Monday, March 19, 2007

Gosip Dunia Sastera: SN A Samad Said akan Melancarkan Mogok Sastera (2)

Angin-angin yang bertiup sepoi-sepoi basa mengatakan SN Dato' A Samad Said akan melancarkan Mogok Sastera (2) dengan cara tidak mahu hadir dalam mana-mana majlis sastera yang diadakan di premis Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Jika angin ini benar, kita sebagai penerbit dan pejuang sastera Melayu, sangat kecewa memikirkan mengapakah tragedi begini harus berlaku sekali lagi.

Pada pandangan kita yang dhoif ini, SN Dato' A Samad Said bukan memperjuangkan kepentingan peribadinya, tetapi mengorbankan dirinya bagi membela suatu prinsip utama dalam amalan kontrak pemerdagangan harta intelek rakyat Malaysia.

Nota: Kita sedang menjalankan usaha cara kita sendiri supaya tragedi ini dapat dihindari.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Dunia Sastera
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Notis: Sifu ke Kem BTN Tok Bali Kelantan Previous entry: Arahan bagi Tim Projek Antologi Puisi Cinta Islami
Web Sutera  on  03/18  at  09:42 PM

Adoi hai!
——-

Amiene Rev  on  03/18  at  11:01 PM

Saya akan mengabadikan peristiwa tersebut dalam blog saya nanti. Nampaknya, bak kata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Walaupun perbuatan ini secara mata kasarnya akan menutup laluan SN A Samad Said dengan pihak-pihak tertentu…

Namun, impak yang besar akan tercetus. Ini baru dinamakan perjuangan dari dalam hati yang berteriak.

Seruan kebenaran…

Saya percaya, Puan Ainon juga sedang memperjuangkan perkara yang sama. Kalau tidak, hati saya tidak akan tenteram. (saya tersenyum gembira)

Perkataan Rev (salah satu maksudnya ialah singkatan kepada Revolusi dan satu lagi ialah putaran semangat) di belakang nama Amiene (Pemimpin Berilmu) akan jadi lebih bermakna, apabila saya dapat menyertai perjuangan dua orang tokoh terbilang dalam dunia karyawan di nusantara (nusa antara air) ini.

Suatu ketika nanti…

Teruskan… hidupkan SERUAN… di dalam blog masing-masing. Ini zaman kebangkitan semula, dunia percetakan dan penerbitan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/21  at  08:43 AM

Harap maaf..

Pada pandangan saya perbuatan `mogok` hanya lebih kepada sifat Melayu yang mudah merajuk yang akhirnya akan merugikan banyak pihak. Baik masyarakat pembaca, penerbit dan pengarang sendiri.

Kenapa tidak diperjuangkan HAK-HAK tersebut melalui jalan perundangan yang telah sedia ada. Bukankah kerajaan sedang mewar-warkan kempen HAK MILIK KARYA INTELEK.

Mungkin PTS patut membantu kerana PTS mempunyai penasihat undang-undang yang arif tentang akta ini… dan kita sama-sama berkongsi kosnya untuk membantu Pak Samad?

Sekadar pendapat.

Helmy  on  03/22  at  12:04 AM

Salam.

Soal mogok sebenarnya tidak timbul. Pemulauan lebih tepat. Andai berlaku, ia bukanlah bermakna dia merajuk. Dia beranggapan “mengapa dia perlu bekerjasama dengan DBP sedangkan DBP langsung tidak mahu bekerjasama dengannya?”

Andai dia mengambil tindakan perundangan, proses ini akan memakan masa - bertahun dan selama itulah karya-karyanya yang ada dengan DBP tidak akan “tersebar” - itu merugikan banyak pihak.

Percayalah, ini hanya akan berlaku apabila “kehabisan” usaha.

Pak Samad tidak merajuk. Dia cuma “kecil hati” dan protes akan sifat DBP yang seolah tidak berperasaan.

Mereka di DBP bukan orang lain dengannya. Mereka sudah macam adik-beradiknya sendiri. Adik-beradik perlu pemahaman, tolak ansur dan penyelesaian melalui perundingan - sebolehnya jalan perundangan itu dielakkan.

Web Sutera  on  03/22  at  12:56 AM

Ermm, izinkan saya mencelah.

Saya sebetulnya kurang arif mengenai mogok Pak Samad. Namun jika dengan niat yang baik, saya berpendapat Pak Samad mempunyai alasan yang kukuh.

Bak kata Sdr Helmy, Pak Samad bukan merajuk, cuma kecil hati. Ya, manusia mempunyai sekeping hati, dan kecil hati adalah sifat semula jadi setiap insan.

Jika manusia yang mogok itu ditujukan, juga mempunyai sekeping hati, pasti mereka akan segera faham.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: