Friday, November 20, 2009

Kedai Buku Badan Cemerlang di Kompleks Angsana Johor Baru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Banyak kedai buku sudah memberikan rak-rak khas bagi mempamerkan buku-buku terbitan PTS.

Bukan itu sahaja, malah kedai-kedai itu meletakkan brand "PTS" bagi menamakan rak-rak itu.

Situasi ini membantu faktor visibiliti buku-buku PTS.

Kedai buku Badan Cemerlang di kompleks membeli-belah Angsana Johor Baru adalah supermarket buku Melayu yang terbesar di Malaysia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: 216 Blogger akan Menerima Buku PTS Percuma! Previous entry: Perihal Pegawai Keselamatan MPH Midvalley
Web Sutera  on  11/20  at  10:49 AM

Brand PTS semakin mengancam sejak dua tahun kebelakangan ini. Terus terang saya katakan bahawa untuk beberapa bulan terakhir ini, saya saban bulan pasti memiliki buku-buku PTS, sama ada fiksyen atau non-fiksyen. PTS sudah berjaya menambat hati saya dengan buku-buku yang bermutu.

Untuk anak-anak, antara minat mereka ialah komik terbitan PTS dan buku/fiksyen untuk remaja/pelajar sekolah. Justeru itu tiga orang anak saya sering bertanya “ada buku untuk Kak Long, Nabil atau Umairah” tatkala melihat saya membimbit karung plastik kedai buku pulang ke rumah.

Kadang-kadang terasa PTS menyusahkan saya pula. Apa tidaknya, bukan Oktober dan November tahun ini sahaja, saban minggu saya membeli buku terbitan PTS. Aduhai! Mujur rezeki anugerah Allah agak murah. Alhamdulillah.

Cumanya PTS MESTI menjadi champion kepada bahasa Melayu tinggi. Kedapatan masih banyak lagi buku PTS tidak menggunakannya secara menyeluruh.

Untuk para editor PTS, ini pesan saya: “Jangan jadikan ajaran Puan Ainon sekadar bagai melepas batuk di tangga sahaja.” Praktikkan dan amalkan dalam proses penyuntingan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/24  at  10:54 AM

Saya berminat dalam bidang penulisan sejak sekian lama. Di sini, saya ingin mengetahui cara-cara bagaimana untuk menghantar hasil tulisan dan menerbitkan buku saya? Bolehkah saudara membantu saya?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: