Ini Universiti Terbuka yang Betul-betul Demokratik
Kepada semua student Universiti Terbuka PTS, Sifu buka entri sticky ini khusus bagi membolehkan saudara berkempen untuk calon yang saudara sokong!
Jangan kutuk sesiapa. Kalau kutuk, Sifu akan padam!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya sokong parti Sivaji The bos!
Sebab dia cool!
Ye..ye ...cikgu takde! Cikgu takde!
Siapa nak nyanyi?!!
Bukan setakat sokong dan bebas berkempen saja, malah menjadi calon pilihan raya pun boleh! Che’ Pa, Menteri KMT dan agen-agennya cuma boleh jeling-jeling dari jauh. Ha…ha…ha.
KAWAN-KAWAN…CIKGU TIADA DALAM KELAS…
APA KITA HENDAK BUAT YE?
MENYANI BAGUS JUGA..BUAT BISING PUN BAGUS JUGA..
Sifu!
Siapa ketua darjah?
Mana tahu nanti ada yang tiba-tiba mengaku dia ketua.
Mawar, saya, saya, (sambil angkat tangan dan lonjak-lonjak) saya nak nyanyi. Awak mahu saya nyanyi lagu apa?
Ketua kelas pun mesti satu kepala juga tau.Bukan senang nak dapat peluang ini.Nanti cikgu sudah balik ketua lah yang kena menjawab kan….
Nyanyi lagu “BILA saya gembira…”
Kawan-kawan..cikgu berpesan supaya berkempen calon yang kita sokong!!!!
saya sokong calon yang memimpin kita kepada kemajuan tubuh dan ruh.siapa itu…?cari , semak betul2 wahai sahabat penulis.semoga berjaya dunia dan juga akhirat.
Cik Siti,
Lagu Rasa sayang..Kuat-kuat sikit ye. Yang lain semua tolong ikut!!!
Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola.
Cikgu suka main bola. Cikgu sudah keluar…
Ye…....
“Yeye! Ada budak baru hari ini!”
“Siapa, mana budak baru tu?”
“Tidak hensem sangat. Macam OKlah orangnya,”
“Adakah budak ini akan jadi pencabar baharu kita di sini?”
“Awak takutkah dengan dia? Awak ini selalu berprasangka buruk dengan orang.”
“Sila perkenalkan nama awak wahai orang baru?”
“Nama saya seperti dalam nametage saya. Saya dari KK. Kota Kinabalu Sabah.”
“Oohhh…Orang Sabah bah…”
Kao orang KK ka Alexious? Jangan lupah kirim salam sia sama sumandak-sumandak di saaanaaaaaa….
Wahai saudara-saudaraku yang budiman dan bijaksana,
Pangkahlah ‘Bulan’ dengan ‘Adil’, kerana timbangan ‘Dacing’ sudah berat sebelah, tetapi janganlah pula naik ‘Roket’ kalau hendak pergi ke ‘Bulan’!
Sekian,
Selamat memangkah!
Kawan-kawan sekelian,
Bagaimana kalau ada 2 calon,A & B.
A orangnya amat soleh dan warak, tapi sangat lemah dalam hal-hal pengurusan dan perhubungan awam, amat diragui kemampuannya apatah lagi dalam menggerakkan ekonomi setempat.
B orangnya selalu alpa dan lalai dalam soal ibadah dan keagamaan. Namun dalam soal kepimpinan dan pengurusan komitmen dalam melaksanakan tugas, kredibiliti beliau sangat meyakinkan.
Hanya 2 pilihan.
yang mana satu tuan-tuan & puan-puan pilih?
Macam mana lah awak kata orang yang warak lemah dalam pengurusan. Orang yang awak dan amat soleh lah amat bagus dalam pengurusan. Kalau tidak tak akan orang warak dan soleh tu boleh urus diri dia sampai jadi warak dan soleh. Awak tengok sebelah mata saya kot mawar?
Saya tengok dengan 4 mata (+ kacamata).
Sketsa Perut Buncit. (buat kawan-kawan yang memahami…)
-“Sudah berapa BULAN mengandung..?”
-“BULAN berapa bakal bersalinnya nanti?”
-“Comelnya anak, sudah berapa BULAN umurnya?”
-“Berapa KILO beratnya perut itu?”
-“Sudah diperTIMBANGkan hendak bersalin di mana nanti?”
-“Comelnya anak, BERATNYA berapa?”
Untuk sebuah kelahiran baru…demi anak-anak di masa akan datang. Buatlah pemilihan yang terbaik.
Aha ha!
Dengarlah ini cerita ...
Tujuh tahun yang lalu saya menghadiri satu temuduga di sebuah universiti di Selangor( bukan universiti sekarang). Bila Canselor universiti itu tanya “Awak sokong mana? Muka macam sokong pembangkang sahaja!”
Pehh berderau darah pak cik. Biasalah bila pak cik tercabar keluar segala benda dari mulut yang selalunya tidak banyak bercakap sangat.
“Kalau sokong kerajaan, esok fakskan nombor keahlian XXXX.” Orang tu memberi arahan.
“Saya manalah ikut sangat benda-benda mengarut macam tu Prof X, saya bila pergi mengundi saya tak ingat siapa yang saya pangkah. Maklumlah kampung saya di TK tapi nama saya tercampak di AU3, saya tak kenal siapa Yang Berhormat di kawasan itu.”
Akhirnya, mereka memerli lagi kata nanti menyusahkanlah, hanya nak mintak gaji banyak etc.
Saya pun tidak dapat jawatan di universiti itu. Hishh tempat tu pun macam tak profesional sahaja cara pentadbirannya. Saya nak jadi kuli saja di universiti itu bukan minta jawatan ahli politik.
Tahun ini harapnya saya ingat siapa yang saya pangkah. Selamat mengundi buat semua.
Teringat 8 tahun dulu,ketika suami saya ditemuduga.
Antara soalannya seperti saudara Kamal.
Dia menjelaskan pendiriannya, dalam hati memang sudah duga tidak akan ada peluang bekerja di syarikat itu lagi.Alang-alang menjawab, panjang juga jawapannya.
Rupanya, kesemua yang menemuduga sealiran dengannya.
Kerja pun dapat, ketua dan staff jabatan pun sama aliran pemikiran.
Salam.
Semoga Sifu dan rakan-rakan sihat dan waras hendaknya.
Tidak lama lagi kita akan meraikan salah satu perkara penting dalam demokrasi. Pilihan raya. Saya akan mengundi di N45 Galas dan P032 Gua Musang (Kelantan)buat kali kedua dalam hidup saya.
Demokrasi tidak seharusnya diberi tumpuan pada hari mengundi bermula 8 pagi hingga 5 petang, tetapi sepanjang tahun.
Demokrasi ialah rakyat diberi kebebasan untuk akses kepada maklumat yang disediakan oleh pihak-pihak yang bertanding.Dari itu rakyat dapat menilai baik buruk pihak-pihak yang bertanding. Tapi, adakah hal ini berlaku di tanah air kita yang tercinta ini?
Demokrasi ialah semua pihak yang bertanding diberi peluang secara adil dan saksama untuk menyatakan pendirian dan hasrat mereka. Adakah hal ini berlaku di Malaysiaku yang tercinta.
Ungkapan klise yang biasa kita dengar ialah,” buat apa sokong parti itu parti ini. Semua tidak betul. Semua ada kelemahan.”
Saya menganggap jawapan itu datang dari orang yang merasakan dirinya sahaja yang betul. Suka saya ingatkan bahawa parti-parti politik dianggotai oleh manusia dan manusia tidak lari dari kesilapan.
Oleh itu, kalau nak mengundi, undilah parti/ calon yang paling tidak teruk dalam kalangan yang teruk.
Kepada yang berat hati atau malas untuk mengundi, fikirlah baik-baik. Barangkali saudara sudah hidup dalam kesenangan dan tidak perlukan apa-apa lagi. Hal ini berbeza dengan saya. Saya berasal dari kawasan pedalaman. Kalau saya bercerita tentang pemikiran orang-orang kampung saya, mungkin ramai yang tidak percaya dan boleh jadi ada yang menangis mengenangkan nasib kami sesudah 50 tahun merdeka.
Saya akan undi parti yang mahu menjadikan negeri/ negara sebagai tempat berisrehat bagi orang-orang miskin,negara yang mendapat keredhaan Tuhan.
Masya Allah! Masya Allah!
Diam! Diammm!!!! (sambil cekak pinggang di pintu)...
(Dalam hati…) Pelajar universiti zaman sekarang macam budak-budak tadika! Ini mesti disebabkan campur tangan politik dalam urusan pentadibran kampus! (sambil geleng-geleng kepala)
Hm… kalau begitu tak adalah update berita terbarulah. Sudah dua hari saya tidak online. Sibuk menyemak manuskrip penulis dan tugasan akademik.
Saya pula hendak mengulangkaji pelajaran.
Hari ini saya gembira sebab pensyarah puji hasil tugasan saya. Semuanya komen positif. Alhamdulillah.
Pensyarah itu sudah naik pangkat. Dalam tempoh setahun dua, sudah dua kali dia naik pangkat. Sekarang saya kena berpakaian kemas kalau hendak berjumpa dia sebab bilik dia di pejabat khusus untuk orang berpangkat besar-besar.
Saya akan belajar lebih tekun lagi!
Politik… politik… Bagaimana hendak mengundi jika kita tidak kenal calon tersebut? Rupanya inilah kepentingan berkempen.
Ujian sudah dekat… Saya akan merindui Unika untuk sementara waktu. Maksudnya, tidak boleh online selama beberapa hari lagi.
Tuan tuan dan puan puan yang dihormati!
Islam itu nur, cahaya yang memandaikan bangsa Melayu yang sebelum itu suatu bangsa yang dhaif tidak tidak dikenali. Bahasa Melayu juga tidak berkembang sepertimana jadinya lingua franca rantau ini suatu ketika dulu. Kita dapat peradaban baru dengan datangnya Islam. Malangnya, Inggeris datang menjajah seraya melantik wakil wakilnya untuk memadam nur yang telah memodenkan bahasa dan pemikiran bangsa.
Wakil wakil Inggeris yang terdiri daripada anak watan bangsa Melayu telah berjaya menginggeriskan (walaupun tidak secara fizikal dan secara falsafah) pelbagai sistem, institusi dan tatacara hidup kita. Wakil wakil Inggeris ini sehingga ke hari ini masih berbangga dengan nama parti yang masih termaktub dengan bahasa Inggerisnya, walaupun sering melaungkan perjuangan memertabatkan bangsa.
Setelah 50 tahun laungan ini masih dijaja walaupun anda sendiri boleh saksikan sejauh mana majunya bahasa Melayu itu. Islam mengajak kita ber-iqraq, membaca dan mentafsir bukan sahaja al Quran, malah setiap tanda tanda, segala peristiwa yang berlaku disekeliling kita.
iqrak dan ketahuilah bahawa wakil wakil Inggeris yang berwajah Melayu serta rakan rakan mereka ini sebenarnya meneruskan agenda menjajah, mendidik anda supaya takut dan gerun dengan kuasa politik mereka, sehingga anda yang sudah matang dan berada di IPT jadi takut untuk bersuara, mereka yang bekerja takut untuk menyatakan kebenaran, semuanya takut. Demokrasi itu bukan hanya di hari mengundi, bahkan ia sepatutnya suatu budaya. Demokrasi tahi kuda lah jika semuanya takut. Islam mengajar kita bercakap benar walaupun kebenaran itu pahit. Islam itu membebaskan fikrah, tetapi adakah anda lihat media massa nasional itu bebas?
Nah! Pilihan ditangan anda sekarang, samada ingin meneruskan proses memperbodohkan bangsa yang berjalan hampir setengah abad yang telah meminggirkan bahasa ibunda sendiri atau anda ingin mengubah untuk memandaikan bangsa dengan membebaskan fikrah anda daripada belenggu penjajahan minda.
Wassalam
mumtazah on 02/14 at 03:01 PM
“Macam mana lah awak kata orang yang warak lemah dalam pengurusan. Orang yang awak dan amat soleh lah amat bagus dalam pengurusan. Kalau tidak tak akan orang warak dan soleh tu boleh urus diri dia sampai jadi warak dan soleh. Awak tengok sebelah mata saya kot mawar?”
Memetik kata Tuan Amin Idris,
Dalam buku Ibn Qayyim, pemimpin mesti ada dua perkara Qawwi dan al Amin, dia ada kekuatan (bakat mengurus) dan ada iman. Tidak ada salah satunya, bukanlah pemimpin utamalah jawabnya. Soleh sahaja tidak cukup, pandai mengurus sahaja pun tidak cukup. :D
Assalamualaikum Puan Sifu dan para pengundi.
Terima kasih puan memberi laluan untuk berkempen.
Saya pun tidak mahu ketinggalan untuk berkempen. Saya nak letakkan URL youtube di sini tetapi tidak pandai. Youtube yang saya buat untuk calon2 pilihan saya mungkin juga pilihan tuan dan puan.
Di url dki bawah ini muka-muka dan lambang parti calon2 pilihan saya. Sambil menonton boleh buat semakan daftar undi di sini…hehehe
http://kassim8888.blogspot.com/2008/02/bulan-dan-juga-angin.html
Ini nasihat dan pandangan Penulis ngetop di PTS lagi seorang ulamak yang dihormati dan disegani.
Kata Prof Dr Haron Din:-
“Pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu,”
Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.
“Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah,” katanya.
“Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips untuk memilih pemimpin dalam pilihan raya akan datang,” katanya.
“Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran,” katanya lagi.
Moga nasihat beliau dapat menjadi panduan untuk kita menentukan PEMIMPIM yang benar-benar ikhlas dalam perjuangannya.
Wasalam.
Post a comment