Saturday, April 25, 2009

Kontraktor Buku, Ongkos Hospitaliti dan Pegawai Sarawak

Apabila tiba musim Pesta Buku, setiap hari para kontraktor buku sentiasa datang ke pesta dan sibuk di pesta.

Para kontraktor buku itu sibuk melayan pegawai-pegawai dari pelbagai kementerian, agensi dan perpustakaan, yang datang kerana hendak memilih buku-buku yang mereka mahu supaya dibekalkan kepada kerajaan.

Para kontraktor mengeluarkan banyak wang bagi memberikan layanan hospitaliti kepada para pegawai itu. Ada yang layanannya murah, setakat minum kopi sahaja. Ada yang mahal, sebab ia melibatkan kos belanja makan di tempat-tempat mahal untuk kumpulan.

Ada pula pegawai yang tidak dihantar oleh jabatan mereka, sebaliknya mereka datang sendiri. Mereka akan menghubungi kontraktor dan mengharapkan kontraktor menanggung makan, kos perjalanan dan sewa bilik-bilik hotel  --  bukan untuk seorang, tetapi ada kalanya pegawai-pegawai itu datang dengan niat melancong ke Kuala Lumpur pada hujung minggu, sempena sekolah cuti, bersama anak isteri.

Menurut seorang kontraktor yang 'anti-hospitaliti', beliau bercerita kepada saya bahawa para pegawai dari Sarawak adalah yang paling disukainya.

Pegawai-pegawai dari Sarawak itu sangat terkenal di kalangan kontraktor buku kerana mereka langsung tidak mahu diberi layanan hospitaliti. Setakat diajak minum kopi pun mereka menolak. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Ain Maisarah dan Perpustakaan Awam Previous entry: Penulis Buku Bisnes Internet PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/26  at  10:32 AM

Salam Puan,

Saya adalah seorang rakyat Malaysia yang amat meluat setiap kali didedahkan dengan sikap jijik kakitangan dan pegawai kerajaan seperti digambarkan di dalam tulisan Puan.

Mengapalah sebegitu ‘bangsat’ sesetengah kakitangan dan pegawai kerajaan berkenaan.

* Maaf kerana terpaksa menggunakan perkataan ‘bangsat’. Saya tidak menemui sebarang perkataan lain yang lebih sesuai untuk menggambarkan sikap sedemikian.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: