Sunday, August 15, 2010

Jualan Buku-buku PTS Meningkat 300% Selepas Kempen Baca@Ramadan

Tepat jam 9 pagi, pekerja gudang PTS akan mengambil semua pesanan (PO - purchase order) yang sudah siap diproses pada petang hari sebelumnya. (foto).

Pada jam 2 petang, sekali lagi PO akan diambil dari Jabatan Sales. Kali ini borang-borang PO itu adalah yang masuk pada sebelah paginya.

Semenjak PTS melancarkan kempen Baca@Ramadan, pesanan buku datang mencurah-curah, sehingga petugas gudang terpaksa bekerja lebih masa setiap malam.

Jualan yang naik mendadak sehingga 300%, menyebabkan banyak judul kehabisan stok.

Foto di bawah menunjukkan hanya sebahagian sahaja daripada kotak-kotak buku PTS yang akan dihantar ke kedai-kedai buku Zon Pantai Timur.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Manakala di bawah ini pula stok buku yang akan dihantar kepada syarikat Bison, operator rangkaian kiosk MyNews.Com di dalam kompleks menara pejabat dan supermarket.

Buku-buku itu dibalut dengan plastik dan tidak dimasukkan ke dalam kotak kerana ia akan dihantar menggunakan lori PTS sendiri terus ke gudang Bison.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di bawah ini pula kotak-kotak yang dipesan oleh Syarikat Badan Cemerlang, Kompleks Angsana, Johor Baru.

NOTA: Semua stok buku dalam foto itu adalah bagi penghantaran sebelah pagi. PTS melakukan 2 kali penghantaran setiap hari. Stok untuk destinasi di luar Lembah Kelang dihantar menggunakan syarikat perkhidmatan lori transport. Mereka akan datang ke gudang PTS bagi mengambil kotak-kotak itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komik-M Sesuai bagi Menggantikan Duit Angpau Raya Previous entry: Strategi Pengembangan Bisnes PTS: Mengeksport Lesen Hakcipta ke Indonesia
saat sulaiman  on  08/18  at  08:44 PM

Alhmdulillah!
saya suka membaca berita ini….......
http://www.saatcham.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: