Friday, December 14, 2007

Hakcipta Karya yang Terbit dalam Media

Banyak penulis tidak tahu aspek legal bagi karya mereka yang tersiar dalam akhbar dan majalah.

Apabila sajak ataupun cerpen, ataupun artikel saudara terbit dalam akhbar, ataupun majalah, hakcipta karya itu tetap saudara punya. Saudara berhak melakukan apa sahaja ke atas karya saudara itu. Sebagai contoh, saudara boleh bukukan dan terbitkan dengan mana-mana penerbit yang saudara pilih.

Semasa saudara menghantar karya saudara ke akhbar ataupun  majalah, saudara hanya memberikan lesen hak menerbitkan karya itu kepada penerbit akhbar ataupun majalah itu. Tempoh lesen hak penerbitan yang saudara berikan itu adalah selama usia penerbitan akhbar ataupun majalah itu.

Bagi akhbar yang terbit tiap-tiap hari, maka lesen hak penerbitan itu adalah selama 1 hari sahaja. Maknanya, selama 1 hari itu sahaja saudara tidak boleh menerbitkan karya itu di tempat lain.

Bagi majalah yang terbit tiap-tiap minggu, maka lesen hak penerbitan itu adalah selama 1 minggu sahaja. Maknanya, selama 1 minggu itu sahaja saudara tidak boleh menerbitkan karya itu di tempat lain.

Bagi majalah yang terbit tiap-tiap bulan, maka lesen hak penerbitan itu adalah selama 1 bulan sahaja. Maknanya, selama 1 bulan itu sahaja saudara tidak boleh menerbitkan karya itu di tempat lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penerbit Majalah Paksa Pengarang Serahkan Hakcipta Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: Ilmu Menyampaikan Ilmu
faizal  on  12/14  at  11:16 AM

salam sifu..
bagaimana pula dengan pernyataan ini seperti yang dipetik dari salah satu majalah keluaran DBP.
“Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh diulang, disimpan, dalam apa-apa jua cara samada secara elektronik, fotokopi,mekanik,rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL”

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/14  at  12:30 PM

Lanjutan dari kemusykilan En Faizal: Bererti ada kekeliruan atau eksploitasi halus dalam pemahaman di antara editor majallah.Saya ada menyuarakan rasa tidak setuju saya sewaktu berbincang dengan editor majallah tetapi saya tidak dapat memberi rujukan kukuh (legal authority) untuk menyokong pemahaman saya bahawa penulis artikel TIDAK menyerahkan hakcipta bulat-bulat.Ada rujukan ke Puan?

Mohammed Zakir Husin Bin Mohammed Zahid  on  12/14  at  08:37 PM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Merujuk kepada persoalan Saudara Sunthara mengenai rujukan.

Seperti apa yang Sifu terangkan pada entri yang lain, saya percaya maklumat yang diperolehi oleh peguam itu adalah dari Akta Kontrak. Dalam akta itu ada menjelaskan secara terperinci.

Nzshima  on  12/14  at  11:47 PM

Assalamualaikum w.b.t Puan Ainon,
Bagaimana cerita terkini Koleksi Puisi Cinta Islami?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/16  at  08:48 PM

Puan Shima,

Nanti saya tanyakan perkembangan terkini daripada Cik Shikin.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: