Komik-M Mahukan Lebih Banyak Komik Kanak-Kanak
![]()
Buku komik kanak-kanak ada Laut Biru terbaru yang sedang diterokai oleh Komik-M.
Tuan Wan Zuhairi, atau nama glamornya WanZu, Ketua unit Komik-M di PTS Millenia Sdn. Bhd., memberitahu beliau akan menerbitkan lebih banyak komik-komik yang ditargetkan untuk kanak-kanak.
Justeru beliau sedang mencari lebih banyak bakat-bakat pekomik yang pandai menghasilkan karya kanak-kanak, dan pada waktu yang juga disukai juga oleh ibu bapa.
Ada perbezaan antara komik yang ditargetkan kepada remaja dengan komik kanak-kanak.
Komik remaja dibeli oleh remaja menggunakan wang saku sekolah. Oleh itu komik remaja hanya perlu disukai oleh remaja.
Komik kanak-kanak dibeli oleh ibu bapa untuk dibaca oleh anak-anak mereka. Justeru komik kanak-kanak perlu memiliki ciri-ciri yang disukai oleh ibu bapa juga.
Tuan dan Puan yang berminat berkarya dalam kategori komik kanak-kanak, dipersilakan menghubungi Tuan Wanzu di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
Puan Ainon…Saya dapati semua Komik M mempunyai ISSN number dan bar code yang sama walaupun tajuknya yang berlainan. Ini bermakna jika kami ‘scan’ bar code itu, nombor yang sama akan keluar.
Kami (kedai buku) terpaksa membuat ‘kod sendiri’ yang pastinya ‘melecehkan’. Moga PTS dapat berbuat sesuatu.
Saifuddin.
Post a comment