Monday, December 24, 2007

Isu Penerbit Majalah Menzalimi Penulis

Baca tulisan Zamri Mohamed tentang penerbit majalah yang merompak penulisnya sendiri dan tentang undang-undang hakcipta di Utusan Malaysia hari ini di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Ini Dipesan 1092 Naskhah oleh PNM Previous entry: Hakcipta Kamus Idiom
Zamri Mohamad  on  12/24  at  06:12 PM

Assalam alaikum wbt.
Saya doakan Puan dan keluarga dicucuri rahmat daripada Allah, diberi kekuatan dan kesihatan serta rasa ceria dalam aktiviti seharian.
Puan yang saya hormati,
Terima kasih atas siaran entri artikel saya mengenai hakcipta. Saya kira artikel itu usaha kecil agar penulis-penulis baru faham bahawa apa yang mereka sumbangkan bukanlah kecil anak. Ia sesuatu yang menjadi bahan mendidik masyarakat dan pada masa sama ganjaran yang mereka terima dari sudut kewangan menjadi sumber kewangan yang halal bagi memenuhi keperluan peribadi.
Puan yang saya hormati
Saya kira bagi mencipta gelombang kesedaran ialah adanya respon-respon kepada artikel tersebut daripada para penulis sendiri.

Ia boleh dibuat dengan artikel susulan dan surat kepada pengarang. Para penulis mungkin boleh membawa gagasan mereka kepada media awam dan secara langsung menjadi ingatan dalam diam kepada penerbit majalah penulis hari ini adalah penulis celik undang-undang.
Menjadikan penulis bebas sebagai satu karier profesional yang diyakini memerlukan kerjasama semua pihak. Sesama penulis saling dukung mendukung kepada usaha ini dengan idea-idea dan pengalaman mereka.
Sesiapa yang ingin memberi respon kepada artikel saya bertajuk Akta Hak Cipta 1987 perisai kerjaya penulis bebas di Utusan Malaysia pada 24 Disember 2007, Ia boleh dihantar kepada surat pembaca di .(JavaScript must be enabled to view this email address) atau .(JavaScript must be enabled to view this email address) disertakan bersama nama penuh, alamat, nombor kad pengenalan dan nombor untuk dihubungi.
E-mel boleh ditulis dengan subjek Respon : artikel Akta Hak Cipta 1987 perisai kerjaya penulis bebas

Moga usaha bersama ini memberi kejutan positif kepada dunia penulisan.

Sekian terima kasih

ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: