Monday, January 14, 2008

“Kalau hendak duit…”

Baru-baru ini Sifu sengaja pergi menemui salah seorang penulis fiksyen yang sudah mempunyai banyak judul dengan PTS.

Tujuan Sifu adalah bagi bertanyakan kepada beliau beberapa pertanyaan tentang apa pandangan dan persepsi rakan-rakan sesama penulis berkenaan PTS.

Macam-macamlah yang saya tanyakan kepada beliau, semuanya dijawab dengan tulus ikhlas, baik yang positif mahupun yang negatif.

Rupa-rupanya PTS memang menjadi topik yang sering kali muncul apabila beliau bertemu rakan-rakannya.

Salah satu nasihat beliau kepada mereka bunyinya begini: "Kalau hendakkan nama, terbitkanlah karya dengan DBP. Kalau hendakkan duit, terbitkanlah karya dengan PTS...."

Begitulah yang beliau sendiri amalkan. 

Dalam hati, Sifu berkata kepada diri sendiri: "Laa... kalau ada duit, takkan tidak ada nama!" 

Lalu Sifu pun berkata kepada beliau, "Tuan K, berilah tahu kawan-kawan kita itu, dalam fasa pertama, buat duit dahulu dengan PTS, sudah banyak duit, barulah masuk fasa kedua, tulis dan terbitkan dengan DBP. Jangan terbalik!"

Beliau yang serius orangnya, cuma angguk-angguk dan senyum sahaja. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Senarai Lengkap Pembelian PNM 2007 dari PTS. Previous entry: Novelis PTS Menitiskan Air Mata Menerima RM50,000-00 daripada Pembelian PNM
mki  on  01/15  at  12:47 PM

Puan SifuPTS,

Puan tak panas hati ke [nota: mungkin lebih tepat lagi kecil hati] dengan jawapan yang tulus-ikhlas tu? Ha.. ha..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/15  at  01:36 PM

Prof MKI,

Saya sudah tua, telinga sudah tebal, jadi kuranglah sakit hatinya, Prof!

Lagipun di PTS ni, kita ada skim khas untuk mereka yang menghantar laporan tentang mana-mana buku yang mereka baca, dan mereka jumpa kesilapan-kesilapan dalam buku itu, dan senaraikan.

Kita hadiahkan mereka buku percuma yang mereka pilih sendiri! Jika ada dalam setor, kita kirimkan buku itu, jika tiada, mereka pilih sahaja mana-mana buku lain.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: