Industri Sorok-sorok: Cina Sorok, Melayu Sorok, Mamak Sorok
Industri penerbitan buku di negara ini adalah industri sorok-sorok. Sesama penerbit buku pun kita tidak tahu siapa para pemilik saham majoriti penerbit-penerbit "T-S-T" (tau-sama-tau) itu.
Bukan hanya penerbit Melayu yang main sorok-sorok. Penerbit Cina dan Mamak pun kebanyakannya main sorok-sorok. Mereka tidak mahu memberi maklumat yang betul berkenaan syarikat mereka kepada para penyelidik.
Budaya sorok-sorok begini adalah ciri-ciri sebuah industri yang saiznya masih amat kecil, masih belum membangun, masih banyak pemainnya bukan pemain profesional, masih banyak ali baba, masih banyak topeng, masih banyak bergantung pada hubungan politik, masih banyak penipuan, masih banyak amalan rasuah....
Gosip-gosip mengatakan, ada lebih kurang 200 buah syarikat penerbitan yang mendaftarkan dirinya untuk mendapatkan projek-projek buku teks Kementerian Pelajaran. Angka ini mengejutkan - jumlah ini amat besar.
Siapakah mereka itu? Apakah jenis-jenis buku yang mereka terbitkan? Mengapakah nama-nama mereka tidak dikenal oleh pengedar dan pekedai buku?
Jika ditanya, "Berapa jumlah tenaga kerja yang sekarang terlibat dalam industri penerbitan buku?" tidak ada sesiapa yang tahu, disebabkan budaya sorok-sorok ini.
Jika ditanya, "Berapa jumlah modal berbayar semua penerbit buku di Malaysia?" tidak ada siapa yang tahu.
Kalau ditanya, berapa besar pemilikan saham orang Melayu dalam seluruh syarikat penerbitan buku yang ada di negara ini?" tidak ada siapa yang tahu.
Kalau ditanya, "Bagi jualan 2005 ataupun 2006, berapa jumlah royalti yang dibayar kepada penulis-penulis tempatan?" tidak ada siapa yang tahu.
Budaya sorok-sorok begini tidak menolong industri buku itu sendiri. Sekiranya persatuan penerbit hendak menghantar memorandum kepada kerajaan meminta industri ini disokong dengan menggubal dasar-dasar baru, jika menteri bertanya, "Berapa besar saiz industri buku di Malaysia?" persatuan tidak dapat memberikan jawapan yang betul.
Semua main sorok-sorok....
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Sifu,
Jika sorok-sorok, siapa yang menjadi tukang cari?
——-
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
RENTUNG DISOROK-SOROK
Aduhai
kering sudah airmata
namun tiada siapa tahu
betapa hati ini
berduka
Rentung sudah
kedukaan ini
tapi tiada seorang pun
yang mengerti
Sorok sana
sorok sini
komplot sorok
di mana-mana.
Anti-Sorok—K Lumpur 18.6.2007—
Assalamu’alaikum Puan Sifu dan para penulis lain,
Bagi mencari maklumat tentang sesebuah syarikat, mana-mana individu boleh pergi ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bahagian Pendaftar Syarikat.
Isikan borang mencari maklumat syarikat. Perkara yang kita perlu ada adalah nama penuh syarikat berkenaan dan nombor pendaftaran syarikat (contoh : 123456 A). Nama syarikat boleh didapati di bahagian belakang buku yang diterbitkan.
Sekiranya tidak ada nombor syarikat, nombor tersebut boleh diperolehi dari komputer yang disediakan. Taipkan sahaja nama syarikat.
Untuk mendapat maklumat ini, (salinan yang tidak disahkan) akan dikenakan bayaran RM10.00 bagi setiap satu syarikat.
Maklumat yang diberikan adalah berkenaan pengarah, pemegang saham dan jumlah saham, gadaian dan maklumat kewangan.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang suka menyorok, mereka mungkin akan tetap menyorok dari SSM, lalu mereka mungkin tidak akan menggunakan nama mereka sendiri, sebaliknya hanya bertindak sebagai pengarah bayangan. Mereka mungkin akan menggunakan nama anak, isteri atau pekerja mereka.
Wallahu’alam.
Terima kasih, Cikpuan, atas maklumat ini. Perenggan terakhir itu amat relevan!
Post a comment