Saturday, August 09, 2008

Kontrak dengan Penerbit: Isu Karya Masa Depan

Banyak penulis tidak membaca dengan teliti dokumen perjanjian penerbitan yang mereka tandatangani.

Ada sekurang-kurangnya 2 buah penerbit yang menindas penulis kerana antara klausa-klausa yang terdapat dokumen perjanjian penerbitannya, terdapat suatu klausa yang mempunyai implikasi legal seperti berikut:

(i) Hakcipta karya itu diserahkan kepada si penerbit buat selama-lamanya.

(ii) Apa-apa juga karya lain yang akan ditulis oleh penulis itu pada masa depan, maka karya-karya itu tidak boleh diserahkan kepada penerbit lain, hanya boleh diserahkan kepada si penerbit itu sahaja.

Jika saudara sendiri, sebagai penerbit, bolehkah saudara meniru dasar bisnes seperti itu?

Ada peguam berpendapat, perkara (ii) menyebabkan perjanjian seperti itu dengan sendirinya BATAL dan tidak sah, berdasarkan hujah bahawa sesuatu kontrak itu tidak boleh dibuat ke atas benda-benda yang belum wujud. Justeru karya masa depan adalah benda-benda yang belum wujud.

Dalam kes si penerbit itu, dia juga tidak menetapkan had tempoh kuatkuasa perjanjian itu. Ini bermakna, semua perjanjian penerbitan yang selama ini ditandatangani oleh penerbit itu dengan para penulisnya adalah TIDAK SAH.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Delegasi Norway: Laporan Kongres FIT (v) Previous entry: Ramalan Masa Depan Ekonomi Bahasa: Laporan Kongres FIT (iv)
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/22  at  05:15 PM

Assalamualaikum,

Maklumat yang Puan Ainon ini teramatlah berguna terutama untuk isteri saya. Dia sudah menghantar manuskrip pertama di Penerbit yang mungkin sama seperti yang Puan Ainon maksudkan. Dia kini sudah menyiapkan manuskrip yang kedua tetapi belum di hantar ke Penerbit yang sama itu.

Saya juga telah menulis sebuah buah buku bersama PTS. Boleh saya tahu email Puan ? Saya ada banyak perkara untuk dibincangkan terutama mengenai manuskrip isteri saya.

Terima Kasih

Shamsuddin
——-

alang bidara  on  09/22  at  07:49 PM

Em akhirnya pecah juga tembelang penerbit-penerbit yang menindas ini ye… Semoga dengan adanya ‘pendedahan berani’ Puan SifuPTS akan terungkailah banyak masalah dan menjadi jalan keluar kepada penulis-penulis yang berada di dalam dilemma tersebut.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  05:14 PM

Salam

Mohon jasa baik Puan, bagaimana sekiranya Penerbit menetapkan dalam perjanjian, Penulis tidak boleh menulis buku dengan penerbit lain?

Adakah undang-undang mengiktiraf syarat macam ni?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: