Sunday, January 03, 2010

Izin Penggunaan ‘Allah’ Merugikan Bukan-Islam

Tuan Ahmad Fadzli Yusof (foto) menulis....

Kalau sebelum ini, guru, ketua jabatan, pengetua, ketua kampung, pegawai daerah, pegawai kerajaan, tokoh masyarakat, dan sesiapa sahaja Muslim Malaysia yang ada pengaruh di Malaysia akan menjaga sensitiviti perkataan "Allah" apabila berucap di hadapan khalayak yang dihadiri oleh orang bukan Islam. Mereka akan menggantikan dengan perkataan "Tuhan". Contohnya:

"Tuan-tuan sekalian, berdoalah kepada Tuhan, kerana Tuhan itu sungguh berkuasa."

"Ini semua kerja Tuhan. Adakalanya kita tidak boleh berbuat apa..."

" Semoga Tuhan memberikan kita kejayaan dalam projek ini."

Jika benar perkataan 'Allah' hendak digunakan secara meluas, maka orang Muslim akan boleh bercakap tentang Allah secara terbuka. Mereka tidak lagi perlu menggantikan perkataan 'Allah' dengan 'Tuhan'. Dan, bolehkah non-Muslim boleh bayangkan apa yang akan terjadi dalam ucapan Melayu-Muslim di hadapan khalayak bukan Islam selepas ini? Apabila orang Islam menggunakan perkataan 'ALlah' di hadapan non-Muslim, mereka akan memasukkan elemen tauhid-akidah Islam, kerana itulah yang mereka faham tentang 'ALlah'. Ia berbeza apabila mereka menggunakan perkataan "Tuhan".

" Tuan-tuan, berdoalah kepada Allah, sesungguhnya Dia itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat..."

"Ini semua kerja Allah. Dia yang Maha Berkuasa. Dia al Jabbar. Dia al-Muntaqim. ..."

"Semoga Alalh yang Maha Esa sentiasa membantu kita dalam projek ini...."

"Pelajar-pelajar semua, ALlah tidak akan membiarkan kita dalam kegagalan. Allah itu Ar Rahman, Maha Pengasih. Allah itu ar Rahiim. Bukankah kita selalu membaca, Bismillahi Rahmani Rahiim?"

"Ketahuilah bahawa Allah itu satu, ia tiada anak, dan tidak diperanakkan. Mari kita berdoa kepada Allah yang satu, semoga Allah yang Maha Mendengar itu memberikan kebaikan kepada kita."

Terdapat beratus ribu guru, PTD, ketua jabatan, pegawai tinggi, pensyarah, ketua kampung, dan bermacam lagi orang penting di negara ini yang beragama Islam. Kalau sebelum ini mereka menjaga sensitiviti "tuhan" bila bersama non-Muslim, selepas ini mereka mungkin tidak perlu lagi. Kerana mahkamah berkata, perkataan "Allah" tidak akan menyebabkan kekeliruan. Oleh itu, selepas ini orang Islam akan sebut sahaja tentang Allah, sifat Allah, keesaan Allah, kuasa Allah, dan setiap inci akidah Islam yang berkait dengan Allah; kerana itu 'tidak akan menimbulkan kekeliruan'.

Wahai orang Islam. Wahai para guru, pensyarah, kaunselor, pegawai daerah, pegawai tinggi, kerani, pembantu am, ketua kampung, trainer, motivator, menteri, dan semua Muslim yang mampu berfikir. Mungkin ini peluang untuk kebenaran.Terangkan "ALlah" kepada mereka. Sehingga mereka melihat siapa sebenarnya "Allah" yang Maha Tunggal itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(31) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Politik Sastera Tanah Air Previous entry: Macam-macam Cara Penerbit Menagih Hutang
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/03  at  08:10 PM

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1514

Tetapi musyrikin Makkah dan Arab pada zaman Nabi pun pakai nama Allah. Bapa Nabi pun bernama Abdullah. Apa masalahnya?

Jawapan:

Memang musyrikin Arab memakai kalimah ‘Allah’ bila mereka merujuk kepada Tuhan. Betul. Tapi menjadikan alasan itu bagi menghalalkan penggunaan ‘Allah oleh Kristian Trinity adalah tidak kena. Kerana musyrikin zaman itu memahami ‘Allah’ itu sebagai Tuhan yang sebenar. Mereka tidak menisbahkan ‘Allah’ itu sebagai Latta dan Uzza dan berhala-berhala yang mereka sembah. Sebab itu mereka digelar ‘musyrikin’.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/03  at  08:11 PM

Tapi Allah ada sebut “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (al-Ankabut:63).

Kan kita disuruh mengucap Alhamdulillah bila non-muslim mengaku Allah itu Tuhan. Jadi, kenapa anda hendak halang?

Jawapan:

Sebab itulah pentingnya sebelum mengambil apa-apa dalil mesti kita faham asbabun nuzul dan tujuan ayat itu turun. Sama seperti ayat ‘La ikraha fiddin’. Ia ditujukan kepada mereka yang memaksa bukan Islam masuk Islam bukan sebaliknya. Sebab itu adanya golongan Islam Liberal yang menggunakan ayat ini secara umum bagi menghalalkan murtad.

Hakikatnya ayat ini ditujukan kepada Musyrikin Arab yang berada di sekitar Nabi saat itu. Bukan kepada seluruh ‘bukan Islam’. Sebab itulah Islam tidak membantah. Sebab itu jugalah Nabi disuruh mengucapkan syukur. Sebab musyrikin itu masih kenal dan tahu siapa Allah yang sebenar walaupun disyirikkan dengan menyembah berhala.

Maka bersyukurnya Nabi pada hal itu adalah benar.

Bukannya untuk Kristian yang mengatakan Allah dan Jesus itu adalah satu. Yang mengatakan Allah itu Jesus dan Jesus itu Allah. Yang mengatakan Jesus itu diri Allah yang boleh disentuh, didengar, diam bersama, dirasa etc.

Munasabahkah kita bersyukur apabila Kristian mengatakan Allah Jesus yg menurunkan hujan dari langit?

Maka kesyukuran kita itu adalah pada hal yg batil.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/03  at  08:27 PM

Tuan Ahmad Fadzli,

Terima kasih di atas pencerahan ini. “Hadiah” BN sempena tahun baru ini menyugulkan saya. Bila membaca tulisan tuan saya amat bersukacita kerana setakat ini apa yang saya baca semuanya menjuruskan isu ini merugikan orang Melayu dan Islam.

Khalid Yahya  on  01/04  at  02:33 PM

Berat betul ujian umat Islam di Malaysia. Memang ada helah politik tetapi isu yang dilagakan dan diperjudikan (dengan izin) menyangkut soal akidah. Sengaja mahu melagakan PR. Namun dibalik itu tetap dakyah kristianisasi yang untung. Macam main chess pula, memang kena checkmate…

Tuan Ahmad Fadzli betul kita kena positif, kena proaktif dan bermunajat moga ada hikmah di sebalik mehnah ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/04  at  06:00 PM

Saya memang melihat perkembangan ini sebagai cabaran yang mesti ditukar menjadi peluang!

Ramlan Arshad  on  01/05  at  12:12 AM

Salam..bagi ana allah itu adalah rabb bagi semua manusia..adapun tidak terkecuali mereka2 yang bukan beragama Islam..mereka mungkin sembah dan sujud pada selain allah tetapi secara hakikatnya allah yang memberi mereka rezeki dan segalanay bukan dewa ataupun berhala mereka..surah an-nas ayat 1 Allah bagi tahu katakanlah bahawa allah adalah rabb bagi sekalian manusia
Di dalam kontek hari ini,ana yang lemah melihat penggunaan Allah oleh masyarakat bukan islam masih lagi tidak wajar. tetapi penggunaan Allah oleh mereka bukanlah sesuatu yang salah. Namun keadaan umat islam hari ini masih lemah dari sudut akidah mereka. sebagai pendakwah atau penceramah, kita mungkin melihat ini sebagai satu kebaikan. Tetapi bagaimana pula bagi pendita2 bukan islam ketika berceramah dan menggunakan Allah di dalam syarahannya?Ini boleh menimbulkan sedikit kekeliruan dari sudut akidah umat Islam
Saya mencadangkan agar tuan-tuan dan puan-puan pergi berdakwah di kawasan pedalaman yang mana ilmu islamnya masih di peringkat poor. Ada yang islam tetapi tidak mengenal Allah. Bayangkan jika seorang pendita datang kepada mereka dan mengatakan Allah maka mereka mungkin terkeliru dan ingat ini adalah agama Islam walhal ianya agama Kristian. ini kerana perkataan ini sudah lama digunakan olen masyarakat Islam sahaja.
Namun pada masa akan datang,dengan pembangunan akidah yang mantap oleh umat Islam perkataan tidak lagi menjadi masalah kerana iman yang sudah tebal di dalam diri orang Islam. Jangan membandingkan Arab dahulu dengan keadaan ini, ini kerana sahabat dahulu tidak terkesan dengan apa jua kerana iman mujahadah sudah ada dalam diri mereka maka perkataan Allah oleh musyrikin Makkah tidak menimbulkan sebarang kesan pada hati sahabat r.hum ajmain..Sekian..Wassalam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/05  at  05:18 PM

Tuan ahmad fadzli, perkara Allah ini telah lama diperlukan dalam ajaran gereja / kristian. Apabila ada halangan, gereja terpaksa guna kata lain iaitu Allah Bapa yang merujuk kepada Allah semesta alam pencipta langit dan bumi.

Untuk pengetahuan, konsep Allah bagi kristian katolik adalah merujuk kepada Tuhan Allah muslim juga. Yang berbeza ialah pemahaman akan sejarah. Bagi kristian, Allah semesta alam telah menjadi manusia menurut ramalan para nabi. Bagi muslim, Allah itu tidak sekali-kali menjadi seperti yang diimani orang kristian. Yang berbeza ialah kisah sejarah dan sumber sejarah itu sendiri. Tuhan semesta alam itulah yang dituntut pihak gereja - untuk sebutan ALLAH. Perkataan Allah itu diperlukan untuk menerangkan konsep tritunggal itu sendiri.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/06  at  03:32 PM

Jika dakwah kristian oleh paderi-paderi atau pendeta yang dirisaui, perlembagaan secara terang mengatakan bukan islam tidak boleh berdakwah kepada muslim. Pihak yang menuntut sudah tentu faham situasi ini, masakan mereka berjuang sampai ke mahkamah. Bukankah begitu?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/06  at  11:38 PM

Jangan disamakan orang Islam dengan orang yang beriman…Jauh skali perbedaannya.. grin

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/06  at  11:42 PM

tidak juga boleh disamakan Muslim dan Ya Ayuhallazi (Wahai orang beriman)..Perbedaannya tidak mencukupi hanya dengan sekeping perlembagaan yang digubal manusia itu sendiri… grin

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/07  at  07:59 AM

Apabila muslim tidak ingin tahu banyak ttg kristian, banyak salah anggapan terjadi… Perlulah muslim menggubal satu silibus pelajaran itu supaya berguna pada masa hadapan. Tidaklah parah macam sekarang… Muslim tidak tahu banyak pasal kristian kerana pihak muslim tidak diajar tentangnya. Sekurang-kurangnya perkara basic. Peace.

Fadzli Yusof  on  01/07  at  10:58 AM

Adakah benar gereja secara substantif perlu menggunakan perkataan “Allah”? Nama ‘Allah’tidak pernah ada dalam Bible dan Talmud. Orang Barat menyebut God atau Lord. Oleh itu, saya berspekulasi bahawa mereka nak guna kalimah “Allah” kerana keperluan yang genuine, tetapi untuk dakyah kepada ummat Islam.

Kalau memang benar Krisitian memerlukan kalimah “Allah”, rasanya sudah lama ia digunakan di Barat dalam artikel Kristianiti dan filem-filem Hollywood. Oleh kerana itu, saya berpandangan, usaha untuk menggunakan kalimah “Allah” di Malaysia tidak genuine. Ada tujuan missionari.

Dalam tulisan saya, saya tidak pernah berkata bahawa saya menyokong, gembira atau bersetuju jikalau kalimah “Allah” digunakan oleh bukan Islam. Saya pernah ke pesta buku Indonesia, bahkan saya sendiri keliru antara buku Islam dan Kristian.

Tulisan di atas adalah cetusan untuk ummat Islam; selain daripada mempertahankan kebaikan yang sedia ada- dalam masa yang sama bersedia untuk kemungkinan yang mungkin berlaku. Tulisan itu adalah cetusan ‘topi kuning & topi hijau’ dalam situasi ini.

Katakan bulan Mei nanti kita buat satu konvensyen besar-besar; “Konvensyen Dakwah Menegakkan Kalimah Allah” dihadiri oleh 100,000 penggiat dakwah, guru, pensyarah, DO, PTD, dan tokoh2 Muslim. Kita keluarkan satu resolusi - kita akan gunakan kalimah Allah secara terbuka, tanpa lagi menjaga sensitiviti dengan khalayak agama lain, dengan strategi tersusun, siap dengan indeks akhir dan indeks semasa, kita war-warkan kepada umum; besar kemungkinan gereja pun serik untuk menggunakan kalimah itu. Tiada tegahan dalam perlembagaan kepada guru untuk bercerita tentang Islam kepada non-Muslim. Sebelum ini kita menjaga sensitiviti; tetapi oleh kerana gereja tidak mahu lagi terma tersebut, kita kena tunjuk yang kita bersedia untuk membelinya!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/07  at  12:24 PM

saya pernah belajar perbandingan agama…apa yang Tuan Fadzli katakan memang benar..tiada perkataan Allah digunakan dalam bible(baru mahupun lama)...grin

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/07  at  12:51 PM

Harap-harap konvensyen itu benar-benar diadakan.

Ramlan Arshad  on  01/08  at  01:19 AM

air tenang jangan disangka tiada buaya..grin

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/08  at  07:58 AM

Buaya ialah pemangsa. Buaya dianggap jahat. Apa hendak dibuat kepada buaya yang jahat itu?

Ramlan Arshad  on  01/08  at  11:23 AM

utk tahu nak buat apa..buka buku dan belajar lagi bahasa malaysia…kita jangan asyik menunding jari mengatakan orang lain tidak mempelajari tentang sesuatu tapi lebih baik jika kita muhasabah diri dan memajukan diri menjadi orang yang mantap dan cemerlang..ini adalah dianjurkan dalam setiap ajaran agama iaitu menjadi orang yang cemerlang..
akhir kata semoga integriti masyarakat majmuk malaysia kekal dan semua isu-isu di selesaikan secara berhemah dan penuh dengan intelektual…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/08  at  12:35 PM

Moga-moga mereka yang berkenaan menjadi seperti yang anda kehendaki, jangan seperti yang membakar dua gereja di KL.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/08  at  12:37 PM

Maaf bukan membakar tetapi baling bom api menurut berita sinarfm jam 12 tadi..

Bibi  on  01/09  at  03:42 PM

Salam semua,

Ada benarnya mengikut pandangan Tuan Fadzli Yusof mengenai isu ini. Mungkin ini satu ujian bagi semua umat Islam. Kita harus ingat, Rasulullah dahulu pernah dihina dengan pelbagai cara namun kebaikan dan contoh yang baik jua dibalas Baginda sebagai teladan kepada kaum yang menentang agama Allah. Mungkin kita di Malaysia harus aplikasikan pekerti Nabi Muhammad saw dalam mempertahankan dan memperjuangkan Islam bersama-sama. Seperti mana Islam menolak persengketaan, kita wajar bertindak menggunakan strategi tepat dan tindakan yang bijak. Akhlak itu terlalu penting untuk diabaikan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/11  at  10:32 AM

Assalamualaikum W.r.bt

1. Injil asal ditulis manuskripnya dalam bahasa Greek bukan bahasa ibunda Nabi Isa as yakini Ibrani, maka kalimat Allah tak wujud.

2. Bible hari ini diterjemahkan dalam lebih 2000 bahasa, hanya bahasa Indonesia dan bahasa Arab sahaja pakai kalimat Allah.

Elah adalah Tuhan. Theo dalam bahasa Greek adalah Tuhan.

Kenapa? walhal Allah tidak wujud di dalam manuskrip asal apatah lagi dalam Scofield Reference Bible versi bahasa Inggeris dibuang.

3.Tanyalah secara ikhlas Christian berbangsa cina dan india di semenanjung Malaysia adakah mereka serasi dengan kalimat Allah. ? Jawapannya Tidak.mereka masih anggap itu Tuhan orang melayu.

4. Mereka berpendapat bahawa orang melayu dan arab adalah golongan yang paling susah dikristiankan, maka perlu ada satu pendekatan persamaan ( Contextualization) dari segi bahasa, budaya, pakaian, adat dan perlakuan.

5. Hari di kalangan mereka sendiri tidak setuju penggunaan kalimat Alllah, contoh oleh Dr R Albert Mohler President Southern Baptist Theological Seminary dari negara Netherlands. Beliau berkata ” that it is inappropriate for christians to call God Allah based on irreconcilable theological differences associated with the name Allah and core christians beliefs.

6.Rujuklah bible book of John 14:28 My father is Greater than I(Jesus). bolehkah kita menterjemahkan seperti ini Allah is Greater than i.

Makalah hancurlah fahaman tritunggal yang mengatakan Bapa(Allah), Anak(Jesus) dan Ruh Qudus adalah Tuhan yang memiliki Zat, ilmu, Kuasa dan segala-galanya adalah sama.

Agenda mereka yang sebenar ialah bukanlah kalimat Allah sangat tetapi lihat apa kata Father Lawrence Andrew, Editor Herald Tribune 17 march 2009 Malaysiakini.

” We must all realise that this not an Allah issue alone. the Allah issue has become the vehicle to ensure that our federal constitution is not buried and syariah law becomes the law of the country. This is real danger.”

7. Saya juga ingin mengulas, tentang mengapa orang arab membiarkan, Allah dilgunakkan didalam bible (menjadi satu bahan hujah punca kemengan dalam mahkamah oleh pihak gereja),secara jelas disini, Kalimah Allah seperti, dalam nahu bahasa Arab diertikan yang Esa,sebab itulah sebab utama mereka membiarkan sahaja,orang kristian menggunakkan kalimah Allah didalam bible diarab,kerana secara tidak langsung,mereka menolak konsep trinity disana,dan kita perlu ingat,Hanya ada satu aliran kristian sahaja didunia ini,yang amat rapat denganAgama islam, iaitu Mazhab Unitarian,yang menolak konsep trinity,mahzab ini hanya terdapat di syiria dan mahzab inilah Ahli kitab yang tulen,dan pernah satu ketika dahulu, pegikut mahzab ini pernah disembelih hidup-hidup oleh pihak katholik.

8. Secara keseluruhanya saya tidak faham apakah agenda yang sedang dilakukan ini?,bagi orang-orang yang mengerti selok belok agama, mungkin perkara ini, adalah satu perkara yang mereka setuju dengan lapang dada,dan mereka akan megadaptasikan sitiuasi ini, adalah satu penerimaan orang kristian,kepada ke-Esaan Allah, tapi bagaimana,dengan anak-anak kecil dan golongan orang Umum?mereka akan berpendapat agama Islam sama dengan Agama yang lain.

9. Saya berharap, kerajaan lebih peka,dan menghantar peguam-peguam yang mahir tentang ilmu perbandingan Agama ,dan ini juga adalah Masa Raja-raja Melayu(sebagai Ketua Agama) bertindak memberi keputusan yang pantas.

10. Kita tidak menolak konsep Malaysia adalah sebuah negara bebas beragama,tetapii kita juga ingat agama islam adalah agama rasmii itu perlu dihormatii oleh semua pihak,dan tidak diperbudak-budakkan dengan mudah.

stephen  on  01/12  at  11:59 AM

Selamat pagi @ tengahari…

Sekadar iklan blog sendiri… Jika ada kelapangan, singgahlah ke sana. Blog respon berita di akhbar setiap hari. Semoga bermanfaat. TQ.

http://www.akhbardalamweb.blogspot.com/

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/12  at  12:52 PM

salam and sejahtera
saya kini dalam proses untuk membuka semula kitab-kitab perbandingan agama..dan buat tuan stephen saya pernah belajar di sekolah kristian..
saya akan semak kembali semua kitab-kitab dan fakta-fakta yang mengatakan gereja di sabah menggunakan perkataan allah secara terbuka semasa ibadat kerana salah seorang sahabat saya adalah paderi besar di sana..
insyaallah..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/14  at  02:33 PM

1.  Kalau katolik kata perkataan Allah bukan eksklusif org Islam, kerana sebelum kedatangan Islam, agama lain dah guna perkataan tersebut, bagaimana pula dgn haji & sembahyang di sekitar kaabah? Sebelum Muhamad membuka Makkah, semua agama bebas buat haji & sembahyang sekitar kaabah. Sekarang haji & sembahyang di sekitar kaabah adalah eksklusif untuk Islam sahaja.

2.  Penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam memang dah terbukti mengancam keselamatan & keharmonian di Malaysia. Siapa lah lawyer KDN semasa hakim buat keputusan tu; yang tidak dapat menegakkan hujah ini?

3.  Bagi pihak Katolik nak sebut perkataan Allah adalah sukar dan tidak tepat sebutannya. Ada baiknya guna sahaja istilah yang biasa dan mudah mereka guna seperti Yesus, Bapa, God, Lord, Isa dsb.

4.  Alasan katolik untuk menggunakan perkataan tersebut untuk menyebar luas agama katolik serta memberi kefahaman agama tersebut di kalangan masyarakat katolik sahaja tidak dapat diterima secara logik. Apakah dengan menggunakan perkataan ‘tuhan’ atau ‘yesus’ atau ‘jesus’ atau ‘bapa’ atau ‘Isa’ atau sebagainya tidak dapat memberi kefahaman masyarakat katolik terhadap agama katolik yang mereka anuti?

5.  Terjemahan perkataan ‘god’ dari bahasa Inggeris adalah ‘tuhan’. Ini telah difahami dan diterima pakai secara rasmi atau tidak rasmi, bertulis atau lisan. Kenapa perlu diubah?

6.  Selain itu, ‘god’ juga boleh diterjemahkan sebagai ‘dewa’. Kenapa pihak gereja katolik tidak mahu gunakan perkataan ‘dewa’? Kenapa perlu guna perkataan Allah, yang tiada dalam kamus melayu/Malaysia [untuk terjemahan ‘god’]?

7.  Penggunaan perkataan tersebut di kalangan kristan bangsa arab telah menjadi sebahagian bahasa mereka dan mempunyai sejarahnya tersendiri, sedangkan penggunaan perkataan tersebut di kalangan kristan Malaysia cuma pada tulisan, tidak pada sebutan bahasa harian dan masih baru [1960an di Sabah/Sarawak]. Kenapa perlu susah-susah dengan penggunaan yang tidak menyeluruh ini dan asing ini?

8.  Pengunaan perkataan tersebut dalam Bible Indonesia tidak perlu diikuti kerana negara tersebut berasaskan pancasila yang lansung tidak menyebut tentang perihal beragama di dalam pentadbirannya, sedangkan Malaysia ditubuh berasaskan pelembagaan yang jelas menyebut tentang hak-hak beragama. Satu lagi di Indonesia mereka telah biasa dengan penggunaan perkataan ini oleh kristan tetapi tidak di Malaysia.

9.  Penggunaan perkataan ini di Sabah & Sarawak adalah dari pengaruh Indonesia. Ini kerana pengunaan bahasa melayu di Sabah & Sarawak tidak meluas seperti di Semenanjung. Masih ramai yang menggunakan bahasa Inggeris dan dialek tempatan. Kalau nak gunakan bible terjemahan bahasa melayu, seharusnya gunakan bahasa melayu yang betul iaitu gunakan perkataan ‘tuhan’ sebagai terjemahan ‘god’.

10.  Hukum agama Islam memang tidak melarang penggunaan perkataan itu oleh bukan Islam, tetapi perlu ditekankan juga bahawa di dalam ajaran Islam terdapat ajaran yang mahukan satu negara ditadbir dengan aman damai dan harmoni dan mengajar agar kita tidak curiga mencurigai antara satu sama lain. Berbaik sangka dan menghormati jiran.

11.  Orang Islam di seluruh dunia, tanpa mengira aliran samada Sunni, Syiah, Wahabi dsb merujuk Allah sebagai tuhan yang disembah. Sedangkan penggunaan perkataan Allah oleh masyarakat Kristan cuma terdapat di negara-negara majoriti umat Islam sahaja seperti Indonesia, Mesir dan Syria. Kenapa ada keperluan pengunaan ini di Malaysia? Lain lah jika sekiranya seluruh masyarakat Kristan seluruh dunia turut menyembah Allah dan mengakui ketuhanan Allah.

12.  Bagaimana agaknya perasaan penganut agama Sikh, Buddha, Hindu dan sebagainya bila nama tuhan mereka juga digunakan dalam bible terjemahan bahasa Sikh, Cina, Tamil dan sebagainya? Kenapa perasaan orang agama lain tidak diambilkira oleh pihak kristan/ katolik ini yang menekankan soal kasih sayang ini?

13.  Mengikut filem The Da Vinci Code, perihal ketuhanan Jesus telah lama diperdebatkan oleh sarjana-sarjana Kristan, dari selepas berlakunya penyalipan Jesus . Disini, ada baiknya pihak katolik menumpukan usaha dan memperjelaskan tentang ketuhanan Jesus ini kepada umatnya, daripada menambahkan lagi perdebatan masalah ketuhanan ini dalam agama kristan, dengan penggunaan perkataan Allah.

14.  Akan menimbulkan kekeliruan di kalangan Katolik sendiri, tentang cara penggunaan perkataan itu, samada perkataan tersebut nama am [di mula eja dengan huruf kecil – allah] atau nama khas [di mula eja dengan huruf besar – Allah]? Dalam bahasa melayu perkataan ‘tuhan’ dieja boleh dimula eja dengan huruf kecil, tetapi perkataan Allah kena di mula eja dengan huruf besar kerana ia adalah nama khas.

15.  Akan menimbulkan kekeliruan di kalangan Katolik sendiri, samada perkataan tersebut merupakan kataganti nama tuhan yang mana satu; Tuhan Bapa atau Tuhan Anak atau Jesus Christ? Bagaimana pula dengan Ruh Kudus; adakah juga dipanggil Allah?

16.  Akan menimbulkan kekeliruan di kalangan Katolik apabila di masjid pun ada perkataan tersebut dan di kalangan Islam apabila di gereja pun ada perkataan tersebut.

17.  Akan menimbulkan kekeliruan di kalangan Islam apabila hendak mencari restoran yang menyediakan makanan yang boleh mereka makan apabila restoren kristan juga turut menggantungkan perkataan ini di dinding mereka. Ini sekali lagi menimbulkan ketidakharmonian apabila orang Islam telah termakan makanan yang tidak boleh mereka makan. Ini akan menimbulkan curiga orang Islam terhadap orang katolik.

18.  Menteri Dalam Negeri yang meluluskan penggunaan perkataan tersebut di dalam AlKitab [Bible] adalah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika beliau menyandang jawatan tersebut, dengan syarat terdapat ayat lebih kurang ‘untuk bacaan masyarakat kristan sahaja’ di cover Alkitab berkenaan. Mungkin kerana keputusan itu, Mingguan Herald nak mencuba [test market] guna di dalam terbitan mingguan mereka pula.

19.  Perkara yang mengelirukan kedua-dua pihak, berikut boleh berlaku:

a.  Azan dilaungkan di gereja [cuma buang perkataan ‘muhamadurasulullah’]
b.  Bumbung gereja di tambah/tukar kubah & diletak perkataan tersebut dalam tulisan arab.
c.  Sekarang masyarakat katolik dah guna tasbih. Bagaimana jika mereka turut bertasbih Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar dsb?
d.  Sekarang pun masyarakat katolik dah guna Allah taala. Bagaimana nanti kalau mereka guna Allah Subhana Wa Taala? Apa maksud ‘taala’ tu?
e.  Bagaimana sekiranya pihak katolik turut mengunakan bismillah, insyallah, masyallah, astarfirullah dsb?
f.  Penganut-penganut pun keliru, mana satu Islam mana satu Katolik/Kristan. Mana satu gereja, mana satu masjid. Mana satu chapel, mana satu surau. Mana satu imam, mana satu paderi. Semuanya sama, bagai tiada identiti sendiri. Yang bezanya cuma dalam Katolik/Kristan ada Paulus, dalam Islam ada Muhamad.

20.  Biarlah aku dengan agamaku, kamu dengan agamamu. Tak perlu lah kamu nak beritahu aku bahawa agama kamu benar atau aku nak beritahu kamu bahawa agamaku benar. Kita masing-masing ada akal untuk berfikir.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/14  at  03:45 PM

alhamdulillah…
penerangan al-qadar byk membantu…
hujah tuan ana anggap ada ketepatan dan rasionalnya..
masyarakat perlu disedarkan..
orang-orang politik yang bersetuju perlu disedarkan…
di dalam ilmu perbandingan agama, agama kristian itu sendiri terdapat unsur-unsur kekeliruan di dalam jaluran agama mereka..

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: