Khutbah Jumaat PTS: Cinta Boleh, Asmara Tidak Boleh
Apabila membaca novel-novel cinta yang ada dalam pasaran sekarang, didapati pengarang novel-novel itu tidak membezakan antara cinta dan asmara.
Dalam teori sastera aliran Surah Yusuf, unsur cinta hadir dengan amat jelas, iaitu kisah cinta isteri al-Aziz kepada Nabi Yusuf. Unsur yang sama sekali tidak ada dalam surah Yusuf itu adalah unsur asmara ataupun romance.
Justeru, dalam teori Surah Yusuf, pengarang novel Islami tidak dibenarkan menerangkan babak-babak asmara, sebagai contoh babak di mana hero berasmara dengan heroin.
Ini berbeza dengan novel-novel cinta yang ada dalam pasaran sekarang, yang menjadikan babak asmara unsur wajib ada. Malah, banyak babak-babak asmara itu menjurus kepada babak-babak di mana hero dan heroinnya bukan hanya berasmara, tetapi lebih daripada itu.
Ada gosip mengatakan, jika pengarang tidak tulis babak asamara, ada penerbit yang mengarahkan supaya ditulis juga, kalau tidak novel itu tidak diterbitkan.
Dalam banyak novel-novel cinta Melayu hari ini, terdapat babak-babak yang penerbit filem Melayu pun tidak berani buat kerana babak-babak begitu tidak akan dululuskan oleh Lembaga Penapisan Filem.
Perkara ini mencetuskan rasa prihatin kerana novel-novel cinta itu menjadi bahan bacaan gadis-gadis remaja Melayu serendah 11 tahun.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Penulis perlu bertanggungjawab ke atas setiap patah perkataan yang ditulisnya. Penulis wajib memberi nilai murni kepada pembaca. Dia akan menerima balasan yang sewajarnya di hari pembalasan yang Maha Adil di atas setiap daya usahanya selama hidup termasuk melalui buku-bukunya.
Jika kita tidak mampu menjadi penyelamat kepada bangsa, jangan kita menjadi pengkhianat kepadat amanat Muhammad bin Abdullah.
Kata pepatah “Lidah sepanjang 3 inci dapat merebahkan seorang lelaki yang tingginya 6 kaki”. Setiap perkataan yang tidak baik mampu menghancurkan masa depan umat Muhammad.
——-
Salam,
Setelah baca novel Ayat ayat cinta oleh Habiburrahman el Shirazi baru saya confident novel cinta Islami boleh dibuat durian runtuh dalam dakwah dan perniagaan. Ayuh PTS semarakkan novel cinta Islami berteraskan Quran, Hadis, kisah sahabat tabi’ tabiin….
Saya memang tabik ‘spring’ dengan Puan Ainon & crew dalam perjuangannya memartabatkan penulisan bernuansa Islam…
Semoga PTS terus maju dan bertambah maju. Sahammu di akhirat melonggok menanti. InsyaAllah, MasyaAllah wal Hamdulillah
Post a comment