Komunikasi Nonverbal: Jari dan Jarak

Perhatikan elemen komunikasi nonverbal dalam foto di atas:
(i) Jari-jari tangan kiri YB Tn. Guru Hadi Awang dan tangan kanan YB Lim Kit Siang yang bersulam rapat.
(ii) Jari-jari YAB Ir. Nizar yang mencengkam jari-jari YB Lim Kit Siang
(iii) Kedua-dua lengan YB Lim Kit Siang yang bersentuhan dengan lengan YM Tn. Guru Hadi Awang dan YAB Ir. Nizar.
(iv) Mereka bertiga berdiri amat rapat sehingga badan mereka bersentuhan.

Perhatikan elemen komunikasi nonverbal dalam foto di atas:
(i) Tangan kanan Najib dan tangan kiri Tun Mahathir yang berpegang longgar.
(ii) Hujung jari-jari Tun Mahathir sahaja bersentuhan dengan hujung telunjuk Pak Lah.
(iii) Jarak badan mereka bertiga yang amat renggang.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

salam puan..mohon untuk disebarkan analisis menarik ini.[removed]void(0);
Post a comment