Jutawan Cina Singapura Menceritakan Apa yang Beliau Lakukan bagi Menjadi Jutawan
Banyak buku-buku motivasi menjadi jutawan ditulis oleh penulis yang belum menjadi jutawan. Tetapi tidak demikian halnya dengan buku tulisan pemuda Cina Singapura ini. Adam Khoo adalah seorang jutawan. Beliau menjadi jutawan pada usia 26 tahun.
Buku ini menerangkan banyak perkara yang menyebabkan banyak orang yang pandai-pandai di sekolah dan di universiti, yang meskipun mereka berjawatan tinggi dan bergaji besar (di Singapura), sebenarnya adalah orang-orang 'miskin' harta, manakala banyak pula orang-orang yang nampaknya macam orang biasa-biasa tetapi sebenarnya memiliki kekayaan yang nilainya mencecah angka jutaan (dolar Singapura).
Adam Khoo memberikan tip-tip yang beliau sendiri amalkan. Tip-tip itu termasuklah yang dipelajari daripada ayahnya dan jutawan Singapura lainnya.
Bagi orang-orang tua, yang lahir 50 tahun dahulu ataupun lebih, sukar bagi mereka mahu membayangkan bagaimana orang-orang muda dapat menjadi jutawan, sedangkan mereka sendiri hanya menjadi jutawan pada usia relatif tua.
NOTA: PTS berjaya mendapatkan hak eksklusif menterjemahkan buku-bukunya ke dalam Bahasa Melayu dan menerbitkannya untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment