Friday, July 16, 2010

Kesan Positif Perbelanjaan Membeli Ruang Iklan BACA@RAMADHAN Sepanjang Bulan Jun 2010

PTS tidak menjual buku-buku terbitannya langsung kepada pembaca buku. PTS menjual buku-bukunya kepada agen-agennya di seluruh negara, iaitu syarikat pengedar buku dan kedai-kedai buku.

Justeru, apabila PTS membeli ruang iklan bagi mempromosi buku-bukunya, yang menjadi target iklan itu adalah para pengedar dan pengusaha kedai-kedai buku. PTS mahu supaya mereka meningkatkan pesanan mereka.

Menurut Puan Nor Hazizam Abd. Rahman (foto), pengurus jabatan marketing PTS, sepanjang bulan Jun 2010 lalu, jabatan beliau bagi membeli ruang iklan di TV9, Radio IKIM, akhbar HARAKAH dan Harian Metro, khususnya bagi mempromosi kempen mengajak orang Islam supaya mengisi masa dalam bulan Ramadhan dengan ibadah membaca.

Beliau memberitahu, selepas iklan-iklan itu disiarkan telah berlaku peningkatan ketara pada jumlah pesanan yang diterima dari kedai-kedai buku, khususnya bagi buku-buku yang diiklankan yakni buku-buku agama dan buku-buku resipi.

Sebelum penyiaran iklan-iklan itu, buku-buku remaja menjadi judul yang paling banyak dipesan oleh kedai-kedai buku, tetapi selepas tersiarnya iklan-iklan itu jumlah pesanan bagi buku-buku agama dan resipi mengatasi pesanan buku remaja.

Menurut beliau, peningkatan pesanan sangat ketara dari kedai-kedai buku agama tradisional. Pemilik kedai-kedai itu membaca akhbar HARAKAH, justeru iklan PTS dalam akhbar itu telah berjaya menimbulkan minat mereka bagi menjual lebih banyak buku-buku PTS yang sesuai dengan bulan Ramadhan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sudah Masuk Gudang PTS Previous entry: RM250 Ribu Bajet Membeli Ruang Iklan untuk Kempen Baca@Ramadhan PTS

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: