Berfikir di Luar Kotak Gaya DBP
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terbukti mempunyai genius yang pandai berfikir di luar kotak.
Mahu tahu apa yang tertulis pada banner dalam foto ini? - klik di sini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

waduhh.. ter’sangattt genius!! bajet betul DBP skrg!.. huhu
Tuan Faizal @ MundarMandir,
Janganlah marah-marah kepada DBP. Mereka itu sedang melaksanakan saranan Pak Lah supaya pegawai-pegawai kerajaan berfikir di luar kotak.
Paling kurang, mereka mahu mencuba.
Tahniah kepada DBP!
DBP Boleh!
Kelakar juga. Rasanya cukuplah untuk bacaan orang yang sedang dalam “jam” di hadapan DBP.
Kata P. Ramlee dalam Tiga Abdul,“Ayah mertua memang pandai. Ah inilah kita namakan Ekonomi!”
Zamri Mohamad
http://www.zamrimohamad.com
Saya cuba melihat kesan positif daripada iklan tersebut. Sekali pandang jelas dapat dibaca BULAN BAHASA DAN SASTERA NEGARA. Jadi pada pandangan saya itulah mesej yang mahu disampaikan, aturcara program itu mungkin sebagai gimiknya sahaja. Rasanya yang membuat banner juga tahu ia tidak dapat dibaca.
Apabila orang mula fokus kepada isu ini dan menyebarkan gambar tersebut maka motifnya tercapai. Ada ketikanya kita perlukan kelainan dan mewujudkan isu untuk mendapat perhatian. Mungkin mereka benar-benar telah berfikir di luar kotak.
Malang sungguh DBP.
Sampai orang ramai dan pakar motivasi terpaksa perah otak untuk mencari sebab dan “sudut positif” terhadap kesilapan mereka.
Kalau pun benar, harap “luar kotak” itu dapat menolong penulis-penulis hidup senang.
Juga harapnya yang senior sanggup juga mendengar idea-idea baru.
Saya kurang bersetuju dengan pendapat Tuan Tengku Asmadi.
Meletak banner di situ merugikan. Di situ bukan kawasan pejalan kaki. Alasan hendak suruh pemandu membaca banner itu juga tidak masuk akal. Memandu kereta dan membaca banner adalah sesuatu yang sangat berbahaya jika dikahwinkan.
Kalau mahu juga rentang banner, letak di kawasan Bukit Bintang.
Lebih cost-effective. Mereka akan dapat kontroversi “banner bodoh” di samping menarik pejalan kaki membaca banner itu. Dua dalam satu.
Apalah korang! Cuba buka besar2 otak tu. Sebenarnya, tujuan asal DBP sudah berjaya.
Mereka sengaja buat begitu supaya ada bloggers buat topik fasal banner mereka. Sekaligus, dapat publisiti dan mesej BULAN BAHASA dan SASTERA NEGARA mudah tersebar di internet.
Sekarang mereka harapkan topik ini tersebar di email pula. Ya, inilah tujuan asal mereka.
Post a comment