Wednesday, December 30, 2009

Program Talk-Show di TV3 Bukti Komitmen MPH Mempromosi Buku-Buku Melayu

 

 

Rangkaian kedai buku paling elit, MPH, adalah kedai buku Inggeris yang terbaik di negara ini dari sudut jumlah judul yang dipamerkan. Malah MPH boleh dianggap sebagai benteng pasaran buku Inggeris.

Sehingga beberapa tahun yang lalu MPH tidak menjual buku, melainkan buku-buku Inggeris sahaja. Hanya selepas Kinokuniya sudah membuka pintunya kepada buku-buku Melayu barulah MPH ikut membuka pintunya juga.

Namun MPH akan membuka tahun baru 2010 dengan membuktikan komitmennya kepada industri buku berbahasa Melayu dengan melancarkan program televisyen yang dinamakan "A.MAX".

Sebelum ini MPH sudah membuktikan komitmennya dengan melancarkan program Mutiara Minda, suatu program yang mempromosi koleksi judul-judul Melayu dalam rangkaian kedai-kedainya.

MPH juga sudah membesarkan ruangan pameran buku-buku Melayu di kedai-kedainya yang terletak di lokasi di mana penduduk Melayunya adalah majoriti. Di sesetengah outletnya, rak buku-buku Melayu diletakkan di hadapan pintu masuk. Malah di outlet seperti di kompleks membeli-belah Alamanda di Putrajaya, 80 peratus stok yang dipamerkan adalah judul Melayu.

Program talk-show AMMAK anjuran MPH itu akan disiarkan setiap hari Sabtu di TV3 jam 8.00 - 8.30 pagi. Dalam setiap rancangan 5 buah judul akan dibincangkan.

Siaran pertama adalah pada Sabtu 2 Januari 2010.

Buku-buku PTS telah terpilih sebagai pelancar program A.MAX. Lima judul yang dipilih oleh MPH adalah:

(i) 30 Strategi Membina Pengaruh - Zamri Mohamad

(ii) Imam Syafie - Abdul Latip Talib

(iii) Di Mana Terangnya Bulan - Baharuddin Bekri

(iv) Sayalah Putera Mahkota - Aizam Aiman

(v) Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire - Farihah Iskandar

Penerbit AMMAK di studio TV3 adalah Cik Ifawani Omar.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku 'Pesona Solat Tahajud' Habis dalam Masa 2 Minggu Previous entry: Surah al-Baiyinah dalam Bahasa Iban
Sunthara  on  12/31  at  03:30 AM

TAHNIAH saya ucapkan buat Zamri Mohamad, Abdul Latip Talib
,Baharuddin Bekri,Aizam Aiman dan Farihah Iskandar kerana terpilih dalam program Talk Show TV3-MPH

Sunthara
http://bit.ly/4sYc3a

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: