Thursday, January 03, 2008

Jawapan Terbuka dari Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim

UiTM Johor Kampus Segamat
85200 Jementah
Segamat, Johor

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Puan Pengerusi a.k.a SifuPTS,

Saya mohon Allah berikan kerahmatan, keselamatan, taufik-hidayahNya kepada Puan sekeluarga dan staf PTS. Moga-moga Allah memudahkan usaha-usaha puan untuk memandaikan bangsa.

Saya berterima kasih atas tulisan puan. Izinkan saya berkongsi pengalaman sendiri selama hampir 20 tahun berkhidmat di UiTM.

1. Perasaan takut untuk menulis bukan kepakaran bidang.

Memang benar, ada di antara rakan sejawat, ketua jabatan hatta Dekan yang tidak memandang langsung karya-karya luar bidang. Bukan setakat itu sahaja, ia mungkin diperleceh pula. Saya mengalami peristiwa yang sama. Dalam satu temuduga kenaikan pangkat, seorang panel bertanya: Tulisan you yang beratus-ratus di Utusan Sarawak tidak boleh dinilai, ia tidak relevan dan tidak menggambarkan kepakaran bidang.

Lalu dengan tersenyum saya menjawab: Tidak mengapa, cuma saya ingin nyatakan bahawa saya dijemput untuk menulis di Utusan Sarawak ketika pejuang-pejuang bangsa mahu mewujudkan satu akhbar Melayu di bumi Kenyalang. Tidak ada cendiakawan Melayu, terutamanya pensyarah universiti yang sanggup menghinakan diri turun membantu. Saya fikir saya berdiri di atas kemuliaan mereka yang menulis di dalam kepakaran bidang. Kedua, saya menulis hampir 10 artikel sebulan dalam pelbagai bidang. Tidakkah tuan terkesan betapa tuan mempunyai seorang staf yang berbakat besar, multidisiplin, berdisiplin dan mempunyai pengetahuan yang tidak terkepung dalam lingkaran yang sempit?

Masa telah beredar, khas untuk pensyarah-pensyarah muda, penulisan dalam bukan kepakaran bidang juga mempunyai segmen penting dalam proses kenaikan pangkat di UiTM. Dan inilah yang sedang saya usahakan di UiTM Johor. Mereka perlu belajar KJ Method supaya mampu menulis penulisan bidang, kreatif dan apa-apa yang mereka minati serentak.

2. Penulisan Kreatif atau bukan bidang sangat membantu.

Saya sangat-sangat menggalakkan pensyarah saya menulis dalam pelbagai bidang kerana ia bakal membantu mereka menulis bahan-bahan akademik dengan cara yang lebih mesra pembaca. Di sekitar 1993-1996, saya gemar menulis di Berita Harian. Siapa sangka topik-topik seperti Politik dalam Perakaunan, Perakaunan Alam Sekitar, Perakaunan Islam diterima dan diterbitkan di bawah ruangan editorial.

Puan jangan risau. Perjuangan saya senada dengan puan, apatah lagi saya sendiri telah melalui saat-saat sukar dengan minat dan keinginan lampau yang tidak dilihat penting oleh warga Universiti.

Akhirnya, siapa yang tersenyum dan ketawa?

Muhd Kamil Ibrahim

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Contoh Buku-buku Pensyarah Universiti yang Tidak Relevan untuk Kenaikan Pangkat Previous entry: Warkah Terbuka Buat Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim
Syahrul Nizam  on  01/03  at  08:43 AM

Tahniah Prof.
Semoga semua warga akademik lebih pakar menulis dalam disiplinnya selain juga bersifat multidisiplin.

Juga kepada Sifu.

http://snjunaini.wordpress.com

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/03  at  10:44 AM

Buat Prof. Yang Dihormati,

Saya sebenarnya mempunyai nilai sentimental terhdapa Tuan.
Ditambah puila dengan surat di atas maka saya amat menyanjung visi Prof. dalam bidang penulisan yang elari dengan matlamat PTS.

BERBALIK KEPADA NILAI SENTIMENTAL TADI.

Semasa saya di alam sekolah menengah lagi saya telah membeli buku Prof. yang bertajuk Motivasi Minda Pelajar.Buku itu adalah kompilasi artikel Prof. di dalam akhbar Utusan Sarawak tersebut. Kalau tidak silap saya Pengarangnya adalah Tuan Jeniri Amir yang juga telah menjadi penulis PTS juga.
Walaupun ianya adalah kompilasi artikel tetapi saya yang ketika itu masih pelajar menengah (tahun 1995) mendapat suntikan motivasi dengan gaya penulisan Prof. yang bersahaja tetapi bermakna untuk anak bangsa.
Dari buku itu saya juga memahami matlamat Prof seperti dalam surat di atas.

Buat pengetahuan Prof.
Prof juga adalah Penyelia kepada salah seorang pensyarah saya yang juga menjadi “mentor” buat saya iaitu Puan Raudah Danila dari Universiti Utara Malaysia(UUM). Tentu Prof. masih ingat tentang belia kerana Prof. turut menceritakannya di dalam Blog Prof.
Puan Raudah Danila pernah menulis dengan PTS juga dalam bidang perakaunan.

Hari ini saya berbangga kerana orang-orang yang saya kenali semasa alam persekolahan atau universiti dulu berada dalam landasan yang sama dengan niat yang suci.Akhirnya saya juga menjejaki mereka yang saya amat hormati dengan menulis agar dapat berkongsi ilmu.

Teruskan usaha Prof. agar bangsa dan negara akan memperolehi keterbukaan dan tidak sempit lagi mindanya.
Tahniah Prof.


Buat Sifu Yang Dihormati,

Sifu juga mempunyai banyak nilai sentimental dengan saya.Saya bukan sekadar membeli buku Sifu semasa di alam persekolahan dulu tetapi selalu mengumpul artikel tulisan dan masih menyimpan sehingga kini.Antara artikel yang paling lama ialah tentang Titanic -Mindset yang ditulis oleh Sifu pada tahun 1993(Saya di tingkatan 3).
Kerana Sifu saya mengenali dengan lebih mendalam orang-orang yang saya hormati termasuk Prof.
Kerana Sifu juga saya memperolehi banyak ilmu dan menjadi penulis.

Terima Kasih Sifu.

Salam Ikhlas

Mr April

Tengku Asmadi  on  01/03  at  11:20 AM

Assalamualaikum kepada Sifu, Prof. Kamil dan warga Unika.

Syabas dan tahniah buat Prof. Kamil atas kejayaan buku Travelog Haji.  Saya difahamkan yang buku itu menjadi satu fenomena dalam sejarah penerbitan PTS.  Biarlah mereka di universiti tidak menilai tulisan saudara untuk kenaikan pangkat sebab di luar sana begitu ramai hati-hati yang telah disentuh melalui pembacaan hasil tulisan saudara.

Kadang kala terfikir juga saya apabila ada yang mengistilahkan Ph.D itu sebagai ‘Permanent Head Damage’.  Sebab begitu ramai yang mempunyai Ph.D tidak mahu berfikir di luar kotak dan hanya taksub dengan kepakaran dan kemahiran yang mereka ada sahaja.  Alangkah ruginya hidup ini apabila potensi minda tidak diterokai sehabis baik.

Sekian.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/03  at  11:26 AM

Sdr Tg Asmadi,
Memang benar Phd itu sebab itulah universiti kiat masih belum cemerlang ditambah pula autonomi yang kurang dan ikatan oleh pemerintah.

Tengku Asmadi  on  01/03  at  11:27 AM

Ahem… Prof, rupanya kita ini satu negeri dan sebaya pula.  Bezanya, tuan melihat dunia ini sebulan lebih awal.

smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: