Khutbah Jumaat PTS: Cinta Dipromosi Sampai Menjadi Berhala yang Disembah-sembah
Majoriti novel-novel cinta yang diterbitkan bagi bacaan perempuan remaja, terutama yang ditulis oleh pengarang-pengarang perempuan, meninggalkan pengaruh tidak sihat ke atas, emosi, psikologi, minda, malah akidah pembaca - kesemuanya itu adalah pengaruh yang merugikan perempuan sendiri.
Secara sublime, secara sangat halus, di bawah sedar, novel-novel itu menjadikan cinta bagi perempuan semacam berhala yang layak disembah-sembah, yang dijadikan tujuan hidup, yang dipuja-puja, yang kepadanya digantungkan harapan hidup, yang kepadanya sanggup dilakukan segala pengorbanan... pengorbanan yang menghancurkan kehidupan perempuan-perempuan remaja itu sendiri.
Bagi bisnesman kapitalis, cinta adalah komoditi yang menguntungkan bagi diperdagangkan.
Komoditi cinta dibalut menggunakan bungkusan novel, filem, lagu-lagu, fesyen, kosmetik, bunga-bungaan, minyak wangi... namakan sahaja, semuanya dipromosi bagi menciptakan ilusi bahawa cinta adalah seluruh makna kewujudan bagi target pasaran yang dinamakan "perempuan muda".
Peng-komoditi-an cinta menyebabkan perempuan muda hari ini yakin kononnya banyak tingkah laku yang salah adalah sebenarnya wajar dilakukan, demi cinta.
Dunia ini penuh dengan tipu daya.
Marilah kita menulis kara-karya cinta yang meletakkan cinta pada statusnya yang betul, sekaligus mengasuh sanubari perempuan-perempuan muda supaya tidak lagi menyembah-menyembah berhala yang diberi nama "cinta".
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Nanti saya akan tulis cerita yang mementingkan persahabatan dan ilmu. Eh, sudah tulis rupanya. Terbitlah jibunsyi saya itu
Nanti saya tulis buku david lwn Goliath (Fable Fox lwn universiti)
——-
Assalamualaikum Pn. Sifu yang dihormati.
Cinta itu indah jika menurut landasan yang betul. Cinta suami kepada isteri kerana Allah. Cinta bapa kepada ahli keluarganya kerana Allah. Cinta anak kepada orang tuanya Allah. Cinta sesama manusia kerana Allah.
Masalahnya hari ini ramai sangat yang keliru. Mereka bercinta kerana selain daripada Allah. Cinta kerana simpati. Cinta kerana keseronokan, kesenangan dan pelbagai alasan lagi yang adakalanya tidak masuk akal langsung. Akhirnya cinta jadi komoditi.
Masyarakat sering mengaitkan cinta dengan seks. Umum menyatakan cinta mesti diakhiri dengan seks. Tidak kira haram atau halal. Siapa yang harus bertanggungjawab untuk menghindari kefahaman ini?
Bagi saya bukan sahaja penulis dan penerbit sahaja yang perlu melahirkan produk yang bermutu tinggi dan menzahirkan akhlak selaras dengan hukum Islam tetapi pembaca juga harus peka terutama ibuabapa yang mempunyai kuasa beli harus memilih dan menentukan bahan bacaan keluarganya.
Puak-puak kapitalis tidak akan berhenti dalam usaha untuk mengejar keuntungan. Mereka tidak akan pernah endah kepada keruntuhan moral masyarakat. Sifat kapitalis sememangnya begitu. Jika tidak, masakan mereka digelar kapitalis.
Apa yang penting di sini pada saya kita perlu ada kesepaduan dalam menyusun misi memandaikan bangsa. Penulis dan penerbit seperti PTS melahirkan produk yang memenuhi tuntutan akhlak Islam dan pembaca pula mengambil tindakan menolak produk anti Islam. Dengan usaha bersepadu begini, insya-Allah kita akan dapat membawa masyarakat ke jalan lurus.
Usaha sebegini tidak semudah yang dikata. Tetapi jika kita tidak sama-sama memulakan langkah dari sekarang, bilakah lagi?
Satu lagi cadangan saya supaya setiap keluarga Muslim mewujudkan usrah keluarga setiap minggu. Biar pun secara ringkas tetapi penekanan ke arah pembinaan akhlak cemerlang perlu dititik beratkan. Mungkin buku-buku PTS Islamika boleh dijadikan teks perbincangan.
Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
mereka memberhalakan cinta, kita mempersembahkan cinta
buah manis dari iman; mencintai Allah dan rasulnya dari selainnya. mencintai orang lain kerana Allah.
Kita mempromosi kebencian: kepada kekufuran.
.
Gunakan sistem ejaan dan tanda bacaan yang betul.
Post a comment