Komik-M adalah Alat Bantu Belajar Membaca yang Efektif untuk Kanak-Kanak Lelaki
Ini foto tuan kecil Wahbah bin Rohidzir. Usia beliau 5 tahun. Beliau saat ini masih belajar dalam tadika, dan baru belajar mengenal huruf dan bunyi huruf.
Pada suatu hari ayahnya memberikan komik "Meon" terbitan PTS.
Semasa mula membaca, Wahbah masih masih terkial-kial belajar mengaitkan dengan betul antara pelbagai bentuk huruf dengan bunyi-bunyi huruf.
Menurut ayahnya, apabila sampai di pertengahan komik, tuan kecil Wahbah sudah dapat membaca dengan betul semua perkataan yang dijumpainya dalam komik itu!
Melihat kesan positif komik "Meon" ke atas anaknya, Tuan Rohidzir membuat rancangan mahu meyakinkan tadika di mana anaknya belajar supaya menggunakan komik-komik PTS sebagai alat bantu mengajar dan belajar dalam bilik darjah.
Nota: PTS menerbitkan komik dalam siri Komik-M. Komik-komik PTS mempunyai 2 ciri utama: (i) Lukisan dan ceritanya adalah syariah-compliant, (ii) Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu Tinggi (BMT).
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Anak-anak saya suka baca komik PTS namun sukar didapati di kedai-kedai berhampiran yang menjual banyak buku-buku PTS. Kedai-kedai tersebut seperti Syarikat Muda Osman dan Pustaka Seri Intan. Harap maklum.
ps: Mungkin bekalannya sedikit dan pasarannya tinggi, jadi ia lebih cepat habis.
assalammualaikum..sy mula memikirkan untuk membuka satu outlet kedai buku yang lebih mementingkan buku2 PTS dan keluaran stormreaders…(maaf kalau di bawah bumbung yang sama…)lokasi yang saya rasakan adalah amat sesuai berhampiran taman perumahan taman tasik utama…yang hanya terdapat satu sahaja kedai buku itupun news.com dalam mydin mall..sekitar kawasan tersebut terdapat ramai student UTEM, smk ayer keroh dan bakal dibuka sk ayer keroh…memang tidak ada satu kedai buku pun yang outstanding seperti MPH( yang ada cafe,wifi…)soalan saya:
1. berapakah modal yang saya perlukan ?
2. saya seorang guru yang tiada langsung basic tentang usahawan, namun memikirkan kepntingan kedai buku sebegitu di tempat saya..
3. berdasarkan situasi yang saya nyatakan ,adakah prospek kedai buku saya cerah?
4. bagaimanakah sebenarnya sebuah kedai buku itu beroperasi jualannya..maksud saya keuntungannya dari segi komisyen atau bagaimana?
maaf,kalo soalan saya terlalu ‘dummies’...
Puan Jamaliah, disebabkan puan masih bekerja sepenuh masa sebagai guru, saya tidak menggalakkan puan membuka kedai buku kerana kedai buku wajib diurus sepenuh masa.
Post a comment