Friday, February 15, 2008

Khutbah Jumaat: Matlamat Sekular dan Ideologi Nasional dalam Mengajarkan Komponen Sastera (KOMSAS)

Islam diturunkan kepada manusia dengan menggunakan bahasa yang bernilai susastera. Justeru mengajarkan subjek susastera adalah selaras dengan agama. 

Karya sastera berfungsi sebagai alat bagi menanamkan "Nilai-nilai Tinggi", sedangkan nilai-nilai tinggi itu adalah agenda utama matlamat pendidikan itu sendiri.

Apabila matlamat sistem pendidikan adalah melahirkan generasi yang sihat akalbudinya, maka sastera dapat memainkan peranannya sebagai salah satu daripada pelbagai subjek bagi mencapai matlamat tersebut. Justeru karya yang dijadikan teks pengajaran sastera hendaklah memiliki ciri-ciri yang dapat menyampaikan Nilai-nilai Tinggi  itu.

Sebagai sebuah negara, Malaysia mempunyai 5 nilai murni yang dijadikan ideologi nasional, yang termaktub dalam "Rukun Negara". Karya sastera yang dipilih sebagai teks pengajaran KOMSAS (komponen sastera) hendaklah mendukung 5 ideologi nasional itu.

Ideologi nasional Malaysia yang tertinggi adalah kepercayaan kepada Tuhan, manakala Islam adalah agama rasmi negara.

Justeru, karya-karya yang dipilih sebagai teks KOMSAS hendaklah pertama-tama mampu menanamkan rasa percaya dan yakin dalam dada para pelajar bahawa Tuhan itu wujud.

Dengan demikian, matlamat pengajaran sastera bukanlah menyemaikan rasa kecintaan kepada sastera itu sendiri, ataupun supaya pelajar tahu nama-nama tokoh sasterawan dan judul-judul karya mereka. Jika ini yang dijadikan matlamat pengajaran sastera, maka matlamat begitu adalah matlamat sekular, dan ia tidak mendukung ideologi nasional negara ini.

Mengajarkan subjek sastera dengan tujuan supaya para pelajar menyukai sastera, dan mengetahui nama-nama sasterawan dan judul-judul karya mereka, hal itu tidak dapat meningkatkan akalbudi para pelajar.

Kita mengajak pakar-pakar ilmu sastera yang diberikan tanggungjawab memilih bahan-bahan yang dijadikan teks pengajaran sastera supaya tidak bersikap sekular dalam melaksanakan tugas mereka. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Lagi Isu Aurat dalam Komik Malaysia Previous entry: Blog Pilihan Sifu
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/15  at  09:14 AM

Prof. Dr. HAMKA pun ada menulis yang lebih kurang begini maksudnya, bangsa yang telah tinggi nilai sasteranya adalah bangsa yang telah maju daya fikir dan peradabannya serta telah halus jiwanya. Tidak mungkin bangsa yang rendah peradabannya mampu menghasilkan sastera-sastera dan senibinaan yang tinggi mutunya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: