Isu Pembaca Tahu Bahasa Melayu Tetapi Tidak Tahu Kata Pinjaman Arab
Apabila saudara menulis buku agama bagi bacaan pembaca 'beginner', jangan gunakan kata-kata pinjaman Arab disebabkan pembaca 'beginner' tidak faham makna perkataan-perkataan seperti 'soleh', 'sunat', 'aqidah', 'afdal' dan banyak lagi.
Pembaca beginner itu mungkin Melayu keturunan, lulus sekolah menengah SPM, tetapi itu tidak bermakna mereka faham makna kata-kata pinjaman Arab itu.
Isu individu lulus SPM tetapi tidak tahu makna perkataan istilah agama seperti 'soleh', 'sunat', 'aqidah', 'afdal' bukanlah perkara pelik, malah ia adalah fenomena normal.
Perbendaharaan kata seseorang itu dipengaruhi oleh bidang yang diminatinya. Jika saudara tidak berminat dengan sukan golf, walaupun saudara lulus Bahasa Melayu SPM dengan gred A, saudara tidak tahu perkataan-perkataan istilah bidang permainan golf.
Justeru orang yang tidak berminat dengan agama memang tidak tahu istilah-istilah agama seperti 'soleh', 'sunat', 'aqidah', 'afdal' walaupun dia lulus gred A bagi subjek Bahasa Melayu.
Bagi PTS yang menerbitkan buku-buku agama untuk pembaca beginner, isunya sekarang adalah bagaimana kita dapat menumbuhkan minat kelompok ini supaya suka membaca buku-buku yang membawa mesej agama.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Puan Sifu,
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya menulis di PTS. Memang cita-cita saya hendak menulis buku-buku bercorak agama bagi mereka yang masih cetek ilmu Islam (walaupun saya bukan kelulusan agama).
Tetapi, saya ingin bersama dengan barisan pendakwah yang lain, hendak menyampaikan ilmu yang sedikit.
Semoga apa yang saya usahakan selama ini mendapat keberkatan dari Allah dan itulah sahaja sumbangan saya kepada Islam.
Tidak sia-sia saya setia mengikuti setiap bengkel yang dianjurkan oleh PTS.
Bagi saya, ilmu Islam perlu disebarkan dengan berkesan di kalangan masyarakat moden hari ini. Ini kerana, ilmu Islam semakin diketepikan atas dasar tidak menjadi satu kepentingan dalam hidup mereka.
Tidak hairanlah jika jiwa masyarakat hari ini semakin parah. Jika dahulu sebuah gerakan Islam di negara kita, berusaha mengadakan program out-reach bagi bukan Islam dan yang baru memeluk Islam, kini usaha PTS perlu diberi sokongan padu.
Bagi saya, penerbitan buku-buku asas Islam perlu diperbanyakan dengan penggunaan bahasa yang mudah dan moden.
Hidup PTS! Amin!
——-
Usaha PTS ini amat berfaedah dalam gerakan dakwah yang kini semakin payah. Remaja lelaki lebih gemar membeli majalah hiburan.
Saya cadangkan supaya buku-buku agama untuk remaja dijual dengan harga berpatutan dan dimasukkan daftar istilah melayu-arab di bahagian akhir buku-buku berkenaan.
Pernah kawan saya bukan Islam (Cina) bertanya tentang buku bertajuk “Sembahyang2 Sunat”.
“Ini buku untuk orang ‘potong’ punya orang ka?”
Apa dia faham ialah ‘sunat’ itu bersunat atau berkhatan.
Bukan saja orang bukan Islam yang faham begitu tetapi kanak-kanak pun punya kefahaman yang sama.
Tuan Ibnurabi,
Pada suatu hari Jabatan Marketing PTS menerima panggilan telefon daripada seorang perempuan Cina yang hendak memesan buku PTS untuk kedainya.
“Itu buku muhamad sau.”
“Apa?”
“Itu buku punya title… muhamad sau laa…”
“Aaaa? Apa awak cakap?”
Rupa-rupanya kerani kedai buku itu membaca tulisan pada judul buku Muhammad SAW<em>!
Ermm “Muhammad sau…”. Boleh diambil panduan dari sini.
Post a comment