Guruku Tentu Betul
Sewaktu di sekolah rendah, guru Nona Kecil ini sudah membawa beliau dan rakan-rakannya naik bas rombongan datang ke Pesta Buku 2009 di Kuala Lumpur dan dibawa membeli buku di gerai PTS.
Kenangan itu akan kekal melekat dalam memorinya seumur hidupnya.
Bagi murid-murid sekolah rendah, gurunya tentu betul.
Apabila di dalam bas gurunya berkata, "Murid-murid semua! Nanti di sana, kamu semua pilih dan beli buku-buku cerita di gerai PTS sahaja. Jangan beli buku cerita di gerai lain." sampai bila-bila Nona Kecil ini dan rakan-rakannya akan kekal ingat bahawa gerai PTS adalah gerai pilihan gurunya.
Gurunya tentu betul.
Mendapatkan kepercayaan guru-guru sekolah rendah adalah sangat penting bagi penerbit, kerana bagi kanak-kanak dan awal remaja, kata-kata gurunya tentu betul.
Kata-kata guru mempengaruhi persepsi murid ke atas buku dan kualiti buku-buku terbitan sesebuah penerbit.
Jika di dalam bas guru berkata, "Beli buku cerita PTS sahaja." maka murid-muridnya percaya kualiti buku-buku PTS terjamin, manakala kualiti buku-buku penerbit lain tidak terjamin.
Apatah lagi, jika semasa murid-murid itu tiba di gerai PTS, mereka nampak bagaimana banyaknya orang sedang memilih dan membeli buku-buku PTS. Bagi murid-murid itu, tiada keraguan lagi bahawa buku-buku PTS adalah yang terbaik.
Justeru, tahun ini mungkin banyak murid sekolah rendah yang datang tangan kosong disebabkan mereka tidak mempunyai cukup wang bagi membeli buku, tetapi mereka adalah pembeli masa depan. Apa yang guru mereka katakan hari ini mempengaruhi buku apa yang mereka beli pada masa depan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalam.
Sekolah anak saya setiap kali ada pesta buku, mereka akan turun satu bas sehingga mengikut cerita anak saya, ada yang menangis sebab tidak dapat ikut serta (tempat terhad). Mereka pagi-pagi lagi dah bergerak dari Tampin, Negeri Sembilan.
Dalam minda mereka, mereka akan cari gerai PTS. Walaupun tahun ini sesak sikit. Semuga tahun depan, pihak PTS dapat tempat yang lebih besar .
Cadangan saya, apa kata buat pesta buku Melayu sahaja, (maksudnya pesta buku dikekalkan) tetapi ditambah dengan pesta buku Melayu, dikelolakan oleh PTS. Saya rasa sudah sampai masanya..
Sekian.
wWsalam
Post a comment