diri saya terutamanya).

Memetik satu perenggan wawancara bersama kartunis tersohor tanah air, Ujang di dalam majalah Komikoo (http://www.komikoo.blogspot.com),
“Ujang berpendapat bagi seorang pelukis Islam, niat tidak menghalalkan cara. Islam mempunyai garis akhlak yang harus dipatuhi walaupun seseorang itu tidak reti membaca hadis atau Quran. Dia boleh mempersoalkan dirinya dengan soalan - kalau Nabi tengok Nabi suka tak? Renungkan soalan itu, katanya. Walaupun komik yang dihasilkan mempunyai mesej yang kuat, yang salah tetap salah. Islam dan pelukis tidak dapat dipisahkan, Jika segalanya dibuat kerana Lillahi Ta’ala, kenapa komik tidak boleh sebegitu, soalnya lagi”.

Maaf, jadi panjang pula tulisan saya malam-malam ni :D

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/14  at  12:55 PM

Salam, bagi saya babak aurat-aurat dibolehkan sekiranya keperluannya mendesak, cuma akan dikaburkan ataupun pixelette sahaja.

Terima kasih. grin

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/14  at  01:10 PM

Terima kasih Puan Ainon Mohd dan Ustaz Wanzu Hairi..

Jelas! Hampir sama dengan jawapan beberapa ustaz-ustazah rujukan saya dalam kerjaya melukis.
........................................................

Pendapat Peribadi:
“Allah berikan kita bakat melukis percuma, kalau bukan selain untuk tujuan kepada jalan-jalan-Nya…untuk apa?”

Ia tidak terlalu terikat, tetapi bagaimana menyampaikan dengan batas-batasnya.

Perlu juga kita fikirkan…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/14  at  03:55 PM

Salam.

Majalah Lanun yang suatu ketika mendapat sokongan sebilangan Ustaz-ustaz dan pendakwah mungkin boleh dijadikan pandu asas untuk peringkat awal ini. Seingat saya, mereka lukis perempuan dedah aurat, tetapi tidak melampau sehingga menimbulkan nafsu jahat. Apa pandangan ustaz dan lain-lain?

tambahan
Boleh juga buat cerita dunia robot, binatang, alien….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/14  at  05:57 PM

Salam, saya nk tau puan ainon ada bt kursus soft skill dan komunikasi kan…dimana saya boleh dapatkan info tersebut?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/14  at  10:39 PM

Semalam. Dalam tren komuter ke Subang Jaya, jam 8 malam.

Sepasang kekasih remaja Melayu. Si jejaka mukanya tampan, si gadis manisnya boleh tahan. Bertudung.

Bajunya ketat, sendat dan padat. Bergurau senda dengan si jejakanya. Rapat. Nyamuk tiadalah sempat melintas di celah antara kedua pasangan.

Seorang Cik Abang berjangut pendek, berkopiah putih, berkaca mata. Berdiri sebelah antara dua pasangan yang asyik bercinta. Cinta komuter namanya.

Cik Abang berkopiah memerhati tajam ke arah kedua pasangan cinta komuter. Renungan sindiran barangkali. Mungkin juga isyarat amaran! Isyarat mata namanya. Nasib baik bukan isyarat tangan…PANG!!! “Jangan bang, anak orang.”

Si pasangan cinta komuter buat ‘selamba’. Cik Abang kopiah memerhati juga…

Saya… memerhati Cik Abang kopiah. Mata diarahkannya ke tempat lain, tunduk seketika. Mulutnya berkumat kamit, istighfar saya sangka…

Masih semalam. Dalam tren LRT Putra ke Wangsa Maju dari Subang Jaya. Jam 11:15 malam.

Ramainya orang. Ada juga! Sepasang remaja Melayu. Jejakanya rambut kuning di tengah. Juga tampan muka tidak tahu segan.

Gadisnya rambut perang halus, ada juga dua-tiga helai terpacak rambut gatal. Sama. Nyamuk pun tidak sempat merempit ‘baik punya cilok’ di celah antara dua pasangan.

Cukuplah sedikit saya ceritakan…

Saya lihat diri saya. Di cermin pintu LRT Putra. “Rock beb!”... Siapa? Sayalah..(Aha ha)

Terfikir sejenak… sahabat kita arwah Panah sempat hasilkan karya-karya bermesej ke arah kebaikkan agar pembacanya dapat sesuatu dari hasil bacaan.

Andai kita tidak hasilkan sesuatu, dengan bakat yang sudah dibekalkan… Apakah agaknya soalan dan mampukah kita memberikan jawapan mengadap-Nya kelak.

“Ya Allah yang maha pengasih, pengampun dan pemurah… berikanlah kami kekuatan iman, kekuatan akal fikir dalam menjalankan amanah ini… Panjangkanlah umur kami, murahkanlah rezeki kami, lapangkanlah masa kami dan jauhi dari kelalaian, sesungguhnya kami hamba-hamba-Mu yang saling memerlukan nasihat, teguran, pendapat dan kritikan dari hamba-hamba-Mu yang lebih baik dari baiknya kami…”

Amin.

*AL-FATIHAH buat allahyarham Ahmad Zafran…

ICe  on  02/15  at  03:19 PM

Sifu, saya kira garis panduan komik ini boleh menrevolusi komik tempatan yang masih kelabu entah ke mana hala tuju. Namun begitu, tanpa barisan produk yang banyak dan berkualiti tinggi, saya risau perbincangan akan habis di sini dan garis panduan hanya tinggal satu konsep untuk tatapan di Unika PTS saja.

Kurangkan kontroversi, tingkatkan produktiviti smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: