Kenyataan Rasmi UNEKA tentang Isu Karya SN Tidak Dipilih oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
Kita berpandangan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) hendaklah menggunakan "kayu ukur yang betul" apabila melaksanakan kerja-kerja menilai dan memilih bahan-bahan sastera untuk komponen sastera (komsas).
Ciri-ciri yang wajib ada dalam karya yang dipilih adalah, dan ikut prioriti, sebagaimana di bawah:
Prioriti 1: Apakah karya itu dapat memupuk sifat sidiq pada sukma pelajar.
Prioriti 2: Apakah karya itu dapat memupuk sifat amanah pada hati nurani pelajar.
Prioriti 3: Apakah karya itu menyampaikan pengajaran-pengajaran yang benar (tabligh) ke dalam benak pelajar.
Prioriti 4: Apakah karya itu memupuk sifat bijaksana, cerdik dan pintar (fatonah) pada minda pelajar.
Empat ciri di atas adalah matlamat pendidikan subjek sastera yang selaras dengan matlamat sistem persekolahan yang fungsinya adalah melahirkan insan mulia.
Bahan-bahan pengajaran sastera tidak patut dipilih berdasarkan penilaian yang dilakukan dengan menggunakan kayu ukur, ataupun teori-teori sastera, ciptaan manusia biasa, apatah lagi jika bahan itu hendak dipilih berdasarkan label-label ciptaan manusia yang diberikan kepada sesama manusia. Penilaian hendaklah dibuat dengan menggunakan kayu ukur yang diambil daripada kebenaran mutlak.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sidiq, amanah, tabligh dan fatanah..hmm…saya setuju dengan matlamat ini
Post a comment