Thursday, November 19, 2009

Jualan Buku Melayu dan Cina Melambung Apabila Tiba Musim Cuti Sekolah

Hujung tahun sentiasa ditunggu-tunggu oleh penerbit dan kedai buku, kerana inilah musim hari raya bagi orang-orang dalam industri buku.

Semenjak bulan Oktober lagi kedai-kedai buku sudah menunggu penerbit menghantar judul-judul terbaru dalam 3 kategori (i) buku cerita kanak-kanak, (ii) novel remaja dan (iii) novel perempuan dewasa.

Tiga kategori itu laku keras apabila tiba musim cuti sekolah dan musim festif hujung tahun.

Sebagai contoh, sebuah rangkaian kedai buku terkenal telah memesan 5 ribu naskhah bagi setiap judul novel remaja terbaru daripada penulis-penulis ngetop PTS!

Bagi penulis-penulis ngetop PTS pula, semenjak bulan Jun mereka sudah bersedia dengan manuskrip terbaru supaya dapat diterbitkan pada hujung tahun.

Inilah faktor yang menyebabkan penerbit berlumba-lumba mengeluarkan judul-judul terbaik mereka pada musim begini.

Data jualan PTS menunjukkan walaupun hujung tahun adalah musim hujan dan banjir tetapi jualan buku tetap lebih tinggi daripada bulan-bulan lain sepanjang tahun.

Bagi memaksimumkan keuntungan musim hujung tahun, PTS sendiri 'mengepam' lebih 30 judul fiksyen yang ditargetkan kepada kanak-kanak, remaja dan gadis-gadis sempena musim orang ramai bergembira pergi membeli-belah di mall-mall.

Sebulan sebelum tiba musim cuti sekolah hujung tahun, kedai-kedai buku indie di seluruh negara sudah bersiap sedia menangguk keuntungan daripada jualan buku-buku Melayu dan Cina.

Kedai-kedai buku Cina awal-awal sudah memenuhkan rak dengan judul-judul Cina yang terbaru. Begitu juga halnya dengan kedai-kedai buku Melayu yang mempamerkan buku-buku Melayu terbaru juga.

Setiap hujung tahun Jabatan Sales PTS menerima pesanan yang lebih tinggi daripada bulan-bulan lain. Pesanan itu meningkat kerana kedai-kedai buku indie akan mengadakan 'pesta jualan buku' di kedai masing-masing dengan menyediakan pelbagai insentif kepada pelanggan supaya mereka membeli lebih banyak daripada biasa.

Sebagai contoh, jabatan sales PTS baru menerima pesanan dari kedai buku Badan Cemerlang di Johor Baru bernilai RM80 ribu (selepas diskaun) bagi memastikan pelanggannya mendapat bekalan buku-buku terbaru dari PTS.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cetakan Pertama: Dari 2,000 Naskhah Kini 15,000 Naskhah Previous entry: Apa Kata Seorang Peminat Lagu Metal, Speed Metal dan Metal Gothik tentang Novel "Bidadari Paderi"

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: