Ibu Bapa Pelajar Sekolah-sekolah Cina Diwajibkan Membayar Duit Komik
Sekolah-sekolah Cina menggunakan komik sebagai alat bantu mengajar bagi subjek membaca dan menulis. Maklumat ini diberitahu kepada saya oleh seorang peserta bengkel penulisan yang saya anjurkan. Beliau menghantar semua anak-anaknya belajar di sekolah Cina. Beliau mempunyai 10 orang anak, 6 daripada mereka sudah bersekolah.
Menurut beliau, semasa anaknya masih di sekolah rendah, setiap bulan beliau diwajibkan membayar RM10 bagi komik-komik yang diberikan kepada anaknya oleh guru.
Guru-guru sekolah Cina menggalakkan murid-murid yang baru mula belajar membaca dan menulis supaya membaca komik. Ini lebih-lebih lagi digalakkan kepada murid-murid lelaki.
Perkara yang sebaliknya berlaku di sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah agama, di mana guru-guru memusuhi komik, atas alasan bahasa yang digunakan tidak mematuhi ejaan dan tatabahasa standard serta ada unsur negatif dalam cerita-ceritanya.
Nota: PTS menerbitkan siri Komik-M yang sesuai dijadikan alat bantu mengajar Bahasa Melayu. Komik-M adalah mematuhi syariah dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

salam,
Khabarnya komik popular di Jepun juga di Korea.
Situasi yang sama juga mula berkembang ke jakarta. Grasindo dan KPG ( kelompok Gramedia ) nampaknya banyak menerbitkan komik yang ternyata bermutu.
Vernakular Cina memang biasa mengambil bahan luar sebagai supplementary. Tetapi ketika zaman saya, komik bahasa Melayu yang baik boleh dikatakan langsung tiada di dalam pasaran. Jadi pada zaman saya, usaha membeli komik Melayu masih belum wujud. Untuk meningkatkan kualiti penulisan dan penguasaan bahasa, semua orang diwajibkan membeli 3M Bao keluaran UPH, atau Xingxing Bao keluaran Sinchew. Semua latihan perperiksaan di dalam akhbar kecil itu wajib kami habiskan. Selain itu, pelajar juga wajib membeli CD-rom interaktif untuk latihan di rumah, no-exception. Alangkah baiknya jika sekolah kebangsaan juga memaksa-maksa begini.
Post a comment