Tuesday, April 07, 2009

Kedai Buku Gramedia dan Supermarket Mydin

Kedatangan PT Gramedia ke dalam dunia rangkaian kedai buku sedang menyebabkan jantung-jantung pemain utama seperti MPH dan POPULAR berdegup lebih kencang daripada biasa.

Maklumlah, Gramedia mempunyai kepakaran hebat dalam bidang penerbitan dan penjualan buku-buku tempatan di Indonesia. Justeru itu, yang dikhuatiri oleh MPH dan POPULAR adalah kemungkinan Gramedia dapat mengulangi fenomena Mydin. 

Hipermarket Carrefour, Tesco, Giant dan Jusco didatangi oleh pelanggan Cina, Melayu dan India. Sebaliknya Mydin hanya dikunjungi oleh pelanggan Melayu. Ertinya Mydin berjaya mencuri ramai pelanggan Melayu daripada pemain-pemain utama itu. 

MPH, Kinokuniya dan Popular kini dikunjungi oleh pelanggan Cina, Melayu dan India. Mungkinkah, seperti Mydin, Gramedia akan mencuri pelanggan Melayu daripada rangkaian kedai buku utama sekarang?

Gramedia sudah menerangkan dasar perniagaannya di mana ia akan menjual 60% buku Melayu terbitan tempatan, 10% buku Indonesia, 10% buku Inggeris, 10% buku Cina, dan 10% alat tulis.

Memang buat masa setahun dua ini kehadiran Gramedia tidak mengancam disebabkan mereka belum mendapat lokasi kedai yang strategis. Tetapi apabila ekonomi pulih, banyak kompleks membeli-belah yang kini tertangguh pembinaannya akan dibangunkan. Waktu itu Gramedia akan mendapat lokasi yang sangat strategis. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Persaingan di PTS Semakin Sengit Previous entry: Akan Terbit
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/07  at  09:56 AM

Assalamualaikum,

Syabas kepada Gramedia. Berdasarkan kepada dominasi Gramedia di indonesia saya yakin mereka tidak akan mengambil masa yang lama untuk berjaya di negara kita.

Saya sekadar berharap penerbit terkemuka itu, dapat membantu penerbit buku-buku Melayu dan buku Melayu berkembang dengan lebih hebat di sini.

Semoga kita semua dapat menafaat dari kehadiran mereka dan dapat bersama bersaing dalam melahirkan buku yang lebih berkualiti.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: