Friday, January 18, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Mengatasi Tembok Psikologi

Sebagai penulis dan penerbit buku-buku agama, kita mesti akui bahawa selama ini kita gagal menjual buku-buku agama yang ditulis oleh penulis Melayu kepada (i) sektor remaja, (ii) sektor berpendidikan moden-sekular, (iii) sektor bukan Islam, (iv) sektor saudara baru, dan (v) mereka yang Islam keturunan sahaja.

Kelima-lima golongan itu adalah golongan kritikal, ertinya mereka mesti dibantu memahami Islam, jika tidak, iman mereka adalah dalam keadaan bahaya. Tetapi nampaknya inilah golongan yang diabaikan oleh para penulis dan penerbit buku-buku agama tradisional.

Salah satu faktor yang menyebabkan sesuatu produk tidak dibeli orang adalah wujudnya kesan psychological-barrier, atau kesan tembok-psikologi, dalam minda bakal pembeli terhadap pakejing produk tersebut.

Bagi menerangkan fenomena tembok-psikologi, katakanlah seorang pakar kosmetik berjaya mencipta losen pelembut kulit muka yang diperbuat daripada susu kambing. Maka dia pun menggunakan gambar kambing pada botol losen itu. Kita dapat meramalkan reaksi kaum wanita pada gambar kambing pada botol losen susu kambing ciptaan pakar kosmetik itu, dan sama ada losen itu akan mereka beli ataupun tidak.

Pada masa ini buku-buku agama yang banyak dijual di kedai buku dan pasar malam adalah ditulis dan diterbitkan untuk dijual kepada golongan yang sudah sedia elok agamanya. Mereka membeli buku-buku itu kerana hendak memperelokkan lagi amalan agama mereka.

Lima golongan yang kita sebutkan di atas itu mempunyai tembok psikologi masing-masing yang menyebabkan mereka tidak tertarik hendak membeli, apatah lagi membaca, buku-buku agama yang banyak dalam pasaran sekarang. Tembok-tembok itu bukanlah terhadap isi kandungan buku, sebaliknya terhadap pakejing buku-buku itu.

Sebagai contoh, desain kulit buku-buku agama yang banyak dalam pasaran sekarang tidak diminati oleh citarasa remaja zaman ini. Bahasa yang digunakan pula sukar dibaca kerana berbau Bahasa Melayu gaya klasik, berbelit-belit dan amat kearab-araban strukturnya. Desain layout dalaman buku-buku itu menyebabkan teksnya sukar dibaca dan memenatkan mata. Malah judul buku-buku itu pun tidak menarik minat remaja.

Sudah sampai masanya, maka kita mengajak para penulis dan penerbit buku-buku agama, mari kita lakukan inovasi pada pakejing supaya buku-buku agama mempunyai appeal kepada 5 golongan yang sangat perlu didekati dan dibantu itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: 30 Orang Previous entry: Tatakerja PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/18  at  05:06 AM

Salam untuk semua,

Pandangan Sifu ada benarnya dalam usaha menarik minat dan memahamkan golongan kritikal tersebut. Buku-buku yang selayaknya untuk mereka adalah tentang asas-asas keilmuan dalam Islam. Penyampaiannya perlulah mudah difahami dan terasa begitu indah untuk dihayati.

Setelah hadam, maka bolehlah mereka beralih kepada buku-buku yang lebih tinggi tahap penyampaian dan ulasannya. Ungkapan kearab-araban rasanya perlu dimasukkan untuk buku-buku dikategori ini kerana adakala ianya lebih tepat dan cepat untuk difahami, apatah lagi kiranya bersumber dari firman Allah dan bicara RasuluLlah. Ada baiknya disediakan glosari atau nota kaki untuk menerangkan maksudnya secara ringkas.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/18  at  11:42 AM

Assalamualaikum,

Anak gadis saya yang sedang menuntut di Ireland mengatakan, buku-buku agama dalam bahasa Inggeris jauh lebih menarik berbanding dengan buku agama terbitan negara kita.

Sekalipun saya membekalkan tafsiran alQuran versi tempatan dan versi Indonesia, tafsiran dari bahasa Inggeris yang dibelinya di sana dikatakannya lebih mudah difahami.

`..Bila baca tafsir english, tak sangka bahasa dia lagi indah…..` .  Itulah petikan dari entri bertarikh 15 Januari dalam blog anak saya itu.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: