Wednesday, May 06, 2009

JUMAAT 15 Mei Bernama TV Astro 502 10.00 malam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalammualaikum.

Hasil dapatan daripada pelbagai forum dan diskusi secara online dan dua mata, topik perbincangan novel Islami masih samar dan ragu-ragu. Muncul pula pelbagai penerbit yang berpusu-pusu menerbitkan novel berunsur Islami. Namun pembaca masih belum dapat jawapan mengenai konsep novel Islam itu sendiri.

Ada yang berpendapat ia sekadar kulit muka yang nampak suci dan Islami sahaja. Namun isi dalam masih lagi sama seperti novel-novel popular yang lain. Ada berpendapat, novel itu boleh dianggap Islami, apabila menceritakan pesantren, sekolah pondok, universiti di timur tengah ataupun penulisnya bekas pelajar timur tengah dan sewaktu degannya. Penerbit pula memang hanya menerbitkan buku-buku Islam. Juga ada yang tidak setuju dengan kandungan novel yang ditulis.

Walau bagaimanapun, pahaman dan sangkaan ini cuba dijelaskan dan diutarakan pada rancangan selama satu jam di ASTRO 502 nanti. Penerbit cuba menerangkan konsep novel Islami, pembaca dan isi kandungannya melalui rancangan Helo Malaysia. Panel yang dijemput adalah Salina Ibrahim, novelis Bukan yang Pertama. Turut serta DJ Radio IKIM, yang menerbitkan slot Mata Pena bagi mengulas dan membicarakan novel Islami yang berada di pasaran. Kehadiran budayawan juga akan mengharmonikan diskusi pada malam itu.

Saksikan mereka secara langsung di TV tuan-tuan.

MOHD ROSLAN MD ISA
Eksekutif PR
Jabatan Pemasaran PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: SELASA 26 Mei Astro Oasis 106 Jam 7.30 malam Bersama Dr. Ridzwan Bakar Previous entry: Ceramah Top

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: