Friday, May 25, 2007

Khutbah Jumaat UNIKAPTS: Sunnah Bahasa

Kitab al-Quran diturunkan dalam ejaan sempurna, tatabahasa sempurna, gaya bahasa yang tersusun rapi, dan bunga-bunga bahasa yang indah.

Nabi Muhammad SAW, apabila beliau berkata-kata, beliau menggunakan bahasa lisan yang jelas sebutannya, tersusun elok tatabahasanya, dan indah gaya bahasanya.

Menulis dan bercakap menggunakan gaya bahasa tinggi (high-variety language atau 'bahasa tinggi') adalah sunnah al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Perbuatan menulis menggunakan ejaan yang tidak sempurna, tatabahasa yang salah, dan bahasa campur-aduk (low-variety language atau 'bahasa rendah') adalah perbuatan yang diistilahkan sebagai 'mencela' gaya bahasa al-Quran dan gaya bahasa Nabi Muhammad SAW.

Bahasa adalah ciptaan Tuhan. Memelihara bahasa adalah memelihara ciptaan Tuhan. Merosakkan bahasa adalah merosakkan ciptaan Tuhan.

Maka Tuhan jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Tatabahasa & Ejaan
(12) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Evergreen Previous entry: Gosip: Adakah Yayasan Karyawan Bergurau?
MBA  on  05/25  at  06:44 AM

Salam,

Semasa saya bersekolah dulu, khutbah dibaca sepenuhnya dalam bahasa Arab. Ini menyebabkan kami para pelajar tidak faham walau sepatahpun isinya, kecuali ayat terakhir “Oleh kerana masa tidak diizinkan, sekian terima kasih”.

wink

Nota Sifu: Tuan MBA, dulu-dulu, di kampung saya khutbah disampaikan dalam bahasa Jawa, semua orang kampung faham. Sekarang dibacakan dalam Bahasa Melayu, orang tua-tua tidak berapa faham…
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/25  at  08:07 AM

Bercakap tentang khutbah, apa yang disampaikan kepada saya oleh para lelaki, imam2 hanya ‘membacakan’ khutbah itulah puncanya makmum bermimpi di tiang seri.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/25  at  08:08 AM

Salam Jumaat,

Di tempat saya ini khutbah Jumaat di baca dalam dwi bahasa. Bahasa Melayu secuit dan selebihnya Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris sepenuhnya. Walaupun tetap sah (5 rukun dalam khutbah dipatuhi) macam impaknya tidak maksima.

Saya amat tertarik dengan cara UPM, menggunakan slaid di kiri kanan bahagian untuk menerangkan intipati khutbah kepada pelajar antarabangsa. Khutbah di UPM di baca sepenuhnya dalam bahasa Melayu.

Tuan Mal,

Isu bahasa pengantar apa yang perlu digunakan apabila dalam audiens ada ‘orang asing’ ini sudah ada sunnahnya.

Apabila Nabi Muhammad SAW berkhutbah, dalam audiens beliau ada ‘orang bukan Arab’ seperti Abu Hurairah, seorang Yahudi dari Khaibar. Juga ada Salman al-Farisi, seorang bangsa Parsi (orang Iran) yang masuk Islam.

Nabi Muhammad menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar khutbahnya, yakni bahasa majoriti audiens, bukan bahasa minoriti dalam audiens.

Tuhan jualah yang lebih mengetahui.

Saiee Driss  on  05/25  at  09:12 AM

Assalamualaikum

Saya melihat khutbah sebagai satu-satunya mekanimsme pembentukan sahsiah dan modal insan yang sedia terbina dalam sistem pendidikan masyarakat Islam sejak wujudnya agama itu.

Khutbah dengan segala rukun dan tatatertib yang ditetapkan menjadikannya kaedah penyampaian ajaran yang mantap dan berkesan.

Sayang sekali sepanjang usia sampai kini (sudah pencen) hanya sekali dua saya melihat makmum dihidangkan dengan khutbah yang isu dan penyampaiannya serasi.

Isinya memang selalu berkualiti tetapi pakej persembahannya kebanyakannya tidak, sehingga khutbah hanya mengisi rukun tapi tidak sampai sepenuhnya hikmahnya.

Harus difikirkan bersama pakejingnya agar kemudahan yang sedia wujud dalam Islam itu dapat dimanfaat dan memberi manfaat sewajarnya.

Boleh diambil iktibar kurikulum mengajar Akademi Fantasi yang termasuk lontaran suara, rentak dan rima serta kekesanan persembahan.

Wallahu alam.

Saya sudah cukup letih bicara soal Imam/Khatib/Khutbah sampai sering terlena, walaupun saya sudah siap tidur siesta sebelum ke mesjid. Wallahu alam!

Tuan Rastom,

Ejaan yang betul ‘masjid’ bukan ‘mesjid’.

Abang Long  on  05/25  at  10:04 AM

Assalamu’alaikum dan salam hormat buat Puan.

Ada ketikanya, kedengaran seorang Imam @ Khatib,  seperti tidak memahami apa yang DIBACA olehnya sendiri.

Hingga timbul kata-kata sinis orang Kedah - “Imam tidoq, makmum lena”.

Azree  on  05/25  at  10:19 AM

Pernah dulu saya mendengar teks khutbah yang gaya bahasanya sangat indah. Tak seperti biasa. Sampai habis sahaja solat jumaat itu, terus kedengaran suara memuji-muji khutbah jumaat pada hari itu.

Sdr Azree, nama-nama hari dieja menggunakan huruf besar!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/25  at  11:44 AM

Salam, Puan.

Dalam hal-hal bahasa, saya memang selalu terpanggil memberikan pandangan. Kesudian Puan memberi saya laluan amat saya hargai.

Pujangga Arab yang terkemuka ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran dibacakan oleh Nabi besar kita tertegun. Kesempurnaan dan keindahan bahasa Al-Quran tidak tertanding dan tidak terbanding oleh mereka. Maka dikatakan oleh mereka bahawa ayat-ayat Al-Quran itu suatu puisi yang maha hebat yang tidak terciptakan oleh mereka.

Begitulah reaksi hasil daripada keberkesanan bahasa Al-Quran.

Pengajarannya kepada kita, para pengarang dan bakal pengarang, para motivator, para khatib, dan sebagainya ialah betapa pentingnya menjaga KESEMPURNAAN BAHASA agar usaha yang kita lakukan mencapai tahap keberkesanan skala tinggi.

Caranya satu saja MEMPELAJARI DAN MENGUASAI BAHASA, baik ejaan, tatabahasa, sebutan, dan gaya bahasa seperti yang tidak jemu-jemu dianjurkan oleh Cik Puan di sini.

Dengan demikian, barulah para makmum bukan saja celik matanya dan sentiasa memasang telinga, malah berasa insaf mendengar khutbah yang disampaikan.

Aa Langkelana (senada dengan Aa Gym)  on  05/25  at  03:15 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Sepanjang masa saya di Sudan saya tidak terlena ketika khatib berkhutbah, walaupun ia disampaikan di dalam bahasa yang kurang saya fahami, iaitu Bahasa Arab. Mungkin kerana khatibnya kelihatan garang tetapi segak dan tegas suaranya. smile

[Telah ditulis secara panjang lebar di dalam Travelogue Sudan]

Naga Buana a.k.a Web Sutera  on  05/26  at  11:44 AM

Puan Sifu,

Satu entri yang menarik mengenai bahasa. Saya dahulu pun menggunakan bahasa rendah dalam emel-emel saya. Namun sejak mengenali PTS, saya sudah insaf. Sebab itu, saya katakan bahawa Sifu banyak mengajar saya dunia bisnes secara tidak langsung.

Sekali lagi, terima kasih Sifu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/30  at  09:38 AM

Assalamuaalaikum Pn. Sifu,

Khutbah Jumaat yang ‘dibacakan’ oleh khatib setiap minggu sering tersasar dan tidak menjurus kepada isu masyarakat setempat.
Tidak seperti di zaman kanak-kanak saya semasa di kampung dulu.

Saya teringat bagaimana khatib pernah menegur anak-anak muda di tempat saya (masa itu zaman pop yeh-yeh) kerana menganjurkan pertunjukan pentas mengundang penyanyi di tapak pasar minggu setiap minggu.

Teguran khatib itu tidak disenangi oleh ramai anak muda ketika itu. Hingga ada antara mereka yang mengatakan tidak patut khatib menyebutkan tentang aktiviti mereka dalam masjid. Masa itu saya masih kanak-kanak, tidak faham fungsi khutbah sebenarnya.

Inilah contoh di mana khutbah Jumaat telah digunakan untuk memperkatakan isu dan masalah setempat.

Malangnya kini, khutbah Jumaat tidak lagi menjadi rujukan dan sumber maklumat semasa kerana khatib terpaksa membaca teks. Bahan yang disampaikan kerap tidak relevan dengan masalah masyarakat setempat.
Sahabat saya pernah ditegur beberapa kali oleh pegawai dari Jabatan Agama ***** kerana menyampaikan khutbah tidak mematuhi teks yang disediakan walaupun rukun khutbah diikuti sepenuhnya.

Wassalam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/03  at  03:54 PM

salam puan. apa pendapat puan tentang bahasa melayu yg kita digunakan utk tujuan rasmi tidak dibakukan? cthnya, utk siaran berita,rancangan tv, iklan dll. mengapa pejuang bahasa tidak berjuang utk membakukan bahasa melayu?

byk versi sebutan pembaca berita ikut lidah masing-masing. cth, roda-rode, nusantara-nusantare, bandar-banda, dll. begitu juga utk kata serapan drp bahasa inggeris. walaupun ejaan dlm bm tapi disebut mengikut sebutan inggeris. bukankah ini menunjukkan seolah-olah bahasa kita tidak bersistem?

krn tiada sebutan piawai/baku utk tujuan rasmi itulah yg menyebabkan golongan muda merosakkan bahasa melalui tulisan di sms dan internet. saya musykil kenapa hal ini seperti terlepas pandang oleh orang/pejuang bahasa. ini sekadar pendapat saya yg menyokong penggunaan bahasa dgn sebutan yg benar dan bersistem.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: